Wednesday, October 24, 2018

Belanja kesihatan melonjak

Noraini Hassan Basri
24 Oktober 2018 3:00 AM

Kerajaan jangka kos meningkat kepada RM80 bilion setahun pada tahun 2020

Peningkatan masalah jantung memerlukan kaedah perubatan yang lebih inovatif sekali gus meningkatkan kos penjagaan kesihatan di negara ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Per­belanjaan industri penja­gaan kesihatan di negara ini dijangka mencecah RM80 bi­lion menjelang 2020 berbanding RM52 bilion pada akhir tahun lepas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan tersebut didorong oleh permintaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kemun­culan model-model penjagaan baharu yang terdapat dalam pasaran di hospital sekarang.

“Sebagai contoh, sensor tanpa wayar digunakan untuk merekod dan menghantar maklumat pesa­kit dengan lebih kerap berban­ding lawatan katil yang dilakukan oleh staf.

“Isyarat-isyarat ini boleh memberikan amaran masa sebenar kepada jururawat atau doktor yang membolehkan respon’s lebih pantas sekiranya berlaku perubahan tidak dijangka,” kata beliau semasa berucap merasmikan Eks­po Peranti Perubatan Malaysia (MYMEDEX) 2018 dan mesyua­rat tahunan Pengharmonian Kerja Asia ke-23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-