Monday, February 4, 2019

Umno: Dulu tuduh AES ‘zalimi rakyat’, kini PH tambah lagi 11

Oleh Jamny Rosli
04 February 2019

Pemimpin Umno mengkritik kerajaan PH kerana menambah 11 lagi kamera AES.
Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb Ketua Penerangan Umno mempertikai keputusan Kementerian Pengangkutan untuk menambah 11 lagi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lebuhraya Utara Selatan (Plus).

Menyifatkan pelaksanaan AES ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai “baik”, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mempersoal sikap dan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH), lapor Sinar Harian.

Beliau berkata PH ketika masih pembangkang “teruk sekali” mengkritik kerajaan BN kerana menggunakan AES di lebuh raya tetapi pendirian itu berubah apabila mereka menjadi kerajaan, malah menambah 11 lagi kamera.

“Pimpinan PH ketika itu menuduh BN menzalimi rakyat dan mereka berjanji dan berkata akan mansuhkan AES yang zalim ini jika menang PRU ke-14,” katanya.

“Lebih hebat kamera ditambah dan tiada lagi diskaun saman diberikan sebagaimana zaman BN dahulu. Lebih memeranjatkan kos kamera yang dibeli lebih mahal berbanding dahulu.”

Ogos tahun lalu, kerajaan membatalkan semua 3.1 juta saman AES bernilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksana pada 2012.

Namun sebulan kemudian, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan untuk menguat kuasa Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) di 47 lokasi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-