Saturday, July 21, 2018

‘Tak masuk akal iktiraf UEC demi kepentingan politik’

UEC bercanggah dengan dasar pendidikan yang berpaksi Penyata Razak
21/07/2018


BANGI, 8 Zulkaedah 1439H, SabtuLangkah kerajaan Pakatan Harapan mahu menunaikan janji mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bercanggah dengan Perlembagaan, undang-undang dan dasar negara.

Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban) Datuk A. Aziz Deraman berkata, cadangan mengiktiraf UEC yang merupakan peperiksaan anjuran Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sebagai pengganti kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu dibantah sekeras-kerasnya.

“UEC dan SMPC bertentangan dengan Fasal 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu, apabila mereka menggunakan Bahasa Cina (Mandarin).

“Peperiksaan UEC dan sistem persekolahan SMPC juga melanggar Seksyen 2, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967, serta bercanggah dengan matlamat dan dasar pendidikan yang berpaksikan kepada Penyata Razak,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, beliau pelik apabila kerajaan bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf UEC.

Beliau berkata, kerajaan sewajarnya tidak melayan tuntutan agar pelajar-pelajar SMPC tidak perlu mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

“Amat tidak logik dan tidak masuk akal apabila sesuatu keputusan diasaskan atas kepentingan politik dan pertimbangan perkauman serta undi semata-mata dan bukan kenegaraan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan tetap meneruskan rancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selaras manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lepas.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan membuat ‘pusingan u’ atau dilihat flip-flop dalam perkara itu.

UEC adalah satu silibus sekolah persendirian Cina yang mana sukatan pelajarannya diambil dari Taiwan. Pengiktirafan UEC bercanggah dengan Dasar Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996.

UEC turut mendapat desakan daripada Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya diiktiraf dalam sistem pendidikan negara.

Komentar Facebook

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-