Monday, December 10, 2018

Tiada pilihan raya kerajaan tempatan, kata PM

Soo Wern Jun
-December 10, 2018 11:48 AM

Dr Mahathir berkata, pilihan raya kerajaan tempatan boleh diburukkan oleh perbezaan kaum.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, tidak ada rancangan untuk menghidupkan semula pilihan raya kerajaan tempatan atas kebimbangan berlakunya konflik kaum.

Merujuk kepada kemungkinan wujudnya perbezaan antara demografi bandar dan luar bandar, beliau berkata, pilihan raya kerajaan tempatan mungkin akan menghasilkan “keputusan yang salah”.

“Bandar berbeza dan luar bandar juga berbeza. Akan berlaku konflik, dan besar kemungkinan ia diperburukkan lagi oleh perbezaan kaum.

“Kita tidak mahu ini berlaku,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan konvensyen mengenai pemerkasaan majlis tempatan di sini, hari ini.

Julai lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian beliau bercadang mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan dalam masa 3 tahun akan datang.

Katanya, pilihan raya itu hanya dapat diadakan selepas ekonomi dan kedudukan kewangan negara stabil.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad juga berkata, pilihan raya tempatan bagi bandaraya Kuala Lumpur boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk diadakan.

Beliau juga berkata, tidak ada tempoh masa untuk mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-