Tuesday, July 24, 2018

Mujahid: Jangan ada lagi gelaran kafir harbi, zimmi

Nur Hasliza Mohd Salleh | July 24, 2018

Menteri di Jabatan Perdana Mujahid Yusof Rawa berkata istilah itu tidak sesuai diguna pakai kerana Malaysia bukan lah negara Islam sepenuhnya.

Mujahid Yusof Rawa berkata warganegara mesti dilindungi setiap haknya meskipun berbeza agama.

KUALA LUMPUR: Segelintir golongan agama diingatkan agar tidak lagi mengklasifikasikan warganegara bukan Islam sebagai kafir harbi dan zimmi kerana sikap itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak semua kaum tanpa mengira agama dan budaya.

Menteri di Jabatan Perdana Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, istilah tersebut tidak sesuai diguna pakai kerana Malaysia bukan lah negara Islam sepenuhnya.

“Segelintir orang Islam akan ada masalah apabila bergaul dengan masyarakat sebab mereka sibuk nak tentukan individu itu kafir harbi dan individu satu lagi itu zimmi.

“Tidak ada dah semua itu, yang ada hanyalah konsep warganegara yang mesti dilindungi setiap haknya meskipun berbeza agama,” katanya ketika merasmikan seminar Ekstrimis Takfiri dan Kewujudan Perpecahan dalam Dunia Islam di Universiti Malaya hari ini.

Turut sama hadir, Presiden Asia West East Center (Asia We), Prof Syed Farid Alatas; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengarah Sekretariat Himpunan Ulamak Asia Abdul Ghani Shamsudin.

Dalam perkembangan lain, Mujahid menegaskan kerajaan Pakatan Harapan komited memerangi idealogi keganasan agama sejajar dengan asas pentadbiran kerajaan itu.

“Malaysia adalah satu komponen Asia Tenggara yang mampu menjadi contoh dan model negara yang mempunyai asas kehidupan dan kemanusiaan.

“Negara ini walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa, kita tetap boleh hidup dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-