Timmy Say
-December 31, 2018 8:47 AM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan berpegang pada janji untuk menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2020. Di antara banyak-banyak janji manifesto yang gagal ditunai oleh Pakatan Harapan, inilah adalah janji yang bakal ditunaikan.
Rata-rata rakyat tahu betapa “tingginya” nilai sebuah janji, terutamanya janji yang keluar dari mulut ahli politik Malaysia.
Andaikan Dr Mahathir sememangnya bersedia untuk melepaskan jawatan pada tahun 2020, apakah Anwar akan “bersedia” dari segi imej, integriti dan kedudukan politik untuk menerimanya ketika itu?
Lebih penting lagi, apakah rakyat akan bersetuju untuk menerima Anwar sebagai PM?
Cara pengendalian pemilihan PKR yang terpalit dengan pelbagai kontroversi telah menimbulkan rasa was-was rakyat terhadap kepimpinan Anwar.
Contohnya, bagaimanakah Anwar boleh membisu dan membiarkan Rafizi Ramli mengumumkan cai yang termasuk anaknya Nurul Izzah ketika berkempen terhadap Datuk Seri Azmin Ali? Sesiapa pun tahu sistem cai sebeginilah yang memecahkan parti kerana ia menggalakkan undi kepada kem, bukannya berdasarkan prestasi individu.
Selain itu, rakyat juga tertanya-tanya kenapa Anwar membisu apabila Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution yang sepatutnya bersifat nuetral dalam mengendalikan proses pemilihan secara terang-terangan berkempen untuk Rafizi? Bukankah ini sejenis salah guna kuasa?
Bukan itu sahaja, cara Anwar mengumumkan pelantikan Rafizi sebagai naib presiden dan Saifuddin kekal sebagai setiausaha agung PKR turut menyebabkan rakyat garu kepala.
Meskipun Anwar berkata keputusan itu adalah keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, rakyat tertanya-tanya siapakah yang hadir dalam mesyuarat tersebut selepas Azmin dan ketua Wanita PKR membantah keputusan itu secara terbuka.
Persoalan yang lebih utama ialah mengapakah Anwar perlu mengumumkan pelantikan itu ketika Azmin sedang bercuti di Maghribi setelah ia tertangguh sekian lama?
Perlu diingat Azmin ialah pilihan akar umbi PKR yang menang secara bertanding berbanding Anwar yang menang tanpa bertanding.
Kesemua peristiwa yang berlaku dalam PKR ini memberikan imej yang sangat negatif terhadap kepimpinan Anwar. Rakyat yang rasional akan bertanya, apakah ini cara Anwar akan mentadbir negara?
Tahun 2019 akan menjadi tahun yang mencabar bagi Anwar dan PKR. Pertama, hubungan Anwar dan Azmin sudah tidak lagi seperti dulu.
Rafizi mendedahkan bahawa Azmin pernah meminta Anwar supaya memberikannya jawatan presiden PKR ketika beliau melawat Anwar di Turki sejurus selepas pembedahannya sedikit masa lalu. Anwar tidak pernah menafikan pendedahan Rafizi itu.
Persoalan lebih utama ialah bagaimanakah Rafizi boleh mengetahui perkara yang sebegitu sulit, iaitu perbualan antara 2 individu melainkan salah seorang mereka khianat?
Bukan itu sahaja, terdapat satu klip audio mirip suara Anwar yang tersebar luas yang menuduh Azmin sebagai barua Dr Mahathir juga menguatkan persepsi bahawa hubungan Anwar dan Azmin telah retak.
Meskipun dilawan Anwar dan terpaksa menghadapi sistem pemilihan yang tempang kerana pengendalinya berpihak kepada Rafizi, Azmin dan pasukannya tetap menang.
Masalah kedua Anwar ialah beliau telah kehilangan penguasaannya terhadap PKR. Azmin menguasai PKR dari atas ke bawah dan Anwar hanya mendapat jawatan presiden.
Melantik Rafizi dan Saifuddin kembali ke jawatan penting adalah helah terakhir untuk menunjukkan kepada khalayak di luar bahawa ‘beliau adalah bos PKR”, bukan timbalannya.
Namun helah ini tidak akan berupaya menghalang Azmin.
Mereka yang mengikuti politik Azmin tahu bahawa beliau akan bertindak balas. Ini masalah ketiga Anwar. Apakah “Langkah Azmin” seterusnya?
Azmin tahu masa depannya bersama Anwar dalam PKR sudah malap. Rekod beliau ddalam permainan politik sedemikian memang cemerlang. Anwar sudah tentu tidak lupa bagaimana Azmin berjaya menjadi menteri besar Selangor meskipun tanpa restu parti.
Apakah Azmin akan mengulangi “stuntnya” menjadi menteri besar Selangor yang akan menyebabkan Anwar berputih mata pada 2020?
Berdasarkan persepsi terhadap Anwar, Azmin dan cara PKR ditadbir setakat ini, nampaknya rakyat tidak akan kisah jika Azmin mengulangi “stunt” itu sekali lagi pada tahun 2020 nanti.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Diterbitkan Hari ini 9:09 malam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengesahkan anaknya ditahan polis tengah malam tadi selepas didapati posi...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by Berita Gerak Malaysia November 10, 2021 MELAKA, Nov 10: Barisan Nasional (BN) berjanji menyediakan peruntukan kepada kesemua 28 Ahli ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Rakyat Kelantan Berhimpun Tuntut Husam Dibebaskan Malam Tadi Di Pengkalan Chepa Kelantan... # Bebaskan Husam Musa... Take Note !!! : Penah...
-
Wak tak heran kalau pencacai UMNO ni kate BN kalah bermaruah. Sebab nye yang masih kuat nyokong UMNO tu dah sememang nye berfikiran jumud....
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
Wak hairan juge kenape UMNO ni kalah walaupun telah menaburkan wang berjute ringgit dan menggunekan agensi kerajaan semase berkempen untuk...
-
DUN P akatan R alat Pakatan Rakyat sepatutnya sudah akur dan patuh diatas titah perintah DYMM Sultan Perak. Keruntuhan kerajaan PR dine...
-
Wak cube tanam pokok ni cume untuk suke2 aje, nampak nye tanaman ni dah mule mengeluarkan hasil nye. Buah ni masih mude lagi dan rase ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.