4 SEPTEMBER 2018
Nik Nazmi Nik Ahmad
SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap usul dibawa Konvensyen Wanita Islam Nasional (Konwanis) 2018 terutamanya melibatkan diskriminasi terhadap wanita Islam dalam bidang pekerjaan.
Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, isu tersebut pernah dibangkitkan sebelum ini cara penyelesaian terbaik perlu diusahakan pihak kerajaan.
“Usul yang mereka bawakan itu harus diberi perhatian oleh kerajaan untuk dikaji bagaimana, boleh atau tidak untuk dilaksanakan dalam keadaan-keadaan yang ada.
“Kita dulu pun bersuara tentang perkara ini dan pada saya yang begitu jelas adalah bekerja di hotel misalnya. Bagi saya, tidak patut ada larangan untuk orang (wanita Islam) nak bertudung (ketika bekerja).
[ARTIKEL BERKAITAN: Jangan diskriminasi wanita Islam]
“Kerajaan perlu beri perhatian terhadap isu ini dan lihat bagaimana kita boleh atasi segala kelemahan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Baru-baru ini, Konwanis 2018 menyenaraikan tujuh resolusi bertujuan meningkatkan martabat wanita dalam negara selain menghentikan segala diskriminasi yang berlaku selama ini.
Pengarahnya, Siti Affiza Mohammad berkata, cadangan tersebut dibawa sempena konvensyen tersebut yang ditandatangani 3,500 wanita.
Antara lain, katanya, mereka juga menggesa kerajaan mempergiatkan kempen kesedaran hak-hak wanita dalam peruntukan undang-undang , kesihatan, pendidikan dan politik serta lima lagi resolusi tambahan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.