Suara Tanpa Sempadan
September 7, 2018 Admin
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa kerajaan mengkhianati dan mencabuli hak golongan B40 keranag gagal melaksanakan gaji minimum seperti yang dikatakan sebelum ini/
Setiausaha Agung MTUC, J Solomon berkata kerajaan masih mempromosikan buruh murah meskipun negara sudah 61 tahun mencapai kemerdekaan dan tidak sensitif kerana tidak melakukan perubahan terhadap kesengsaraan pekerja-pekerja B40, kata
“Dan, kerajaan baharu pula memperkenalkan gaji minimum bagi golongan miskin di Malaysia sebanyak RM1,050,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Tambahnya, Malaysia gagal mematuhi syarat asas Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 138 Perbelanjaan Upah Minimum .
“Kenaikan sebanyak RM50.00 dari RM1,000.00 hanyalah satu jumlah yang amat kecil manakala peningkatan RM130 kepada RM1,180 untuk Sabah dan Sarawak masih berada di bawah garis kemiskinan di Sabah,” ujarnya menerusi kenyataan media.
Katanya lagi, selepas penangguhan selama 18 bulan untuk kajian pertama dan penangguhan enam bulan untuk semakan kedua, cadangan kenaikan gaji minimum masih tidak diendahkan kerajaan.
Lebih menyukarkan apabila kebanyakan syarikat besar tidak lagi memerlukan pekerja dan menggantikannya dengan robot.
Menurutnya lagi Pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang tidak menurunkan harga barang kecuali semasa sifar cukai itu tidak memberi kesenangan kepada B40 apatah lagi dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Kata Solomon, kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 itu mengulangi sikap kerajaan lama yang hanya mementingkan perniagaan, pada masa mengabaikan kehidupan golongan B40.
“Sebab itu walaupun sudah 61 tahun merdeka, kerajaan masih mempromosi wujudnya buruh murah di Malaysia untuk menjadikan negara ini syurga pelabur asing dengan perbelanjaan pekerja tempatan, supaya golongan ekspatriat dapat membeli hartanah.
“Sedangkan rakyat Malaysia bekerja di Singapura, Australia dan negara membangun yang lain untuk mendapatkan kehidupan lebih baik,” katanya.
-SuaraTv
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.