Thursday, October 18, 2018

Usul terhadap Bung berhubung 'perkataan F...' dibahas hari ini

Diterbitkan 18 Okt 2018, 10:08 pagi 


PARLIMEN | Usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kepada jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat akan dibahaskan hari ini.

Usul itu yang dibawa dari sesi parlimen lepas bertujuan untuk mencela Bung kerana menghina Dewan dengan menggunakan perkataan "F..." terhadap rakan-rakan MP ketika membahaskan Rang Undang-undang Cukai Jualan pada 7 Ogos.

Menurut kertas perintah, usul terhadap Bung akan dibahaskan sebelum jadual Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membentangkan Rancangan Malaysia ke-11.

Perbahasan itu dijangka bermula pukul 12 tengahari selepas sesi soalan menteri.

Bung mengecam usul itu sebagai "tidak adil" terhadapnya.

Beliau berkata usul itu "mengatasi" keputusan Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon yang telah menerima permohonan maafnya semasa insiden itu dan dia telah menarik balik perkataan itu.

MP Umno Sabah itu juga berkata usul itu sepatutnya dikenakan ke atas semua MP yang menggunakan "bahasa kasar" dalam sidang semasa.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-