Thursday, September 27, 2018

Tiada lagi siaran langsung PAU di TV kerajaan

Shakira Buang
Diterbitkan 27 Sep 2018, 6:50 petang 


Saluran televisyen kerajaan tidak akan lagi membuat siaran langsung Perhimpunan Agung Umno 2018, Sabtu ini, kata menterinya Gobind Singh Deo.

Katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian dan intisari rancangan telah diatur.

"Tidak akan ada saluran siaran langsung, saya sudah jelaskan.

“Namun liputan harian, maka RTM dan Bernama boleh membuat liputan dan menyiarkan apa juga berita dengan bebas,” katanya.

Gobind berkata demikian kepada media selepas hadir dalam Majlis Jasamu Dikenang 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

PAU2018 akan berlangsung selama dua hari pada 29 hingga 30 September ini.

PAU sebelum ini sering mendapat liputan meluas media arus perdana dan disiar secara langsung di kaca TV.

Sementara itu, Gobind yang juga anggota Parlimen Puchong itu berkata pendekatan sama turut akan dikenakan kepada parti-parti politik kerajaan.

"Apa-apa perhimpunan agung setiap parti Pakatan Harapan tidak akan dibuat secara langsung, cuma akan ada sidang media.

“Kalau ada nilai berita kita akan benarkan. Kalau ada pemilihan parti contohnya, akan ada sidang media selepas itu.

Apa-apa kenyataan dalam sidang media itu boleh dilaporkan. Tidak ada masalah kerana kita akan panggil sidang media," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-