Monday, July 30, 2018

Laporan: ADUN PKR Seri Setia sakit tenat

Kow Gah Chie
Diterbitkan 30 Jul 2018, 8:52 malam


ADUN PKR bagi Seri Setia, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin sedang sakit tenat, menurut laporan Sin Chew Daily.

Laporan itu berkata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu menderita barah kolon.

Beberapa pemimpin PKR yang ditanya mengenai kesihatan Shaharuddin merujuk kepada laporan akhbar harian berbahasa Cina itu.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengesahkan kepada Malaysiakini, wakil rakyat itu kurang sihat.

"Ya, beliau kurang sihat, tapi saya tidak pasti status beliau berdasarkan laporan (Sin Chew Daily)," katanya.

Pada PRU14, Shahruddin menang besar kerusi Seri Setia dengan mendapat 29,250 undi. Beliau mengalahkan calon BN Yusoff M Haniff yang memperolehi 9,878 undi, calon PAS dengan 4,563 undi dan calon bebas S Vigneswaran dengan 217 undi.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-