Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Monday, March 17, 2025

Campur tangan dalam kehakiman: Bangkai gajah…. ...yang sedang ditutup kerajaan

harakahdaily.net
March 17, 2025
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah campur tangan dalam badan kehakiman ketika berucap di Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam sekali lagi mengundang pertikaian. Kenyataan ini bukan sahaja bercanggah dengan realiti semasa tetapi juga terang-terang cuba menyembunyikan fakta yang jelas dan terang di mata rakyat.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam beberapa kenyataan sebelum ini telah mengingatkan tentang risiko campur tangan politik dalam pelantikan hakim dan memberi amaran mengenai sebarang usaha untuk mempengaruhi badan kehakiman. Adakah kenyataan Ketua Hakim Negara ini dilontarkan tanpa sebarang asas? Sudah tentu ada ‘elephant in the room’ yang sedang cuba disembunyikan kerajaan.

Malah, sembilan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka bahawa pentadbiran kerajaan hari ini lebih teruk dalam menghormati kebebasan badan kehakiman berbanding tiga Perdana Menteri sebelumnya. Pada 10 Januari 2024, Majlis Peguam dalam satu kenyataan rasmi menegaskan bahawa “campur tangan kerajaan dalam institusi kehakiman semakin ketara dan membimbangkan,” berikutan beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan kontroversi.

Pelantikan bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin Salleh, sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menimbulkan persoalan besar mengenai sejauh mana badan kehakiman boleh berfungsi dengan bebas tanpa pengaruh eksekutif. Di banyak negara, terdapat tempoh bertenang (cooling-off period) sebelum seseorang yang memegang jawatan eksekutif boleh dilantik ke badan kehakiman. Ini bertujuan memastikan kebebasan institusi kehakiman dan mengelakkan sebarang pengaruh yang tidak wajar. Namun, di Malaysia, peralihan ini berlaku dengan pantas, menimbulkan kebimbangan mengenai kesannya terhadap kebebasan kehakiman.

Lebih membimbangkan, keputusan kerajaan untuk tidak merayu pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negara (VLN) menimbulkan persepsi bahawa sistem kehakiman sedang diperalatkan untuk kepentingan politik.

Sejak awal pentadbiran kerajaan ini, beberapa tindakan telah menimbulkan kebimbangan bahawa badan kehakiman tidak diberikan kebebasan sepenuhnya. Antaranya:Penyelewengan dalam pelantikan kehakiman – Proses pelantikan hakim yang dikritik kerana tidak mematuhi prinsip ketelusan dan meritokrasi, termasuk pelantikan individu yang berkait rapat dengan pentadbiran kerajaan.
Penangguhan atau pengguguran kes berprofil tinggi – Beberapa kes yang melibatkan ahli politik yang bersekutu dengan kerajaan telah ditangguhkan atau digugurkan dengan alasan teknikal, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keadilan dalam proses perundangan.

Jelas sekali kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan tidak campur tangan dalam urusan kehakiman adalah retorik kosong yang tidak selari dengan tindakan sebenar. Rakyat berhak mengetahui bahawa kebebasan badan kehakiman tidak boleh hanya sekadar slogan, tetapi mesti dibuktikan dengan tindakan yang benar-benar menghormati doktrin pemisahan kuasa (separation of powers) seperti yang termaktub dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan. Sebarang bentuk campur tangan eksekutif (executive interference) dalam badan kehakiman bukan sahaja melanggar prinsip demokrasi, malah boleh membawa kepada krisis keyakinan terhadap sistem keadilan negara.

Justeru, kerajaan dituntut agar:Menghentikan sebarang bentuk campur tangan dalam badan kehakiman dan menjamin kebebasan institusi ini sepenuhnya.
Mewujudkan mekanisme bebas bagi memantau pelantikan dan perjalanan sistem kehakiman agar tidak berada di bawah pengaruh politik.
Kajian semula dibuat terhadap keputusan-keputusan kontroversi yang mencetuskan kebimbangan tentang keadilan dan ketelusan dalam sistem perundangan negara.

Malaysia perlu dipastikan mempunyai badan kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak diperalatkan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Ini bukan sahaja penting bagi memastikan keadilan ditegakkan (justice is upheld) tetapi juga bagi menjamin kestabilan perlembagaan (constitutional stability) dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat
16 Mac 2025

Wednesday, February 26, 2025

Anwar kena jawab 1MDB gugur saman terhadap Riza - aktivis

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 26, 2025 8:43 PM
Perdana menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, perlu memberi penjelasan mengenai keputusan 1MDB untuk menggugurkan saman sivil terhadap anak tiri Najib Razak, Riza Aziz dan syarikat Red Granite, kata peguam Charles Hector.

Memandangkan 1MDB dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), Hector menuntut Anwar menjelaskan keputusan itu dan melepaskan jawatannya sebagai menteri kewangan.

"Tanggungjawab terletak pada menteri kewangan, perdana menteri dan kabinet kerana ini syarikat milik kerajaan, bukan sekadar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerajaan hanya memiliki sebahagian saham.

"Anwar Ibrahim mungkin seorang perdana menteri yang ‘paling pemaaf’, dan dia boleh memaafkan tindakan orang lain yang hanya menjejaskan dirinya secara peribadi – seperti dia memaafkan bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor, kerana memberinya ‘mata lebam’.
"Tetapi jenayah Najib, isterinya Rosmah Mansor, anak tirinya Riza dan timbalan perdana menteri sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, adalah jenayah terhadap rakyat Malaysia. Jadi, Anwar, walaupun seorang ‘sahabat baik’, harus bertindak untuk Malaysia – dan rakyat Malaysia masih belum memaafkan," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia turut mencadangkan supaya jawatankuasa pilihan khas parlimen menyiasat keputusan 1MDB untuk menggugurkan saman terhadap Riza.
Untuk rekod, Riza dan Zahid sebelum ini telah dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) dalam kes jenayah terhadap mereka.

Dalam kes Riza, DNAA itu merupakan sebahagian daripada perjanjian pada tahun 2020 yang memerlukan dia memulangkan berjuta-juta ringgit.

Bagaimanapun, Najib dan Rosmah masih berdepan beberapa kes mahkamah yang sedang dibicarakan.


Sementara itu, Hector berpendapat penjenayah tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja hanya kerana mereka memulangkan hasil jenayah mereka. Ini, katanya, hanya boleh dianggap sebagai faktor mitigasi bagi mahkamah dalam mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan.

Dia juga menyoal jika wang yang didakwa diseleweng oleh Riza benar-benar telah dikembalikan.

Kes Riza Aziz dan Red Granite

Pada tahun 2019, Riza didakwa dengan lima pertuduhan pengubahan wang haram kerana didakwa menerima dana yang diselewengkan daripada 1MDB melalui akaun bank Red Granite.

Red Granite syarikat penerbitan Hollywood yang diasaskannya, yang menerbitkan filem "The Wolf of Wall Street" dan "Dumb and Dumber Too".

Bagaimanapun, kesnya digugurkan pada tahun berikutnya dengan syarat dia mengembalikan dana tersebut. Jika gagal, pihak pendakwaan berhak untuk mendakwanya semula.

Namun, pada tahun 2021, 1MDB dan anak syarikatnya sekali lagi memfailkan saman sivil terhadap Riza, Red Granite Pictures Incorporated dan Red Granite Capital Limited.

Mereka mendakwa Riza dan dua syarikatnya menerima dana sebanyak AS$248 juta (sekitar RM1.09 bilion) yang disalahgunakan untuk keuntungan peribadi, termasuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah mewah.

Bagaimanapun, saman tersebut ditarik balik pada Isnin tanpa sebarang alasan diberikan di mahkamah terbuka.

Penarikan saman itu dibuat seminggu selepas Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zamri Zainul Abidin, memberi keterangan bahawa Riza dan peguamnya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mencapai penyelesaian global untuk mendapatkan semula dana AS$248 juta.

[Baca berita asal]

PM ke-11: Harapan Nazri sama macam harapan kerajaan, kata Zahid

malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Feb 26, 2025 2:24 PM
Kedudukan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk penggal kedua dilihat berada dalam keadaan 'selamat' apabila Umno berpandangan Ahli Parlimen Tambun itu perlu kekal menerajui negara selepas PRU ke-16 nanti.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenyataan dibuat bekas duta Malaysia ke AS, Nazri Aziz, pada Ahad lalu berkaitan perkara itu adalah selaras dengan harapan semua pihak dalam kerajaan.

"Itu adalah harapan beliau (Nazri) dan kita dalam kerajaan Madani," katanya ringkas ketika diminta mengulas kenyataan Nazri.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kompleks Ternakan Ayam Pedaging Felcra di Tanjung Seratus, dekat Rompin, Pahang, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dan Pengerusi Felcra, Ahmad Jazlan Yaakub.

Dalam temu bual bersama Malaysiakini pada 23 Feb lalu, Nazri yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas selama enam penggal memberitahu, fokus utama kerajaan ketika ini sepatutnya ialah memberi sokongan kepada Anwar dan memastikan dia kekal sebagai perdana menteri untuk penggal akan datang.

Nazri yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata sokongan terhadap Anwar dibuat kerana dia bimbang apabila tiada calon lain yang berpotensi memegang jawatan perdana menteri termasuk daripada Umno.

Semua dapat peluang

Bagaimanapun pemimpin PAS berpendapat Malaysia wajar ditadbir oleh sebuah kerajaan yang diketuai teknokrat dan usaha mencari calon sebegitu adalah mudah.

Ahli Parlimen Bachok yang juga Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman, berkata Anwar meletakkan piawaian yang rendah apabila menjadi perdana menteri ke-10, justeru tidak sukar untuk mencari seorang tokoh lain yang dapat mengatasi kewibawaan Pengerusi PH berkenaan.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid ketika ditanya mengenai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning memaklumkan, perkara itu perlu dibincangkan bersama Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan MB (menteri besar) Perak dan juga jawatankuasa perhubungan negeri serta kepimpinan (Umno) Tapah untuk mengenal pasti calon berkenaan," ujarnya.

Untuk rekod, DUN Ayer Kuning adalah satu daripada dua kerusi yang berada dalam kawasan parlimen Tapah. Satu lagi kerusi itu ialah Chenderiang. Kedua-duanya dimenangi BN dalam pilihan raya lalu.

Ditanya sama ada Umno akan memberi laluan kepada calon Pemuda untuk bertanding di situ, Ahmad Zahid menjelaskan pihaknya sedia memberi peluang kepada semua kumpulan - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Katanya semua nama yang berpotensi menjadi calon akan disenarai pendek sebelum diteliti untuk keputusan akhir agar ciri "wali" dapat dipenuhi.

Wali dimaksudkan Ahmad Zahid itu merujuk kepada kriteria boleh menang (winnability), boleh diterima (acceptability) dan disenangi (likeability).

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Malaysia, Akmal Salleh, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk melobi agar wakil mereka dipilih untuk bertanding di Ayer Kuning.

Kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lalu.

Monday, February 24, 2025

Akmal kebudak-budakkan, mentaliti rendah- Nazri

malaysiakini.com
B Nantha Kumar
Diterbitkan: Feb 24, 2025 1:12 PM
Bekas duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Nazri Aziz membidas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh sebagai kebudak-budakkan dan mempunyai mentaliti rendah.

Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Akmal yang menyifatkannya sebagai “penjilat” selepas menyifatkan tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri jika Anwar Ibrahim tiada.

"Respons Akmal ini terhadap kenyataan saya menunjukkan tahap kebudak-budakan dan mentaliti yang rendah. Respons tersebut tidak menjawab kenyataan saya dengan baik.

"Saya telah diberitahu bahawa dia tidak mewakili orang Melayu atau Umno sendiri. Dia sepatutnya mempertikaikan apa yang saya katakan dengan fakta yang betul, dan bukan dengan mengatakan saya ‘menjilat’.

“Adakah itu reaksi yang patut datang dari Ketua Pemuda?" kata bekas menteri dan bekas pemimpin kanan Umno itu.
Akmal Salleh
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Nazri berhasrat memberi tumpuan untuk menyokong Anwar selepas kembali dari AS, serta memastikan presiden PKR itu kekal menerajui Putrajaya selepas PRU16.

Ketika ditanya jika kebimbangannya mengenai ketiadaan calon pengganti Anwar turut merangkumi Umno, Nazri membalas dengan sinis: “(Boleh) kamu beritahu saya siapa? Akmal? Kamu beritahu saya siapa."

Nazri turut menyindir Akmal dengan mengatakan dia hanya mewakili "satu perempat" daripada empat sayap Umno, justeru pandangannya mengenai pelbagai isu tidak boleh dianggap sebagai suara majoriti.

Dalam kenyataan membalas, Akmal berkata pemuda Umno bukan penjilat mencari makan.

Nazri bagaimanapun berkata jika benar dia “menjilat”, Umno yang akan mendapat faedah, termasuk Akmal sendiri sebagai exco kerajaan Melaka.

"Kalau saya "menjilat", yang untung adalah dia, Umno, dan pakatan mereka. Ini kerana, saya sebagai penjilat akan memastikan peluang untuk dia menang di Melaka akan cerah, dan dia mungkin boleh menjadi exco.

"Jika saya "menjilat", untung untuk dia, bukan untuk saya," katanya.

Ditanya mengapa Nazri berpandangan Akmal tidak membawa suara majoriti Melayu, Nazri membalas PAS telah menjadi parti dominan di kalangan golongan itu.

"Jika betul siapa yang mewakili suara Melayu-Islam sekarang, ia adalah PAS. PAS memerintah empat negeri (Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu) majoriti Islam.

"Di Parlimen, kerusi Melayu yang dipegang PAS jauh lebih banyak berbanding Umno. Itu yang saya katakan, Akmal bukan suara majoriti,” katanya.

Nazri juga membandingkan Akmal dan PAS mengendalikan isu stoking kalimah Allah.

"PAS mengendalikan isu stoking dengan baik tanpa sebarang ketegangan kaum berbanding Akmal dan pemuda Umno," katanya.

Monday, February 17, 2025

‘Persoalan besar, adakah rakyat nikmati pertumbuhan ekonomi sekarang?

harakahdaily.net
February 17, 2025
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil

KUALA LUMPUR: Kerajaan dituntut merungkai persoalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 5.1 peratus di samping pelaburan 10 peratus, sementara hasil keuntungan tidak dikongsi bersama.

Bagaimanapun, kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamil (PN-Machang), rakyat terus menggalas beban ekonomi dan sosial yang berat, meskipun mereka dimomokkan dengan kejayaan tersebut oleh pemimpin kerajaan.

“Hari ini saya bangun membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dengan satu persoalan besar yang perlu dijawab oleh kerajaan, adakah rakyat benar-benar menikmati pertumbuhan ekonomi sekarang?

“Kerajaan hari ini pimpinan Tambun, berbangga dengan KDNK meningkat, pelaburan naik, defisit fiskal menurun, tetapi adakah angka ini benar-benar mengambarkan realiti hidup rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Dato; Seri Anwar Ibrahim mendakwa formula ekonomi yang dirangka Kerajaan Madani terus membuahkan hasil apabila nilai pelaburan negara meningkat dengan kemasukan syarikat global.

Perdana Menteri itu, KDNK menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan iaitu sebanyak 5.1 peratus dan menarik minat syarikat-syarikat gergasi dunia semakin komited untuk melabur di Malaysia.

Berucap pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini, Wan Ahmad Fayhsal turut mengemukakan laporan Bank Dunia yang mendedahkan situasi sebenar ekonomi negara yang berkembang tetapi membebankan rakyat.

Menurutnya laporan tersebut membuktikan satu paradoks bahawa walaupun Malaysia mencapai pertumbuhan KDNK kukuh, mengurangkan kadar kemiskinan, namun ketidakpuasan hati rakyat semakin meningkat.

“Ini situasi ihadapi sekarang walaupun taraf hidup material semakin baik, beban ekonomi dan sosial dihadapi rakyat semakin berat, KDNK bukan segala-galanya kerajaan bercakap pertumbuhan ekonomi.

“Tetapi kenapa kadar kemiskinan masih tinggi, fakta yang kerajaan tidak mahu perakui di Sabah kadar masih kekal 20 peratus, negara masih tahap zaman merdeka, kemiskinan masih kekal,” katanya.

 – HARAKAHDAILY 17/2/2025

Saturday, February 15, 2025

Pemilihan PKR: Bertanding atau tidak, Anwar biar parti tentukan

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 15, 2025
Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata terserah kepada parti itu untuk menentukan sama ada jawatan tertinggi parti itu serta timbalannya wajar dipertandingkan atau sebaliknya.

Ditemui media di Bestari Jaya, Kuala Selangor hari ini Anwar berkata dia tidak mencampuri urusan tersebut dan terpulang kepada PKR untuk membuat ketetapan.

“Mereka (parti) yang putuskan… saya tak campur.

“Ia (melibatkan) demokrasi… yang (akan) bertanding (atau) tak bertanding, parti tentukan,” katanya kepada media hari ini.

PKR bakal mengadakan pemilihan untuk peringkat pusat pada minggu ketiga Mei ini.

Pada 1 Mei lalu Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, dipetik sebagai berkata parti itu mungkin tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan.

Dia yang juga Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri berpendapat, cadangan tersebut dibangkitkan agar suasana dalaman parti berada dalam keadaan lebih tenang.

“Apa pun tidak ada keputusan dalam parti yang menghalang, tetapi kita di peringkat pimpinan ini tentulah ada perbincangan kerana kita ada agenda yang lebih penting,” katanya.

Bagaimanapun ia mendapat reaksi yang berbeza.

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman, berkata Anwar memerlukan barisan pemimpin yang lebih dinamik untuk mereka mengukuhkan agenda rakyat.

Katanya, membuka ruang pertandingan juga membolehkan PKR terus relevan dalam politik negara.

“Justeru setiap pemimpin tidak perlu gentar untuk melalui proses pemilihan sama ada untuk memilih mahupun dipilih.

“Demokrasi itu bising, sementara jika senyap itu bererti tidak berani melakukan perubahan,” katanya.

Pakar sains politik Universiti Sunway, Wong Chin Huat, pula berpendapat menghalang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi PKR akan menghalang parti itu membuat persiapan menghadapi era selepas Anwar melepaskan jawatan presiden.

Hal itu kerana, kata Wong, perlembagaan PKR menetapkan had seseorang presiden hanya boleh memegang jawatan berkenaan selama tiga penggal, justeru Anwar perlu berundur apabila sampai waktunya.

“Memandangkan tempoh jawatan Anwar sebagai presiden parti akan tamat dalam tiga hingga empat tahun lagi, adakah beliau akan mengutamakan kepentingan peribadinya berbanding kepentingan parti, seperti yang dilakukan oleh Joko Widodo di Indonesia tahun lalu?

“Lebih baik bagi Anwar, kestabilan PKR dan Malaysia jika beliau menetapkan had penggal 10 tahun bagi jawatan perdana menteri supaya peralihan kuasa yang tidak dapat dielakkan menjelang 2032 dapat diperjelaskan lebih awal,” katanya.

Sunday, February 2, 2025

Hassan Karim persoal dua jawatan tertinggi PKR tak dicabar

bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib 
zanariah_mutalib@bh.com.my
Februari 2, 2025 @ 11:34am
Dari kiri, Rafizi Ramli, Hassan Abdul Karim dan Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim hari ini mempersoalkan kewajaran dua jawatan tertinggi PKR kemungkinan tidak dicabar pada pemilihan parti itu, Mei depan.

Hassan yang juga pemimpin PKR Johor berkata PKR adalah parti yang demokratik, justeru biarlah proses menentukan dua jawatan tertinggi itu dicabar atau ditandingi berlaku secara semula jadi yang ditentukan ahli parti.

Lebih menimbulkan persoalan kepada beliau apabila jawatan Timbalan Presiden yang disandang Datuk Seri Rafizi Ramli juga dicadangkan untuk tidak dicabar.

Tegasnya, beliau yakin PKR mempunyai ramai pemimpin kanan yang layak mencabar jawatan nombor dua parti.

"Pucuk pimpinan PKR perlu yakin atas kebijaksanaan ahli parti. Jika mereka menilai jawatan presiden sekarang yang disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar tidak dicabar, jadi kita terimalah itu hakikat politik sebenar mengenai kekuatan dan pengaruh Anwar sebagai presiden parti.

"Bagaimanapun, mengapa jawatan nombor dua juga tidak wajar dicabar? Ramai pemimpin kanan layak mencabar Rafizi.

"Mengapa perlu dihalang? Biarkan seribu kuntum bunga berkembang di halaman PKR.

"Jangan disekat pertandingan jawatan nombor dua. Kalau nak lawan presiden pun OK, silakan," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, berkata PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti yang dijadual berlangsung Mei ini.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri, berkata cadangan itu berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang diadakan sebelum ini, antaranya untuk memastikan dalaman parti itu lebih tenang dan melancarkan khidmat kepada rakyat berikutan pilihan raya hanya berbaki kira-kira dua tahun lagi.

Dalam pemilihan PKR pada 2022, Anwar menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden, manakala Rafizi menang jawatan timbalan presiden selepas menewaskan Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hassan juga menggesa supaya tidak ada seruan, arahan atau usul secara langsung atau tidak langsung, yang tersirat atau tersurat, bertujuan supaya dua jawatan tertinggi itu tidak ditandingi atau dicabar.

"Tidak perlu Setiausaha Politik Perdana Menteri menzahirkan penyataan bahawa dua jawatan itu tidak dicabar," katanya.

Thursday, January 30, 2025

Najib layak dapat peluang seperti orang lain, kata NGO antirasuah

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 30, 2025 12:15 PM
Isu mengenai titah adendum yang membolehkan Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah terus mendapat perhatian apabila sebuah NGO menyatakan dia berhak diberi peluang menebus kesilapannya.

Menggesa semua pihak menghormati proses berkaitan pengurangan hukuman terhadap bekas perdana menteri itu, Malaysian Corruption Watch (MCW) berkata Najib harus diberikan peluang sama seperti orang lain.

“Walaupun kita berpegang teguh kepada usaha memerangi rasuah, kita juga mesti patuh dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Raja, seperti yang termaktub dalam perlembagaan kita,” kata Presiden MCW, Jais Abdul Karim dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sumbangan besar Najib selaku bekas perdana menteri juga tidak boleh dinafikan.

Jais berkata demikian sebagai mengulas kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan masyarakat sivil berhubung pengurangan hukuman terhadap Najib.

Semalam, Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4 Center) mengecam kemungkinan Najib menjalani baki hukumannya di rumah, dengan menyifatkannya sebagai “kelonggaran yang tidak wajar”.

Pertubuhan itu juga mengkritik kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat kurang komited dalam melaksanakan reformasi dan menunjukkan simpati terhadap mereka yang terlibat dalam kes rasuah, yang disifatkan sebagai membimbangkan.
Kumpulan terbabit juga menegur Anwar kerana mempertahankan keputusan untuk meberi pengampunan terhadap Najib, dengan mengatakan perdana menteri tidak sepatutnya menunjukkan simpati terhadap jenayah sebesar itu.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Najib untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi memaksa kerajaan menguatkuasakan titah adendum bagi membenarkan Najib menjalani tahanan rumah.

Titah itu merupakan tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib kepada hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM50 juta.

Najib dihukum penjara setelah disabit bersalah atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB yang dilanda skandal.

Monday, January 27, 2025

Kalau PAS 'tunggang' Anwar dapat RM4 juta setahun, kata Idris

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 27, 2025 1:01 PM
PAS menafikan dakwaan parti itu 'menunggang' isu titah tambahan (adendum) Yang di-Pertuan Agong terkait Najib Razak kerana berpendapat ada kesempatan lain yang boleh dimanfaatkan mereka jika bertujuan menjadi keuntungan.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata berbanding isu adendum berkenaan, adalah lebih baik jika parti itu 'menunggang' Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Katanya, 'menunggang' Anwar jauh lebih menguntungkan PAS malah mungkin boleh mendatangkan hasil RM4 juta setahun.

“Daripada tunggang (isu adendum) Najib Razak, lebih baik tunggang Anwar Ibrahim, dapat juga RM4 juta setahun sebagai wakil rakyat.

"Sekarang bukan setakat RM4 juta, RM4 pun tidak dapat,” katanya yang dipetik Harakahdaily semasa dia berceramah di Pasir Puteh, Kelantan.

Dakwa Idris, PAS tidak mempunyai sebarang kepentingan apabila tegas memperjuangkan adendum melibatkan bekas perdana menteri dan menteri besar Pahang itu.

Matlamat PAS, dakwa Idris, ialah mahu agar orang Melayu dan Islam dapat bersama-sama di bawah agenda penyatuan ummah digagaskan sebelum ini antara PAS, Bersatu dan Umno.

“Kalau kami nak kepada kepentingan, atas asas kami nak kesenangan, lebih baik kami 'tunggang' orang yang ada kuasa. Ini PAS tau, PAS, kami bukan parti opportunist, kami parti yang ada prinsip.

“Kebenaran itu kawan kita walaupun yang dibawa itu musuh, kebatilan itu musuh kita walaupun yang memperjuangkan itu kawan kita.

"Kita ada prinsip dari al-Quran dan sunnah,” katanya.
Dia yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata, PAS juga mengambil pendirian sama menyatakan sokongan kepada Anwar ketika dia dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

“Kalau kami ada kepentingan dunia, waktu kamu (Anwar) dipecat daripada Umno pada 1998, lebih baik kami tunggang Tun Mahathir (Mohamad)daripada tunggang kamu.

"Lebih baik kami senang, kami tunggang Tun Abdullah Badawi, kami tunggang Najib, daripada kami tunggang kamu.

"(Sebaliknya) kami dipukul polis, ada kalangan kami ada dibuang kerja, kontrak dipotong, ditukar tempat kerja waktu kami tunggang kamu,” katanya lagi, merujuk kepada hubungan PAS bersama PKR sebelum ini.

Ahli Pesawah tetap berkumpul di sebalik nasihat PM tangguh perhimpunan

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-27 Jan 2025, 11:21 AM

Semalam, Anwar Ibrahim minta Pesawah tangguh perhimpunan ke tarikh lain susulan lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Putrajaya hari ini.
Ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) berkumpul seawal 8 pagi di hadapan ibu pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

PUTRAJAYA: Ahli Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) mengadakan demonstrasi aman di depan Wisma Tani bagi menuntut harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,800 per tan metrik

Mereka berkumpul seawal 8 pagi di hadapan ibu pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan membawa sepanduk sambil melaungkan ‘hidup pesawah, naikkan harga padi’.

Difahamkan 10 daripada wakilnya ke bangunan Perdana Putra untuk menyerahkan memorandum ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang sepatutnya menjadi lokasi asal perhimpunan terbabit.

Turut hadir Adun Kota Siputeh Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir dan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menasihatkan pesawah yang hendak berhimpun di Putrajaya hari ini bagi menyerahkan memorandum supaya menangguhkannya ke suatu masa yang sesuai.

Beliau menegaskan kerajaan tidak menghalang mereka untuk berhimpun sebaliknya menjelaskan ia tidak sesuai dilakukan ketika lawatan Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Justeru, beliau mengarahkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengadakan perjumpaan dengan kumpulan terbabit dan mengambil memorandum berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Polis juga menasihati penganjur memilih tarikh lain, ekoran kawalan keselamatan dipertingkatkan sempena lawatan Prabowo.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024, Anwar yang juga menteri kewangan mengumumkan kenaikan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per tan daripada RM1,200.

Anwar berkata keputusan itu dibuat mengambil kira rungutan pesawah padi apabila harga belian oleh pengilang diturunkan kepada tahap minimum RM1,200 per metrik tan sejak 2014.

Saturday, January 25, 2025

Saya akan jawab semua isu padi, beras di Parlimen - Mat Sabu

bharian.com
Oleh Norzamira Che Noh 
bhnews@bh.com.my
- Januari 25, 2025 @ 12:34pm
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu, pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional 2024 AMANAH hari ini. NSTP/Faiz Anuar

KLANG: Sesi libat urus yang lebih teliti membabitkan semua pemegang taruh industri, perlu dilaksanakan dalam usaha menyelesaikan isu bekalan beras tempatan dan harga belian padi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata kerajaan kini sedang mengenal pasti situasi menang-menang membabitkan semua pihak berhubung isu berkenaan.

Justeru katanya, kementerian memerlukan sedikit masa lagi sebelum satu penyelesaian tuntas dapat diumumkan kepada semua pihak.

"Bagi kami, kepentingan pengguna, petani, pengilang dan pengedar semua ini perlu dijaga kerana mereka ada peranan masing-masing sebab itu kita sedang buat libat urus dengan lebih panjang.

"Kita juga akan berbincang dengan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dengan persetujuan beliau kita akan buat perubahan yang diperlukan," katanya selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2024, hari ini.

Mohamad berkata, perbincangan bersama Perdana Menteri itu akan dimulakan seawal minggu pertama persidangan Parlimen tahun ini.

Katanya, beliau juga bersedia menjawab segala persoalan yang timbul berkenaan isu beras tempatan dan padi pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan awal Februari ini.

"Kita akan cuba mencari jalan untuk memuaskan semua pihak, kalau tuntutan padi sebagai contoh, harga sepatutnya ditetapkan setakat mana, bagaimana jika berlaku kenaikan harga beras, bagaimana dengan B40, …semua ini akan dibincangkan bersama NACCOL," katanya.

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Dewan Rakyat bagi Parlimen ke-15 akan bersidang selama 18 hari mulai 3 Februari hingga 6 Mac nanti.

Thursday, January 23, 2025

Rakyat berang tiada lagi tol percuma sempena perayaan

harakahdaily
January 23, 2025

KUALA LUMPUR: Rakyat ternyata berang apabila Kerajaan Madani membuat mengumuman untuk tidak lagi menawarkan tol percuma penggunaan lebuh raya sempena musim perayaan bermula tahun ini.

Pengarah Jabatan Kajian dan Polisi, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, keputusan itu mencerminkan kegagalan kerajaan untuk menunaikan janji-janji mereka sebelum ini.

“Semalam Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi umum tahun ini dah tiada tol percuma musim perayaan. Mengamuklah rakyat Malaysia sebab dah tak dapat tol percuma.

“Tapi sebenarnya yang Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim janji kepada kita.. bukan tol percuma ketika perayaan, tetapi tol dihapuskan.

“Ingat lagi tak apa Pakatan Harapan (PH) janji kepada kita sebelum pilihan raya sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, semalam.

Beliau menegaskan bahawa pelbagai pemimpin dari kerajaan kini termasuk Perdana Menteri sendiri, pernah membuat kenyataan yang jelas mengenai penghapusan tol sebelum pilihan raya.

“Anwar Ibrahim pernah berkata, ‘Bila kita menang, kita akan batalkan tol utara selatan; dan Raja Formula Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, ‘Untuk turunkan harga barang, salah satu langkah boleh diambil adalah mansuhkan tol’.

“Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ‘Kalau kita menang, kita akan kaji semula semua perjanjian tol, kita akan hapuskan tol’; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, ‘Kita akan hapuskan tol’; dan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar berkata, ‘Minyak turun, kos turun, harga barang turun’.

“Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ‘Tol percuma tidak menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya sebab itu tol percuma dibatalkan’. Jenis cakap macam Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam juga ini,” bidasnya.

Nurul Islam berkata, kerajaan kini bercanggah dengan janji-janji tersebut, malah ia merupakan sebuah alasan yang tidak masuk akal.

“Ketika Dato’ Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, dasar tol percuma sempena perayaan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup dan bukan untuk mengurangkan kesesakan.

“Zahid Hamidi pun Menteri juga masa itu. Tidur ke apa dalam mesyuarat kabinet? Cakaplah kewangan kerajaan masih teruk. Walaupun Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, kewangan negara masih teruk dan makin teruk.

“Dia (kerajaan) tak pandai urus negara, pulihkan ekonomi melainkan dengan ambil hak rakyat. Sebab itu dia hapuskan subsidi diesel, selepas ini nak hapuskan subsidi petrol, hapuskan tol percuma, naikkan tarif elektrik,” katanya.

Beliau turut menyindir ucapan-ucapan lama pemimpin PH yang kini dianggap sebagai sekadar retorik.

“Dari mula perintah sampai hari ini, itulah strategi ekonomi dia (kerajaan). Semua yang dia buat 180 darjah terbalik dengan apa yang dijanji dulu. Sekali-sekala layanlah ceramah lama PH di TikTok. Geli hati pun ada. Tak payah tengok Maharaja Lawak dah.

“Begitulah kita dikencing hidup-hidup oleh Kerajaan Ketimbang (kencing, tipu, sembang). Baguslah lagi DS Najib Razak, zaman dia tak janji hapus tol pun, tapi tol percuma musim perayaan sentiasa ada,” katanya. 

HARAKAHDAILY 23/1/2025

Tuesday, January 21, 2025

PN sambut cabaran kemuka usul undi tak percaya tapi dengan 4 syarat – Tun Faisal

suara.tv
ByJanatul Firdaus Yaacob
21/01/2025
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim namun meletakkan empat syarat.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, untuk berlaku adil, jika Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim benar-benar berani, adil dan berpegang kepada prinsip kebebasan membuat pilihan.

Justeru Tun Faisal mencabar Hassan untuk mencadangkan kepada Speaker, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi agar undi tidak percaya ini dilaksanakan secara sebebas-bebasnya tanpa sebarang halangan.

“Hassan boleh mendesak agar Speaker, PM dan Zahid bersetuju dengan empat syarat agar undi tidak percaya dilaksanakan secara adil iaitu – untuk mengangkat sekatan whip dan membenarkan Ahli Parlimen mengundi mengikut suara hati mereka.

“Kedua – Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh mengundi secara bebas tanpa sebarang tindakan oleh parti yang mereka wakili seperti yang diperuntukkan oleh Akta Lompat Parti. Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh mengundi tanpa rasa takut keahlian mereka dalam parti tergugur dan kerusi Parlimen mereka dikosongkan.

“Ketiga- Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh mengundi tanpa sebarang sekatan undang-undang dan tidak tertakluk kepada sebarang perjanjian atau akujanji yang menyekat mereka daripada menzahirkan sokongan mereka secara bebas.

“Keempat- Undi Tidak Percaya dilaksanakan secara sulit dan diuruskan pengiraannya secara telus dan adil di hadapan semua wakil parti.

“Beranikan Hassan memastikan Speaker, PM-10, Zahid dan kerajaan melaksanakan empat syarat ini? soal Tun Faisal.

Menurut Tun Faisal lagi, hakikat bahawa Ahli Parlimen Pasir Gudang itu tidak berani mematahkan setiap hujah dan bukti yang saya berikan mengenai integriti, penderhakaan, penipuan, janji-janji palsu dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dan kerajaan campuran PH-BN membuktikan Hassan sedar bahawa Anwar, Zahid dan kerajaan campuran PH-BN tidak memenuhi kriteria dan kelayakan untuk memerintah negara ini.

Beliau malah mendakwa, Hassan hanya mampu mengakui bahawa Anwar, Zahid dan kerajaan hari ini tidak maksum dan tidak sempurna, tetapi tidak mahu mengulas lanjut dan berselindung di sebalik alasan ‘konflik kepentingan’.

“Hassan sepatutnya menjawab dengan tegas dan berani sama ada benar atau tidak kerajaan ini dibentuk melalui penipuan dan manipulasi Zahid, gagal melaksanakan pelbagai janji yang dibuat dan menderhaka Yang di-Pertuan Agong dalam skandal titah addendum.

“Sebelum dipanggil oleh Lembaga Disiplin PKR, ramai yang mengakui bahawa Hassan sangat berani mengatakan kerajaan hari ini lebih teruk berbanding PM-PM dan kerajaan sebelum ini dalam aspek ‘kapitalisme kroni’ dalam isu UMobile dan 5G Kedua. Ke mana hilang ketegasan dan keberanian Hassan untuk menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan?

“Hassan perlu berlaku adil dan jujur. Jangan berselindung di belakang usul Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat. Mungkin dia membuat cabaran itu kerana dia tahu saya bukan Ahli Dewan Rakyat dan ingin berlindung di sebalik Akta Lompat Parti dan sekatan-sekatan yang menghalang Ahli Parlimen daripada membuat undian dan memberikan sokongan secara bebas.

“Saya bukan Ahli Parlimen dan tidak boleh mengusulkan Undi Percaya atau Undi Tidak Percaya, tetapi memahami kenapa Hassan mencabar PN mengusulkan Undi Tidak Percaya,” kata Tun Faisal lagi.

Terdahulu Hassan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai pemimpin yang layak menjadi Perdana Menteri.

Justeru Ahli Parlimen Pasir Gudang itu mencabar ahli-ahli Parlimen PN supaya mengemukakan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri pada sidang Parlimen 3 Februari ini jika mereka berfikiran sebaliknya.

“Di dalam Dewan Rakyat itu nanti adalah tempat yang wajar menentukan sama ada Anwar layak atau tidak layak menjadi Perdana Menteri.

“Saya harap cabaran saya ini dijawab oleh (Ketua Penerangan Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dan pemimpin-pemimpin PN lainnya,” katanya dalam kenyataan.

Tuesday, October 1, 2024

Dakwaan Bloomberg diyakini kerana sikap membisu PM dalam isu saham Farhash, kata peguam

Malaysia Now
MalaysiaNow
Oktober 1, 2024 8:36 malam

Ia bukan mengenai Anwar Ibrahim, kata Haniff Khatri Abdulla di sebalik tekanan semakin meningkat untuk perdana menteri membersihkan nama.
Farhash Wafa Salvador dilihat aktif dalam dunia korporat sejak pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai janji reformasi dan tadbir urus baik.

Seorang peguam mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai status laporan berhubung pembelian saham oleh Farhash Wafa Salvador dalam sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kontrak lumayan kerajaan, susulan pendedahan mengejutkan oleh Bloomberg bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menghalang siasatan ke atas bekas setiausaha politiknya itu.

Haniff Khatri Abdulla merujuk ketiadaan apa-apa tindakan susulan SPRM, lebih enam bulan selepas laporan difailkan bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil.

Isham dalam laporannya berkata pembelian saham oleh Farhash berkemungkinan melanggar undang-undang pasaran modal Malaysia dan proses perolehan kerajaan.

"Kenapa mereka diam? Mac tahun ini sampai sekarang, tak ada kenyataan (mengenai) Sejak perkembangan siasatan," kata Haniff kepada MalaysiaNow.

"Yang ada cuma kenyataan rambang Farhash yang mengatakan dia sudah jual saham itu."

Walaupun kedua-dua SPRM dan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan Bloomberg itu, ia mengundang reaksi pelbagai pihak yang menggesa Anwar menyaman agensi berita kewangan itu untuk membersihkan namanya.

Dalam laporannya minggu lalu, Bloomberg memetik tiga sumber yang mendakwa Anwar pernah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham dalam Heitech Padu Berhad.

Punca kebimbangan ramai ialah syarikat itu disenarai pendek untuk kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion bagi pembangunan sistem imigresen baharu.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri."

Farhash, 41, dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas Anwar mengambil alih kerajaan.

Mac lalu, bekas pengerusi PKR Perak itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Rosetta Partners ialah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, firma yang dimiliki Farhash bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Sehari selepas pembelian itu, HeiTech Padu dilanjutkan kontrak menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) bernilai lebih RM13 juta.

Pada 15 April, syarikat itu diberikan kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta, disusuli Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mencabar pengkritik melaporkan kepada SPRM.

Tiga hari kemudian, Farhash dilaporkan tidak lagi pemegang saham terbesar Heitech Padu susulan perubahan struktur Mfivesouthsea Sdn Bhd.

Bulan lalu, Heitech sekali lagi menjadi perhatian apabila diberikan satu lagi kontrak JPJ bernilai RM133.73 juta.
Haniff Khatri Abdulla
Haniff berkata isu utama bukan sama ada Farhash sudah melepaskan pegangan sahamnya, tetapi sama ada pembelian itu mengandungi unsur "insider trading", situasi di mana seseorang kedudukannya atau sumber dalaman dibekalkan maklumat mengenai syarikat yang boleh memberi kesan kepada harga saham.

"Adakah dia dapat maklumat daripada sumber kerajaan yang membolehkan dia tahu syarikat itu nak dapat kontrak?" soal Haniff.

Beliau memberikan analogi seorang perogol yang mengahwini mangsanya bagi menghalalkan jenayah itu.

Menurutnya, pembelian saham itu masih perlu disiasat bagi menghapuskan sebarang keraguan.

Haniff berkata selain SPRM, polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), badan yang mengawal selia pasaran modal Malaysia, juga membisu.

Begitu juga Anwar, yang menurutnya masih belum menunaikan janjinya memberikan penjelasan.

Sebelum ini, Anwar berkata akan menyemak dengan Perbendaharaan mengenai butiran pembelian saham melibatkan orang kuatnya itu.

Haniff berkata isu Heitech menjadi punya orang ramai tidak meragui dakwaan Bloomberg.

"Selepas enam bulan, tak ada kenyataan Anwar (mengenai pembelian saham oleh Farhash)."

Haniff berkata adalah penting bagi Anwar membersihkan bukan sahaja namanya tetapi juga imej kerajaan dengan menyangkal dakwaan Bloomberg dalam mahkamah.

"Kerusi perdana menteri telah dicemari oleh laporan Bloomberg. Ini bukan soal Anwar Ibrahim tetapi mengenai kerusi perdana menteri.

"Kalau beliau tidak saman, maka sepatutnya polis menyiasat SPRM dan Anwar."

Semalam, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membuat laporan polis menggesa Anwar disiasat atas salah guna kuasa.

Ia berdasarkan laporan Bloomberg yang sama yang mengatakan perdana menteri mengarahkan Azam untuk menyiasat Daim dan Dr Mahathir Mohamad, kedua-duanya musuh politik Anwar.

"Di bawah Perlembagaan Persekutuan kita, seorang perdana menteri tertakluk kepada undang-undang sama seperti orang lain," menurut laporan polis dibuat isteri Daim, Naimah Khalid di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya semalam.

Haniff berkata kegagalan Anwar membawa perkara itu ke mahkamah dikhuatiri akan ditafsirkan sebagai pengakuan terhadap dakwaan yang terkandung dalam laporan Bloomberg.

"Selagi anda tak ambil tindakan, selagi itu anda membenarkan pihak media terutamanya media antarabangsa untuk membuat dakwaan yang mungkin palsu dan mencemarkan nama negara kita."

Beliau berkata kenyataan penafian atau jawapan Parlimen tidak mencukupi untuk membersihkan namanya.

"Yang lebih baik daripada kenyataan penafian adalah tindakan undang-undang sebab (ini) kali kedua," katanya merujuk kepada satu lagi laporan Bloomberg yang mendakwa Anwar berbincang dengan taikun mengenai cadangan membina kasino di Forest City, Johor.

Walaupun Anwar menafikan dakwaan itu, beliau tidak mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan namanya.


MalaysiaNow telah menghubungi Farhash untuk mendapatkan maklum balas, selain SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti.

Anwar dalam pada itu mengelak wartawan yang cuba menyoalnya mengenai isu itu ketika hadir di sebuah majlis di Kuala Lumpur hari ini.

Anwar akan jadi antara PM paling lama, ramal Kit Siang

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 1, 2024 4:27 PM
Ahli politik veteran Lim Kit Siang meramalkan Anwar Ibrahim akan menjadi salah seorang perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia.

Katanya, pentadbiran Anwar kini lebih lama berbanding tiga perdana menteri terdahulu–Ismail Sabri Yaakob, Muhyiddin Yassin dan Mahathir Mohamad (kali kedua).

“Namun, Anwar bukan sahaja telah berkhidmat lebih lama daripada tiga daripada lima perdana menteri dalam enam tahun yang lalu, dia sedang menuju untuk menjadi salah satu perdana menteri terpanjang dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Bekas pemimpin kanan DAP itu berkata demikian dalam majlis sebuah persatuan keturunan Cina di Batu Pahat, Johor, semalam.

Teks ucapan itu dikongsi dengan pihak media hari ini.

Lim bagaimanapun mengingatkan bahawa Anwar akan berdepan ujian getir bagi membuktikan petikan yang sering diulang dalam ucapannya berkaitan keterangkuman.

Petikan itu ialah “Wo men dou shi yi jia ren” (kita semua satu keluarga) dan “Melayu anak saya, Cina anak saya, India anak saya, Kadazan anak saya, Dayak anak saya”.

Katanya, jika Malaysia ingin bangkit semula untuk menjadi negara hebat, kita mesti kembali kepada perlembagaan dan Rukun Negara, yang menekankan kemajmukan masyarakat dan pentingnya “kesatuan dalam kepelbagaian”.

“Malaysia hampir dikenali di seluruh dunia sebagai negara kleptokratik.

“Kita mahu terkenal di dunia kerana kesatuan dan harmoni pelbagai kaum dan budaya serta kejayaan yang dapat kita capai daripada kesatuan dan harmoni tersebut,” katanya.

Lim mengingatkan bahawa Malaysia adalah rumah kepada Islam, Konfusianisme, Buddhisme, Hindu, Kristian, Taoisme dan Sikhisme.

“Kita boleh dan mesti menyumbang kepada fasa baru kemanusiaan, semua lelaki dan wanita membangunkan bukan sahaja pemikiran kebangsaan tetapi juga pemikiran global.

“Kita boleh memulakan dengan sederhana dengan mempromosikan dialog dan harmoni tamadun global,” katanya.

Sementara itu, mengulas kemenangan BN—sekutu Pakatan Harapan (PH)—dalam pilihan raya Mahkota, Sabtu lalu, Lim berkata ia menunjukkan rakyat Malaysia mahukan kestabilan.

Ia juga, katanya, menunjukkan berakhirnya Gelombang Hijau, yang “ekstremisme, kebencian, pembohongan, maklumat salah dan disinformasi menguasai keadaan”.

Monday, September 30, 2024

Pergantungan berterusan kepada bantuan kerajaan perlu ditangani - PM

bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 
- September 30, 2024 
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berucap ketika Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan 2024: Menoktah Kemiskinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

PUTRAJAYA:
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sindrom kebergantungan berterusan dalam kalangan golongan rentan terhadap bantuan kerajaan perlu ditangani sebaik mungkin dan tidak wajar dibiarkan berterusan.

Perdana Menteri berkata, kebergantungan berterusan bukan penyelesaian mutlak khususnya dalam memerdekakan ekonomi mereka daripada kelompok miskin tegar.

"Kadang-kadang pelaksanaan dasar itu baik, kita bantu, tapi ia tidak membantu memerdekakan mereka (daripada miskin tegar) dalam ekonomi.

"Bantu sekadar hidup kemudian kekal bergantung kepada penguasa," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Hadir sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dengan segala bentuk sokongan diberikan dan dana disalur kerajaan, Anwar berkata, tiada alasan untuk negara menyelesaikan masalah miskin tegar dalam tempoh singkat.

*Berita lanjut menyusul*

Friday, September 27, 2024

Penafian SPRM tak cukup, Anwar mesti saman Bloomberg - Peguam

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 27, 2024 9:20 PM
Peguam Haniff Khatri Abdulla meminta Anwar Ibrahim supaya memfailkan saman terhadap media antarabangsa, Bloomberg yang melaporkan Perdana Menteri itu campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam itu merujuk laporan Bloomberg di mana SPRM didakwa menerima arahan Anwar untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador berhubung dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat.

"Sebagai seorang pengamal undang-undang dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa perdana menteri sebagai jawatan tertinggi urus tadbir negara perlu pada setiap masa mengambil langkah-langkah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk mengukuhkan nama baik kerusi perdana menteri dan negara ini.

"Sekiranya ada media antarabangsa seperti Bloomberg berani membuat satu laporan palsu tanpa usul periksa, maka langkah sebaiknya adalah tindakan undang-undang fitnah -defamation yang wajar perlu diambil dalam kes ini," kata Haniff dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook miliknya petang ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menafikan laporan media tersebut dan menyifatkannya sebagai tohmahan liar.

Meskipun tidak menamakan mana-mana individu, suruhanjaya itu jelas merujuk kepada laporan MalaysiaNow yang memetik artikel daripada Bloomberg.
Haniff bagaimanapun berkata penafian SPRM sahaja tidak memadai untuk memastikan jawatan perdana menteri tidak disalahgunakan.

“Penafian baik tetapi tidak cukup sebab bukan sahaja nama peribadi perdana menteri itu ditohmahkan, tetapi yang lebih penting bagi rakyat Malaysia, kerusi perdana menteri dicampuradukkan sebagai kerusi yang menyeleweng atau kononnya menyalahgunakan kuasa dengan memberi arahan kepada SPRM," jelasnya.

Tambahnya, Anwar pada 27 Mac lalu turut dipetik berkata bahawa dia sendiri akan menyemak mengenai isu itu dengan kementerian kewangan.

Kata Haniff, hari ini genap enam bulan tetapi masih tiada kenyataan lengkap dikeluarkan oleh perdana menteri.

Farhash pada Mac lalu dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam Heitech Padu Berhad yang memperoleh kontrak RM190 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal Infrastruktur ICT termasuk MySikap di pusat data dan pejabat JPJ.

Bagaimanapun HeiTech Padu dalam makluman kepada Bursa Malaysia kemudiannya berkata Farhash tidak lagi menjadi pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan.

Pada 19 Mac, Farhash menjelaskan pegangan saham dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikat Rosetta Partners Sdn Bhd adalah milikan bersamanya dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pada April lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa HeiTech Padu menang tender JPJ secara tender terbuka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan bahawa Anwar mengeluarkan arahan kepada SPRM dan ketua pesuruhjayanya Azam Baki untuk tidak menyiasat pemilikan saham berkenaan.

Di sebalik penafian PMO, ketua penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari malam tadi mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg sekiranya laporan tersebut tidak benar.

'Kamu hinalah banyak mana pun' - Anwar

bharian.com.my
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi 
bhnews@bh.com.my
- September 27, 2024 @ 4:52pm
Anwar ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama warga Westports, hari ini. - NSTP/ASYRAF HAMZAH

KLANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap segelintir pihak yang berterusan membuat tuduhan liar terhadapnya.

Perdana Menteri berkata, ada isu puluhan tahun lalu diungkit semula dengan niat untuk memfitnah dan mengaibkan beliau.

"Kamu hinalah banyak mana pun... berpuluh tahun saya dihina, (sebagai) ejen Yahudi, ejen Israel, main lelaki, main perempuan... yang belum kata, main dengan lembu saja belum.

"Jadi, kamu nak hina... tidak ada makna. Tapi biar mengikut adab dan akhlak. Kamu tahu hukum. Nak bawa kes, saya boleh cerita tetapi saya nak maju ke depan," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama komuniti setempat dan warga kerja Westports 2, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; serta Pengerusi Eksekutif Westports, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan biar apapun penghinaan diterimanya, beliau komited memastikan politik negara terus stabil untuk membolehkan dasar dirangka kerajaan dilaksanakan dengan jayanya.

"Ini Madani, tatakelola mesti baik. Cara dulu mahu buat kontrak, sakau sana, sakau sini, tidak payah tender... itu mesti dihentikan. Yang bocor, dicuri ini semua mesti ditahan.

"Sebab itu kena yakin apabila semua ini mula berlaku, kita akan mula melihat perubahannya," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyelar kenyataan pembangkang yang mempertikai syarat mengisytiharkan harta sebagaimana terkandung dalam draf memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang.

"Mereka tanya mengapa Perdana Menteri tidak isytihar (harta)... saya tiada masalah, boleh isytihar. Ini tidak, kamu dakwa isytihar harta itu seksa. Baru minta isytihar harta kata diseksa, aku dalam penjara 10 tahun lebih.

"Saya tidak mahu ungkit lagi perkara itu. Saya hanya mahu jaga negara ini supaya menjadi lebih hebat dan cemerlang, jadi contoh terbaik (kepada dunia)," katanya.

Saturday, September 21, 2024

PAS balas cabaran Anwar dengan cabaran baru

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 21, 2024 
Baru beberapa jam dicabar oleh Anwar Ibrahim, PAS hari ini bingkas menjawab berhubung usul undi tidak percaya yang dilontarkan perdana menteri malam tadi.

Menurut PAS berdepan dengan usul undi tidak percaya dalam keadaan sekarang tidak menjadikan Anwar seorang anak jantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari berkata, semua ahli parlimen kerajaan diikat dengan perjanjian terlebih dulu semasa usul undi percaya dibawa ke Dewan Rakyat pada Dis 2022.

Dia merujuk kepada usul yang dibentangkan Fadillah Yusof dan Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Dis tahun berkenaan. Ia berlangsung kira-kira tiga minggu selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Usul berkenaan diluluskan secara undian suara majoriti.

Menurut Ahmad Fadhli jika Anwar benar-benar berani dan anak jantan, ahli parlimen Tambun itu disarankan untuk membebaskan semua ahli parlimen kerajaan daripada ikatan perjanjian.

"Beri mereka kebebasan mengundi mengikut pilihan sendiri. Nah, kita tengok adakah Datuk Seri masih kekal ataupun tersungkur!" katanya dalam kenyataan hari ini.

Malam tadi Anwar mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya sebagai perdana menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Persoal layanan speaker

Walaupun tidak menyatakan secara jelas, kata-kata Anwar itu dipercayai merujuk kepada usul Pemuda PAS dalam muktamar parti itu pada minggu lalu supaya dia meletakkan jawatan.

Presiden PKR itu turut menempelak gesaan tersebut sebagai tidak tahu hukum dan peraturan.

“Mahu main-main dengan kita, ada 30 orang (suruh) Anwar turun, negara apa? Sistem apa? Datang ke sini bagitahu suruh Anwar turun.

“Ingat negara dia? Tak ada ikut peraturan tak ada ikut hukum. Nak turunkan sila, saya bagi jaminan. Ada sidang parlimen pertengahan Oktober, bawa usul cepat, kalau lambat pun saya luluskan.

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai perdana menteri, tak payah jerit.

“Kamu itu turun dulu, banjir pun tak terurus, muka ini juga nak pergi tolong,” katanya ketika berucap di Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor.

Ahmad Fadhli turut menzahirkan kecurigaannya jika usul tersebut dibawa.

"Boleh sahaja usul tidak percaya dibawa ke parlimen, tetapi dengan speaker yang ada, adakah ia akan dilayan dengan adil?" katanya.

Anwar cabar pembangkang bawa usul undi tak percaya

malaysiakini.com
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Sep 21, 2024 

Anwar Ibrahim mencabar pembangkang membawa usul undi tidak percaya kepadanya sebagai perdana menteri pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Perkara itu dipercayai diungkapnya sebagai respons selepas Pemuda PAS membuat usul dalam muktamar parti pada minggu lalu supaya Anwar meletakkan jawatan.

Presiden PKR itu turut menempelak gesaan itu sebagai tidak tahu hukum dan peraturan.

“Mahu main-main dengan kita, ada 30 orang (suruh) Anwar turun, negara apa? Sistem apa? Datang ke sini bagitahu suruh Anwar turun.

“Ingat negara dia? Tak ada ikut peraturan tak ada ikut hukum. Nak turunkan sila, saya bagi jaminan. Ada sidang parlimen pertengahan Oktober, bawa usul cepat, kalau lambat pun saya luluskan.

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai perdana menteri, tak payah jerit. Kamu itu turun dulu, banjir pun tak terurus, muka ini juga nak pergi tolong,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap di Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat: Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selangor, malam tadi.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Pemuda PAS dalam muktamar yang diadakan di Temerloh, minggu lalu mendesak Anwar meletakkan jawatannya atau diturunkan dengan kadar segera.

Usul tersebut dibawa dan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Kawasan Tambun, Abdul Abidi Mohd Maznan yang kemudiannya dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menyifatkan pihak pembangkang ketandusan modal untuk menghentamnya.

Malah katanya pembangkang hanya menggunakan hal-hal lampau dan isu dirinya sebagai bekas banduan.

“Hari ini mereka boleh bercerita hal-hal lampau, pembangkang tidak ada modal paling tidak apa mereka kata? Ya bekas banduan jadi perdana menteri.

“Ya saya memang bekas banduan, tetapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji dan dulu bapa-bapa kamu, pemimpin-pemimpin PAS antara yang pertama benteng pertahankan kami dan menolak fitnah itu.

“Sekarang anak-anak mereka yang jahil tentang sejarah yang menjadi perkakas kepada perasuah, yang menjadi alat kepada orang-orang yang mencuri harta sekarang mahu jadi jaguh?” ujarnya.

Acara himpunan itu diadakan sebagai memperingati tarikh 20 September iaitu hari Anwar ditangkap selepas dipecat daripada jawatan timbalan menteri pada 26 tahun lalu.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-