Monday, September 24, 2018

Ketua Umno Cheras keluar parti

FMT Reporters
-September 24, 2018 3:04 PM

Syed Ali Alhabshee. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengumumkan keluar parti hari ini.

Perkara itu dimuat naik dalam satu catatan Facebook seorang pengikutnya, Amran Mamat sebentar tadi.

“Dengan linangan air mata, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee umumkan keluar daripada Umno tepat pukul 12.55 tengah hari, hari ini.

“Pemimpin Umno 4 peringkat Bahagian Cheras, termasuk Puteri kelihatan sebak dan menitiskan air mata mendengar keputusan mengejut Syed Ali keluar dari Umno,” tulis Amran di Facebooknya.

Syed Ali yang juga bekas setiausaha Umno Wilayah Persekutuan ialah pemimpin ke-3 yang bertindak meninggalkan Umno dalam masa seminggu, selepas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman berbuat demikian pada Selasa serta Rabu lalu.

Umno kini hanya mempunyai 49 kerusi Parlimen, selepas 5 ahli Parlimennya meninggalkan parti itu yang mengalami kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Lima wakil rakyat itu adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali, Mustapa dan Anifah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-