Sunday, July 15, 2018

Jangan cabar maruah orang Melayu - PAAK

Siti Rohana Idris
cnews@nstp.com.my

SUZAINAL Adnan (tengah) bersama ahli persatuannya menunjukkan laporan terhadap kenyataan pengguna Facebook yang menghina Yang di-Pertuan Agong. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

JANGAN cabar atau memperlekehkan maruah orang Melayu serta umat Islam di negara ini.

Ingatan itu dibuat Presiden Persatuan Ayahanda Anakanda Malaysia (PAAK), Datuk Suzainal Adnan Sukri kepada semua pihak dalam usaha menjaga keharmonian Malaysia.

Katanya, ketika ini banyak isu yang dibangkitkan pelbagai golongan yang menyentuh bangsa Melayu, malah ada yang cuba mewujudkan provokasi yang meresahkan umat Islam.

“Kebelakangan ini ramai umat Islam melahirkan kebimbangan terhadap beberapa isu yang wujud apabila banyak jawatan penting dalam negara diberikan kepada pemimpin bukan Islam.

“Bukan itu sahaja, orang ramai dilihat semakin berani bermain dengan sensitiviti agama dan melakukan provokasi demi provokasi bagi membangkitkan kemarahan kita sebagai orang Islam dan ini jelas menimbulkan keresahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Aidilfitri PAAK di Wakaf Bharu di Tumpat, hari ini.

Suzainal berkata, kemuncak penghinaan apabila seorang pengguna Facebook membuat kenyataan menghina terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 7 Julai lalu.

Berikutan kenyataan itu, katanya, beliau membuat laporan polis pada 10 Julai mendesak siasatan dibuat ke atas individu berkenaan kerana dianggap menghina dan menghasut.

“Ia jelas satu penghinaan dan pihak berkuasa perlu bertindak. Saya ambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu,” katanya.

Menurutnya, hak keistimewaan Raja-Raja Melayu serta kepentingan Islam bukan untuk dipermainkan dan berharap semua pihak menghormati perkara itu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 1:25 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-