Monday, December 17, 2018

DAP mengarahkan Mahathir tolak Rahim

DECEMBER 17, 2018


MELAKA:  Permohonan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Abdul Rahim Thamby Chik, dan pengikutnya ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH) Melaka akan ditolak, kata Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau menegaskan penerimaan veteran Umno itu boleh merosakkan integriti kerajaan negeri serta melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH.

Justeru, Khoo mengarahkan PPBM menolak permohonan keahlian daripada bekas ketua menteri itu yang terpalit dengan pelbagai skandal dahulu seperti kes rogol bawah umur, dalang video seks Anwar Ibrahim serta yang mengakibatkan Menteri Kawangan hari ini Lim Guan Eng dipenjarakan dahulu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini selepas Rahim bersama lebih 100 orang mengumumkan mahu sertai PPBM.

Rahim menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM Melaka Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusoff dalam satu majlis di Ayer Keroh hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-