Showing posts with label Pakatan Harapan (PH). Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan (PH). Show all posts

Tuesday, February 18, 2025

PH-BN sukar menang di Malaysia Timur jika ada PRU mengejut, kata aktivis

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
17 Feb 2025, 10:03 PM

Johan Ariffin Samad berkata, rakyat Sabah dan Sarawak anggap kerajaan perpaduan melampaui batas dalam hal ehwal agama.
Ura-ura PRU mengejut timbul apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera partinya digerakkan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan PRU akhir tahun ini.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mungkin berdepan cabaran di Sabah dan Sarawak jika PRU diadakan secara mengejut, kata aktivis dan pengulas politik Sabah Johan Ariffin Samad.

Beliau mengaitkan perkara ini dengan rasa tidak puas hati yang semakin menebal terhadap penglibatan kerajaan persekutuan dalam hal ehwal agama.

Menurutnya, rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai ‘pendirian tegas’ tentang kebebasan beragama.

Perkara seperti Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, contohnya, hanya menguatkan ketakutan terhadap Islamisasi, katanya.

“Umno mahu tuntut semula kerajaan bersama-sama PH, tetapi dasar agama mereka boleh menjejaskan sokongan di Sabah dan Sarawak, di mana kebebasan beragama sangat dilindungi,” katanya ahli kumpulan bekas penjawat awam kanan G25 itu dalam episod audiosiar TheGoodCastShow.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia Timur menganggap penglibatan kerajaan dalam hal ehwal agama melampaui batas, dan ini sangat bercanggah dengan perjanjian 20 perkara Sabah sebelum pembentukan Malaysia.

Katanya, perkara pertama dalam perjanjian itu berkaitan dengan agama, khususnya peruntukan berkaitan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terpakai di Sabah.

Beliau juga berkata, agama dijadikan senjata untuk kepentingan politik, menyimpang daripada nilai inklusif yang diajar di sekolah.

“Perlembagaan dengan jelas meletakkan hal ehwal agama bawah raja-raja negeri, jadi mengapa adanya campur tangan persekutuan?”

Ura-ura mengenai PRU mengejut timbul apabila Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengarahkan jentera partinya digerakkan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya di seluruh negara pada akhir tahun ini.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata, Muhyiddin mengeluarkan arahan itu berikutan ‘perkembangan yang sangat memberangsangkan’ selepas pertemuan antara pimpinan tertinggi Bersatu dan PAS pada 5 Feb.

Johan mengakui Perdana Menteri Anwar Ibrahim berdepan cabaran mengimbangi tuntutan pengundi Melayu sambil memastikan keterangkuman, mengambil kira kepelbagaian rakyat Malaysia, untuk menang PRU akan datang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Malaysia milik setiap rakyatnya.

“Meraikan perayaan masing-masing, seperti Ramadan dan Krismas, memupuk perpaduan. Tiada siapa yang mahu kerajaan seperti Taliban. Umat Islam moden seperti kita rasa terkongkong, dilayan seperti kanak-kanak walaupun sudah dewasa,” katanya.

Saturday, February 15, 2025

'Konstantinopel pun boleh ditawan, kita setakat nak jatuhkan Sanusi saja' - Saifuddin

bharian.com.my
Oleh M Hifzuddin Ikhsan 
hifzuddin@bh.com.my
- Februari 15, 2025 
Saifuddin (kanan) mengakui tidak bimbang dengan keyakinan Muhammad Sanusi dalam mempertahankan Kedah di bawah kepimpinan PN.

SUNGAI PETANI: Usaha Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) 'menawan' kembali Kedah pada pilihan raya akan datang bukan misi mustahil terutama dengan gerak kerja yang teratur.

Memberi contoh kejayaan kerajaan Islam suatu masa dahulu menawan Kota Konstantinopel (kini Istanbul), Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia wajar dijadikan sumber inspirasi dalam usaha menawan kembali negeri itu yang kini dikuasai PAS.

"Kita ini setakat untuk ambil alih kerajaan Kedah saja... bukan nak tumpah darah, setakat nak jatuhkan Sanusi (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) saja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew dan Pengerusi AMANAH Kedah, Asmirul Anuar Aris.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata Nabi Muhammad SAW sendiri dalam hadis ada menyebut bahawa umat Islam akan berjaya menawan Kota Konstantinopel, walaupun ketika itu dakwah Baginda cuba dihalang.

"Dalam keadaan itu pun Nabi SAW berkata 'suatu hari nanti tentera Islam akan tawan Konstantinopel, ketika itu pemimpinnya sangat hebat dan tenteranya sangat berdisiplin.

"Ketika awal perjuangan Islam, orang takut dan tak sokong, tetapi Nabi Muhammad SAW tunjuk hala tuju dengan yakin suatu hari Konstantinopel akan diambil... ketika itu Konstantinopel adalah kuasa besar dunia

"Sirah Nabi Muhammad SAW itu wajar kita ambil contoh untuk ikut," katanya.

Tambah Saifuddin lagi, dalam politik terdapat gelombang pasang dan surut dengan beliau sendiri tidak menafikan kelebihan itu kini berada pada pihak Perikatan Nasional (PN).

"Sekarang gelombang ada pada dia (PN), tetapi gelombang ada pasang surutnya... gelombang pasang itu tak akan pergi kepada 33 (kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai PN ketika ini) lagi.

"Tiba masa gelombang akan surut, pergi pada kita pula. Itulah hukum alam, kerana itu kita dengan tawaduk, penuh insaf dan sedar diri akan tunggu waktu itu," katanya.

Sementara itu, Saifuddin pada sidang media selepas program berkata, beliau tidak bimbang dengan keyakinan Muhammad Sanusi dalam mempertahankan Kedah di bawah kepimpinan PN.

"Saya tidak ada gundah gulana dengan kenyataan Menteri Besar yang penuh yakin seperti ungkapannya suruh kita tunggu sampai kiamat. Itu adalah karakter dia, dia boleh teruskan kerana tiada siapa boleh ubah.

"Tapi tak ada siapa boleh sekat gerak kerja kita dan akhirnya kita serah kepada kebijaksanaan rakyat Kedah. Tak ada yang mustahil dalam dunia ini melainkan melalui usaha yang berterusan," katanya.

Thursday, January 30, 2025

Kami yang humban kamu, pemimpin Pemuda PAS tepis pelawaan Amanah

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
30 Jan 2025, 07:00 PM

Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, jawab pengarah komunikasi Pemuda Amanah Pulau Pinang yang mempelawa ahli PAS yang kecewa sertai partinya.
Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, mengingatkan Amanah bahawa pemimpin PH juga pernah kalah kes saman. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda PAS menepis pelawaan menyertai Amanah, mengatakan ahlinya tidak akan menyertai parti yang beliau dakwa ‘tunggangan DAP’.

“Apakah mereka fikir ahli PAS itu bodoh untuk memilih bersama Amanah,” kata Naib Ketua Pemuda Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias. “Amanah tak perlu nak memujuk ahli PAS kerana ahli PAS inilah yang menghumban kamu keluar.”

Hafiz menjawab Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Pulau Pinang, Abrar Sadiq, yang mempelawa ahli PAS yang kecewa dengan pemimpin mereka, susulan pengakuan salah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria baru-baru ini.

Razman pada 27 Jan lalu mengaku salah kerana mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebagai ‘anak YTL’, dan memohon maaf kepada pemimpin DAP itu dan Kumpulan YTL, yang diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay.

Keesokannya, di platform X, Yeoh menulis ‘nantikan surat daripada peguam saya’.

Kontroversi ini tidak lama selepas Ahli Parlimen PAS, Siti Mastura Muhammad, menyelesaikan bayaran ganti rugi dan kos (termasuk faedah) berjumlah RM830,034.75 kepada tiga pemimpin DAP.

Pembayaran itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati wakil rakyat PAS itu memfitnah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok, dengan mendakwa mereka mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Mengulas lanjut, Hafiz mengingatkan Amanah bahawa pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga pernah kalah kes saman, sambil merujuk kes Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, dan Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor.

Mahkamah Tinggi pada 31 Jan tahun lalu memerintahkan Mahfuz membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 bagi saman fitnah terhadap Sanusi, berhubung kenyataan membabitkan pembelian kenderaan pelbagai guna oleh Syarikat Air Darul Aman pada 2020.

“Kenapa tak pujuk ahli parti komponen PH bersama Amanah,” kata Hafiz.

Dalam pada itu, Hafiz menyifatkan pelawaan Amanah itu sebagai tindakan terdesak untuk mendapatkan ahli. “Dia nak gunakan laluan alternatif dengan memanggil ahli PAS pula,” katanya.

Friday, October 25, 2024

‘Jangan celupar, kamu pun tak bantu Umno P Pinang’, Pemuda bidas Guan Eng

freenalaysiatoday
Nora Mahpar
-25 Oct 2024, 03:48 PM              

Pemuda Umno Pulau Pinang berkata tidak wajar Lim Guan Eng menyindir menteri parti itu secara terbuka di Dewan Rakyat.
Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Hilmi Elias mempersoalkan apa sumbangan Lim Guan Eng terhadap parti itu di negeri tersebut.

PETALING JAYA: Pemuda Umno Pulau Pinang membidas Lim Guan Eng supaya jangan celupar dan lebih sensitif terhadap kawan serta lawan.

Ketuanya Hilmi Elias berkata, tidak wajar bekas ketua menteri Pulau Pinang menyindir menteri Umno secara terbuka di Dewan Rakyat, yang nisbahnya sangat kecil berbanding menteri daripada Pakatan Harapan (PH).

“Guan Eng memang pemimpin DAP yang tak pernah menjaga mulut dan di Pulau Pinang dia terkenal dengan rekod mulut celupar. Lebih banyak bercakap dari buat kerja. Tak jaga sensitiviti lawan dan kawan.

“Guan Eng juga kena ingat, menteri di Pulau Pinang ni tak ada pun dari Umno…jadi kita nak tanya Guan Eng balik, apa yang dia bantu pemimpin Umno di Penang?” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas dakwaan Lim yang menteri Umno kurang membantu mangsa banjir di Pulau Pinang khususnya Parlimen Bagan iaitu kawasan diwakili pengerusi DAP itu.

Dalam perbahasan Belanjawan 2025 Selasa lalu, Lim berterima kasih kepada barisan menteri kerajaan perpaduan yang turun membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan kawasan Parlimennya, namun secara sinis berkata ‘menteri Umno kurang bantu sikit’.

Bagaimanapun, petikan ucapan Lim menarik perhatian Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari yang berkata pemimpin DAP itu tidak wajar mempersenda Umno secara terbuka, ketika ia telah ‘berkorban’ bekerjasama dengan DAP untuk bersama dalam kerajaan perpaduan.

Sementara itu, Hilmi mendakwa Umno Pulau Pinang tidak pernah ‘berbunyi’ walaupun hakikatnya pemimpin DAP tidak membantu kawasan Umno yang lain.

“Kita tak pernah ungkit walaupun pemimpin DAP di Pulau Pinang tak bantu kawasan-kawasan Umno, tak…kami okey sebab kita memahami tugasan masing-masing.

“Tetapi Guan Eng tak boleh pentingkan diri sendiri mempertikaikan orang lain tak bantu kawasan dia.”

Tegasnya, menteri Umno banyak turun ke kawasan tumpuan lain, khususnya kerusi Melayu namun ia tidak menghalang sayap Pemuda Pulau Pinang menggalas tugas membantu mangsa banjir negeri itu.

“Itulah pentingnya organisasi bersistem…dari segi sistem Pemuda Umno lebih baik daripada DAP, kerana kami mempunyai jentera dan akar umbi yang ramai di bawah. Kami tak perlukan menteri kami turun, tapi kami mampu melaksanakan tugasan diamanahkan dengan baik,” katanya.

Hilmi juga secara sinis meminta Lim ‘mempelajari’ usaha menangani banjir dengan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang disifatkan lebih sistematik berbanding ketika era pentadbirannya.

“Kalau nak dibandingkan prestasi Guan Eng ketika menjadi ketua menteri dulu, sekarang jauh lebih baik. Dia kena tengok cara Chow sekarang dapat tangani banjir secara sistematik dari segi penyelarasan bantuan banjir antara parti perpaduan.

“Cuma mungkin Guan Eng tak tahu, sebab dia hanya jaga Bagan sahaja,” katanya.

PAS jangan menangguk di air keruh

Berterima kasih dengan keprihatinan PAS terhadap isu berkenaan, Hilmi bagaimanapun meminta seterunya tidak mengambil kesempatan atas perkara tiada kaitan dengan parti itu.

“Kita nak pesan…jangan menangguk di air keruh, sebab banyak lagi isu lebih besar yang kita tengok kenapa PAS tak bersuara. Soal pemimpin Umno biarlah kami Pemuda Umno yang selesaikan,” katanya.

Wednesday, October 2, 2024

Penghinaan jijik DAP terhadap Umno

harakahdaily.net
October 2, 2024
Dr Zulkeflee Yaacob

KOTA BHARU: Dakwaan seorang pemimpin DAP Johor era pemerintahan BN-Umno merosakkan negara kerana salah urus ekonomi dan rasuah memperlihatkan retak menunggu belah hubungan DAP-Umno.

Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilapor berkata, Pakatan Harapan (PH) menyelamatkan Barisan Nasional (BN) sehingga mendapat sokongan semula rakyat.

Kata beliau, terbaharu berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota.

Pensyarah Psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, kenyataan Cheng Hau sebagai penghinaan yang jijik terhadap Umno.

Katanya, DAP begitu teruja dengan kerjasama politik PH-BN atas perpecahan orang Melayu di negara ini.

“Mobiliti politik DAP menggunakan segelintir pemimpin Melayu sebagai ejen memecahkan perpaduan orang Melayu, namun malangnya ada orang Melayu masih alpa dan leka.

“Kalau ada kesedaran sebilangan orang Melayu pun belum pada tahap adaptasi kerana mahu menyelamatkan pemimpin Umno yang ada kedudukan dalam kerajaan Madani sekarang,” katanya di sini.

Baru-baru ini portal berita melaporkan Cheng Hau mendakwa rawatan pakar daripada DAP memulihkan Umno-BN dalam arus politik perdana.

Sedangkan katanya dahulu Umno dibelenggu kronisme dan rasuah serta salah urus ekonomi ketika menerajui pentadbiran negara.

Dr Zulkeflee juga berkata, plot hubungan PH-DAP-Umno sering berantakan kerana perbezaan dasar perjuangan yang begitu jauh.

“Mereka sekadar memperlihatkan kebersamaan dalam kerajaan Madani bagi menyelamatkan kedudukan seorang dua pemimpin Umno,” ujarnya. 

Tuesday, October 1, 2024

'Umno tak layak dapat permohonan maaf, patut syukur dapat talian hayat'

malaysiakini,com
Diterbitkan: Oct 1, 2024 8:55 AM
Selepas disingkirkan daripada tampuk kuasa pada pilihan raya umum (PRU) 2018, Umno mengalami prestasi terburuk dalam pilihan raya negara empat tahun kemudian tetapi masih berjaya kembali ke dalam pentadbiran selepas menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Susulan kemenangan berturut-turut dalam pilihan raya kecil (PRK), Ahli Majlis Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamed baru-baru ini meminta PH memohon maaf kerana memberi gambaran buruk kepada partinya selama beberapa dekad.

Ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi bersetuju dengan Nur Jazlan bahawa tiada satu parti pun boleh mengaku sebagai tulang belakang kerajaan perpaduan ketika ini.

Bagaimanapun Tajuddin berkata senarai panjang kesalahan Umno menyebabkan ia tidak layak menerima permohonan maaf.

“Siapa yang hampir bankrapkan negara kalau bukan Umno? Siapa yang menyemai benih permusuhan kaum kalau bukan Umno?

“Siapa yang ajar (Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad) Akmal (Saleh) menggunakan kata-kata penghinaan untuk memenangi pengundi sesuatu kaum dengan mengorbankan maruah orang lain, siapa lagi kalau bukan veteran Umno, khususnya bekas presidennya yang paling lama berkhidmat Dr Mahathir Mohamad?” katanya kepada Malaysiakini.
Tajuddin Mohd Rasdi
Bertentangan dengan dakwaan Nur Jazlan bahawa PH "sangat memerlukan" Umno untuk terus berkuasa, dia menegaskan bahawa gabungan pimpinan Anwar Ibrahim yang menawarkan talian hayat buat Umno yang "terdesak" selepas PRU lalu.

Profesor seni bina, yang mendiagnosis Nur Jazlan menghidap "penyakit Akmal dalam menuntut mohon maaf", menegurnya kerana tidak menggunakan talian hayat kedua ini untuk membetulkan kesalahan Umno yang lalu.

“Daripada menggunakan kemenangan PRK untuk merapatkan hubungan antara bekas lawan bagi membuka lembaran baru ke arah Malaysia yang lebih baik, Nur Jazlan memilih untuk membuka luka lama,” katanya.

Tajuddin menarik perhatian bahawa jika Umno memilih untuk kekal bersama Perikatan Nasional (PN), perananya sebagai parti mewakili orang Melayu akan berkurang memandangkan PAS dan Bersatu juga membawa imej itu.

“Dalam kerajaan sekarang, saya ingin berfikir bahawa walaupun PH mempunyai bahagian terbesar ahli parlimen, Umno berdiri sama tinggi dengan yang lain sebagai rakan kongsi yang sama,” katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata kenyataan Nur Jazlan membuktikan bahawa tabiat lama sukar dihentikan dan Umno masih bekerja di bawah khayalan bahawa ia "abang besar" yang mesti dihormati.
Nur Jazlan Mohamed
“Ini mungkin kedengaran agak klise, tetapi memandangkan pemimpin Umno seperti masih tak tahu, terpaksa diulang - penghormatan diraih oleh yang berhak, bukan dituntut.

"Nur Jazlan bersifat kebudak-budakan apabila menuntut permohonan maaf," katanya, sambil menyifatkan ia sebagai "kacang lupakan kulit" atau "tidak bersyukur".

Semasa perhimpunan agung Umno pada Ogos, pemimpin seperti Akmal menjelaskan bahawa parti itu tidak akan berpuas hati dengan menjadi rakan kongsi dalam gabungan pemerintah.

Dalam ucapannya, ahli politik yang terkenal dengan kenyataan kontroversinya itu menegaskan Umno mesti menjadi kuasa dominan semula.

Nur Jazlan, sebaliknya, mengingatkan bahawa "keangkuhan" boleh merungkai kerjasama antara parti-parti yang penting bagi kerajaan perpaduan dalam menghadapi PRU akan datang.

Dia berkata PH tidak boleh lagi berpegang kepada "sentimen lama" bahawa Umno korup.

Wednesday, September 18, 2024

ULASAN l Saifudin, PKR jangan seperti ‘lepaskan anjing tersepit’ - Tuan Ibrahim

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 18, 2024 10:33 AM
ULASAN l Ketakutan dan kegelisahan Pakatan Harapan (PH) kepada PAS serta presiden parti, Abdul Hadi Awang secara khususnya amat terserlah.

Perasaan ini menyebabkan Saifuddin Nasution Ismail membuat satu kenyataan media atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri. Agak janggal apabila kenyataan media kementerian hanya menyemai kebencian terhadap presiden PAS dan bukan berkaitan keselamatan negara.

Sejak penubuhan PAS, Abdul Hadi adalah sosok yang telah berjaya mengangkat PAS bersama dengan Perikatan Nasional (PN) ke tahap tertinggi.
Ia tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun, termasuk Saifuddin yang hanya berniat jahat. Barangkali Saifuddin harus diingatkan bahawa PAS yang berpresidenkan Abdul Hadi adalah parti tunggal yang mempunyai wakil ahli Parlimen (MP) terbanyak di Dewan Rakyat ketika ini.

Walaupun Abdul Hadi difitnah dengan pelbagai perkara, namun dia berjaya membawa bersamanya 42 orang MP berbanding PKR yang mempunyai hanya 31 orang.


Jika kenyataan itu juga belum memadai untuk membuka mata beliau, bilang berapa negeri yang diperintah oleh PKR berbanding PAS yang menguasai empat buah negeri. Andai benar dakwaan jahat Saifuddin, mana mungkin masih ramai rakyat yang menyokong PAS sehingga ke tahap ini, alhamdulillah.

Dalam era kepimpinan beliau juga PKR menumpang kasih bekerjasama memenangi banyak kerusi pilihanraya. Bahkan kejayaan Abdul Hadi bermula dengan menafikan majoriti dua pertiga dan merampas beberapa negeri daripada kerajaan BN ketika itu.
Orang yang paling bertuah merasa sendiri kemenangan dalam pilihanraya adalah Saifuddin yang menggunakan lambang PAS, parti yang dicerca olehnya hari ini. Dengan persetujuan Abdul Hadi, dia diberi ruang bertanding dan memenangi parlimen Machang pada tahun 2008.

Diharapkan agar Saifuddin tidak lupa jasa Abdul Hadi. Atau mungkin juga Saifuddin perlu diingatkan apabila Anwar Ibrahim bertemu dengan presiden PAS dan arwah bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Aziz Nik Mat memohon agar mereka membantu PKR satu masa dulu.

Manusia mudah lupa ini bukan sahaja tidak mengenang jasa, sebaliknya menggigit tangan mereka yang membantunya dahulu.

Saya berharap agar Saifuddin tidak memadamkan fakta yang disebutkan dan memohon agar dia tidaklah seperti yang selalu diperkatakan dalam peribahasa Melayu ‘seperti melepaskan anjing tersepit’.

PAS sangat kesal dan berdukacita dengan kenyataan melampau serta tidak beradab ini. Hal ini kerana sepanjang muktamar tiada satu nama pun disebut dan diserang oleh presiden dalam ucapannya.
PAS dalam muktamar itu sentiasa memberi fokus kepada perkara dasar yang suatu ketika dahulu Saifuddin dan pendokong reformasi turut memperjuangkannya.

Saya yakin, kenyataan tidak beradab yang dikeluarkan oleh menteri dalam negeri ini tidak akan terhenti di sini. Kami menjangkakan pelbagai tindakan akan menyusul kerana semakin dekat PRU, semakin mengelabah dan tidak keruan pihak Saifuddin dan partinya. Mereka akan sedaya upaya cuba menjustifikasi kenyataan mereka agar mereka tidak dilihat berbohong.

Semoga Allah mempercepatkan kerajaan sedia ada hari ini tumbang. Kepada Allah kami berserah.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN adalah timbalan presiden PAS.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tuesday, September 17, 2024

‘Hina sangatkah orang Islam bergantung punca rezeki kepada judi?’

harakahdaily.net
September 17, 2024
Ahmad Fadhli dan Lee Chin Chen.

KUALA LUMPUR: “Umat Islam perlu berasa terhina dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin DAP yang menyatakan ‘tutup kasino Genting jejaskan ekonomi, mata pencarian umat Islam’.”

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya tidak berasa perkara itu, tandanya hati sudah keras dan mata telah buta dari melihat hakikat bahayanya rejim Pakatan Harapan (PH).

“Ia boleh dilihat kepada komen-komen kelompok yang mempertahankan kenyataan ini. Siapa kelompok mereka, boleh kenal dengan mudah,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Pengerusi DAP Pahang, Lee Chin Chen, dilaporkan media tempatan membantah cadangan PAS Negeri Pahang untuk menutup kasino di Genting Highlands, dengan menegaskan bahawa langkah itu akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negeri serta mata pencarian umat Islam yang bekerja di kawasan itu.

Chin menekankan bahawa Genting Highlands merupakan destinasi pelancongan utama yang telah lama menyumbang kepada pendapatan negeri dan menarik jutaan pelawat.

Chin juga menambah bahawa kasino di Genting hanya membenarkan kemasukan bukan Islam, manakala sebahagian besar pekerja di sana adalah umat Islam.

PAS Pahang sebelum ini menegaskan komitmen untuk menutup semua premis perjudian, termasuk kasino di Genting, sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 semasa Muktamar Tahunan PAS di Kerdau, Ahad lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu mengakui terdapat cabaran dari segi bidang kuasa undang-undang, namun menyatakan bahawa PAS akan berusaha dalam ruang lingkup kuasa negeri untuk menghentikan aktiviti yang mereka anggap memudaratkan masyarakat.

Sehubungan itu, Fadhli berkata, sebab itulah kerajaan bersungguh-sungguh sangat mahu menutup mulut Ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“(Ia adalah) Supaya jangan sesekali mengeluarkan kenyataan yang mereka sendiri akan takrifkan sebagai timbulkan kebencian.

“Dan mereka namakan ia ‘menyentuh 3R (agama, bangsa dan raja)’, supaya mereka bebas mengeluarkan apa jua kenyataan tanpa siapa boleh membalasnya,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau memberikan contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu yang dilihat sangat menghina orang-orang Islam.

“Hina sangatkah orang-orang Islam ini sehingga bergantung punca rezeki kepada judi?

“Tapi itulah, jika dijawab, yang bakal didakwa ialah mereka yang bangkit membela. Yang mentohmah kekal suci, dengan alasan ‘salah terjemahan’,” katanya. 

Sunday, September 15, 2024

Ahli Parlimen PN sebulat suara tolak draf MoU peruntukan

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-15 Sep 2024, 09:05 AM

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata antara alasan penolakan adalah mengongkong kebebasan bersuara dan didakwa jejas hak orang Melayu dan Bumiputera.
Hamzah Zainudin turut mengingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan yang berjanji dana pembangunan kawasan pilihan raya secara sama rata.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkait peruntukan kepada wakil rakyat, kata Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin.

Beliau yang juga setiausaha agung PN memberi empat sebab fundamental penolakan yang antaranya didakwa bertentangan Perlembagaan Persekutuan dengan beberapa syarat dikenakan dikhuatiri menjejaskan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera.

“Draf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

Draf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte, katanya dalam kenyataan.

Katanya, draf berkenaan turut mengandungi perkara dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli Parlimen.

Sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, katanya.

Dalam kenyataan itu, Hamzah tidak mendedahkan butiran terperinci terkandung dalam MoU dirujuk.

Beliau juga berkata, PN mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan yang berjanji dana pembangunan kawasan pilihan raya (CDF) secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Pada 20 Ogos lalu, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mengesahkan menerima draf MoU itu.

Pada 9 Julai lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak patut menjadi isu rumit diselesaikan.

Ini kerana, katanya, syarat ditetapkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang mahu mendapat peruntukan adalah syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.

Saturday, September 14, 2024

PAS takkan sertai PH ‘dalam apa jua bentuk’, tegas Hadi

freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli
14 Sep 2024, 12:00 PM

Presiden PAS itu berkata, partinya tetap teguh mempertahankan PN.
Presiden PAS Hadi Awang berkata, partinya memilih perpaduan umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.

TEMERLOH: PAS tidak berhasrat menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam ‘apa-apa jua bentuk, tegas Hadi Awang.

Dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-70, presiden PAS itu berkata, partinya tetap teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

PAS tetap berdiri teguh mempertahankan PN dan menghidupkan Muafakat Nasional (MN) yang sebenar, katanya tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai MN yang dimaksudkannya.

(PAS) tidak sesekali berhasrat untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam apa-apa jua bentuk.

PAS sebelum ini pernah bekerjasama dengan PKR, parti tonggak PH, dan DAP atas tiket Pakatan Rakyat, namun gabungan itu terbubar pada 2015 selepas DAP dan PAS tidak lagi sehaluan.

Selepas kalah pada PRU 2018, PAS dan Umno memeterai Piagam Muafakat Nasional pada akhir 2019 namun kerjasama atas platform penyatuan ummah itu juga gagal apabila PAS menyertai Bersatu membentuk PN pada 2020, selepas lima bulan di Putrajaya.

Sementara itu, Hadi dalam ucapannya hari ini berkata, PAS memilih perpaduan umat Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem, dalam kalangan mereka yang menerima Islam sebagai penyelesaian dan menerima tokoh Islam sebagai pemimpin.

“PAS akan terus beristiqamah mengenali kalangan yang ikhlas menerima Islam adalah penyelesaian dan menolak kalangan yang telunjuknya lurus, tetapi kelengkengnya berkait.

Ini bagi menjamin ‘keindukan’ Islam dan Melayu kekal terpelihara di tanah air tercinta ini, katanya.

Muktamar Tahunan PAS ke-70 berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh, bermula Rabu, dengan acara kemuncak pada hari ini dan esok.

Tuesday, September 10, 2024

PRK Mahkota: Annuar lancar perang psikologi terhadap BN, tak perkecil Bersatu

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-10 Sep 2024, 08:00 AM

Penganalisis berkata Annuar Musa sedar BN jauh di hadapan berdasarkan gabungan undinya dan PH berbanding 7,614 undi diperoleh PN pada PRN Johor 2022.
BN mengumumkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah sebagai calonnya untuk PRK Mahkota 28 Sept ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kenyataan secara terbuka Annuar Musa yang yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang majoriti lebih besar pada PRK Mahkota bukan berniat memperkecilkan kemampuan Bersatu, sebaliknya hanya ‘perang psikologi’ untuk jentera kerajaan perpaduan berasa selesa.

PN dijangka diwakili Bersatu pada PRK berlangsung 28 Sept ini dalam usaha merampas kerusi itu daripada BN yang mencalonkan Ketua Pemuda Umno Kluang Syed Hussien Syed Abdullah.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata kenyataan pemimpin PAS itu menunjukkan PN menyedari realiti perlu berdepan sokongan gabungan undi BN dan Pakatan Harapan (PH) yang meraih 28,056 undi pada PRN Johor lalu berbanding 7,614 undi diterimanya.

“Kenyataan itu hanya perang psikologi kerana Annuar tahu BN akan menang selesa, tak boleh kata sengit.

Jadi, dia (Annuar) sengaja kata begitu supaya Umno alpa, merasa selesa dan tidak kuat sangat berkempen, katanya kepada FMT, mengulas kenyataan Annuar yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat Ahad lalu, bahawa BN akan menang PRK Mahkota dengan majoriti lebih 20,000 undi.

Sementara itu, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpandangan kenyataan Annuar menggambarkan PN tidak yakin terhadap kemampuannya menawan kubu kuat Umno, mengambil kira masalah dalaman sedang dihadapi Bersatu ketika ini.

“Bersatu sendiri sedang berdepan pelbagai tekanan melibatkan pemimpin tertinggi mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Ia boleh dianggap jalan mudah untuk BN mengalihkan sokongan pengundi PN kepada mereka, katanya.

Bagaimanapun, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpendapat jentera kerajaan perpaduan perlu menumpukan kepada pengundi Umno yang mengalihkan sokongan kepada PN kerana kerjasama BN dan PH.

“Senario bila PH bergabung dengan BN, kita lihat ada trend peralihan undi orang Umno kepada PN, ini dapat dilihat sewaktu PRN enam negeri tempoh hari, Umno perlu turun secara agresif beri penerangan mengenai isu ini kerana ia sering dijadikan modal oleh PN.

PH pula perlu bersungguh-sungguh pastikan supaya 34% pengundi Cina di Mahkota keluar mengundi bagi memastikan kemenangan mutlak memihak kepada Umno/BN, katanya.

DUN Mahkota terletak di bawah Parlimen Kluang mempunyai 66,318 pemilih meliputi Melayu (56%), Cina (34%), India (8%), dan lain-lain (2%).

Sunday, September 8, 2024

Kenyataan Teresa hanya keruhkan keadaan, kata PM

bharian.com.my
Oleh Muhammad Yusri Muzamir 
yusri.muzamir@bh.com.my
- September 8, 2024 @ 10:09am
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Perasmian Kawasan Rehat & Rawat Seremban (Arah Selatan) : R&R Lestari Pertama hari ini. - Foto BERNAMA

SEREMBAN: Kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan tiada keperluan bagi Teresa bertindak sedemikian, selain menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi DAP itu hanya mengeruhkan keadaan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah selatan) di sini, hari ini.

Sebelum ini Teresa mendakwa cadangan kerajaan mewajibkan restoran dan syarikat makanan tidak menyajikan daging babi serta alkohol mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan termasuk membabitkan pengusaha restoran Melayu.

Teresa juga turut mendakwa langkah itu bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya selain mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.

Kenyataan Teresa itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO, pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Monday, August 26, 2024

PH perlukan BN di sebalik cita-cita Umno, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-26 Aug 2024

PH sedar ia mungkin tidak memiliki kekuatan untuk membentuk majoriti kerusi tanpa sokongan BN, serta Sabah dan Sarawak, menurut penganalisis.
Di sebalik cita-cita Umno untuk menjadi parti dominan, Pengerusi PH Anwar Ibrahim membuka rundingan kerjasama dengan BN bagi PRU16.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan masih memerlukan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan walaupun berdepan cita-cita Umno untuk kembali menjadi parti dominan.

Penganalisis percaya PH sedar ia mungkin tidak memiliki kekuatan untuk membentuk majoriti kerusi tanpa sokongan BN, serta parti-parti di Sabah dan Sarawak yang pernah bersama gabungan itu.

PH tak mampu bergerak solo dalam perkara ini. Paling banyak kerusi yang boleh diperolehi 80 Parlimen sahaja dan lebihan untuk dapat majoriti mudah bentuk kerajaan memerlukan sokongan BN, sekurang-kurangnya di Semenanjung, kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara.

Azmi mengingatkan bahawa PKR dan Amanah sukar menarik sokongan pengundi Melayu, manakala hubungan lama antara BN dan parti-parti di Sabah dan Sarawak akan memudahkan kerjasama.

Jika PH bekerjasama dengan BN secara automatik parti di Sabah dan Sarawak akan turut serta dalam kerjasama itu, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PH Anwar Ibrahim bahawa rundingan kerjasama dengan BN bagi PRU16 masih terbuka.

Pada Perhimpunan Agung Umno 2024 yang berakhir pada Sabtu, para pemimpin tinggi Umno dalam ucapan mereka menekankan pemulihan, yang menurut Naib Presiden Johari Abdul Ghani mungkin memerlukan dua atau tiga PRU untuk kembali dominan.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata langkah PH mengekalkan dialog dengan BN menunjukkan kesediaan untuk membentuk pakatan politik yang boleh menjamin kestabilan dan kesinambungan pemerintahan.

Sikap ini katanya akan membantu memupuk kepercayaan dalam kalangan pengundi bahawa ia sedia bekerjasama demi kebaikan negara dan bukan semata-mata untuk kepentingan politik.

Dalam erti kata lain, PH mahu menggambarkan diri mereka sebagai pemain politik yang inklusif dan bersedia mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan parti, katanya.

Sementara itu, Azmi berkata Umno perlu menggandakan usaha bagi mengimbangi kekuatan DAP, sekiranya mahu dilihat sebagai parti dominan.

Untuk menjadi dominan, kalau nak kekal bekerjasama dengan PH maka Umno perlu meningkatkan kerusi lebih, sama ada sama dengan DAP atau PKR atau kena lebih dari DAP dan PKR, katanya.

Thursday, August 15, 2024

Umno tak jemput DAP, pemimpin parti kerajaan untuk ‘sejukkan’ akar umbi, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-15 Aug 2024, 08:00 AM

Umno semalam memutuskan tidak menjemput pemimpin utama kerajaan perpaduan ke PAU 2024 minggu depan.
Perhimpunan Agung Umno 2024 akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos dijangka dihadiri 6,433 perwakilan.

PETALING JAYA: Penganalisis tidak menolak kemungkinan keputusan Umno tidak menjemput sekutunya dalam kerajaan perpaduan ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 minggu depan bagi mengendurkan ketegangan khususnya dengan DAP.

Merujuk beberapa siri pertikaman lidah antara pemimpin Umno dan DAP antaranya dalam isu stoking kalimah Allah dan Kampung Baru Cina, Ariff Aizuddin Azlan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno belum reda.

Titik-titik pengasingan (antara Umno dan DAP) mula bercambah. Faktor tidak senang akar umbi Umno juga kemungkinan memainkan peranan, katanya kepada FMT mengulas keputusan Umno tidak menjemput pemimpin utama parti dalam kerajaan perpaduan ke PAU 2024 dijadual berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos.

Keputusan Umno bertepatan jika diambil kira dari sudut sentimen semasa yang tidak begitu menguntungkan hubungan Umno dan DAP ini.

Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan itu dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan supaya PAU 2024 mengutamakan keluarga Umno terlebih dahulu.

Tahun lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) hadir ke PAU, 25 tahun selepas dipecat Umno.

Kali terakhir beliau di pentas sama ialah pada Jun 1998 selaku timbalan presiden Umno, sebelum dipecat tiga bulan kemudian.

Turut hadir pemimpin kanan parti sekutu dalam kerajaan antaranya Loke Siew Fook (DAP), Mohamad Sabu (Amanah), dan Shafie Apdal (Warisan).

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, menyifatkan tindakan Umno tepat memandangkan kehadiran wakil parti luar daripada Barisan Nasional (BN) hanya mencetuskan rasa tidak puas hati selain ucapan pemimpinnya perlu ‘menjaga hati’ tetamu terbabit.

“Ini redakan sedikit ketegangan dan lebih mudah bagi pemimpin Umno terangkan pelbagai isu termasuk kerjasama dengan PH.

Sebelum ini dalam PAU kita lihat penerangan mengenai mengapa Umno perlu bekerjasama dengan DAP tidak dapat diterima (akar umbi), katanya yakin pemimpin PH boleh memahami keputusan itu.

Tuesday, August 13, 2024

BN tanding Mahkota, Zahid beri amaran ‘parti lain jangan kacau’

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
13 Aug 2024

Pengerusi BN berkata menerusi persefahaman kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula parti berkenaan’.
Pengerusi BN Zahid Hamidi memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan bertanding PRK DUN Mahkota 28 Sept ini, kata Zahid Hamidi.

Justeru, pengerusi BN memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada sesuatu parti.

Saya tak mahu kenyataan dikeluarkan oleh pemimpin besar atau kecil yang menuntut mana-mana kerusi diperuntukkan untuk dituntut atau keluar kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi sebaliknya, katanya pada sidang media selepas mesyuarat sekretariat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Platinum Sentral.

Pada 5 Ogos lalu Ketua Amanah Kluang, Mohd Zuhan Mohd Zain, dilaporkan mendesak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) dan BN memberikan laluan kepada calonnya bertanding PRK Mahkota yang pernah dimenangi parti itu pada PRU14.

Menyusul desakan itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu menegur ahli partinya kerana menggunakan media untuk melobi DUN tersebut, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan terhadap kempen PRK Nenggiri pada 17 Ogos yang ditandingi Umno untuk merebut semula kerusi berkenaan daripada Bersatu.

Pada 8 Ogos lalu Zahid berkata parti dalam kerajaan perpaduan tidak wajar menuntut kerusi bukan milik mereka dan ia perlu dihormati.

Sila hormati kalau kerusi itu kepunyaan sesebuah parti. Jadi formulanya kerusi itu akan diberikan kepada parti berkenaan, bukan menuntut itu dan ini, kata timbalan perdana menteri.

Sementara itu, Zahid berkata bagi menghadapi PRK Mahkota, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama biro politik dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno seterusnya membawa keputusan tersebut dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Beliau menjelaskan, menerusi persefahaman dalam kerajaan perpaduan ‘kerusi diwakili oleh mana-mana parti harus diserahkan dan ditandingi semula oleh parti berkenaan’.

DUN Mahkota adalah DUN di kawasan agak berpotensi untuk kita menang dan tentunya kita mahu koordinasi dilakukan dengan semua parti politik dalam kerajaan perpaduan, katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Mahkota pada 28 Sept dengan penamaan calon dan undi awal masing-masing 14 serta 24 Sept.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili BN dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166.

‘Mimpi Umno diterima semula di Kelantan akan kekal mimpi '

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 13, 2024 
PRK NENGGIRI l Walaupun tanpa kehadiran pemimpin DAP di Nenggiri, seorang pemimpin PAS, bagaimanapun, percaya mereka tidak perlu hadir secara fizikal untuk menghancurkan impian Umno yang cuba menggunakan pilihan raya kecil itu untuk memulihkan semula sokongannya di Kelantan.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, ia akan kekal sebagai “impian” selagi BN bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) yang “diterajui DAP”.

“Walaupun tanpa kehadiran DAP di Nenggiri, Umno-Zahid tidak dapat menafikan bahawa calon mereka adalah calon kerajaan Madani yang di dalamnya ada DAP sebagai ‘abang besar’,” katanya.

Razaman berkata perkara ini akan menjadi pertimbangan besar kepada rakyat Nenggiri dalam memilih Adun mereka.

“Di tanah yang majoriti Melayu ini pasti tidak akan ada ruang kepada mereka yang gagal membela nasib rakyat dan hak orang Melayu,” katanya yang dipetik Harakah Online.

Desakan Umno supaya DAP tidak membantu kempen di Nenggiri juga telah menjengkelkan DAP Kelantan, dengan pengerusinya Azha Abdul Rani memberitahu ahli dan penyokong bahawa mereka bebas membuat pilihan memilih mana-mana sahaja parti.


PAS dan juga Umno, sebelum membentuk pakatan dengan PH, sering menuduh DAP cuba menjejaskan kedudukan orang Melayu dan Islam.

Pemimpin DAP telah berulang kali menafikan tuduhan ini dan mengesahkan komitmen parti dalam menegakkan Perlembagaan Persekutuan.

Malah, dalam usaha untuk melunturkan persepsi bahawa kerajaan dikuasai DAP, parti itu juga memilih untuk menerima peranan dalam anak syarikat kerajaan berbanding jawatan menteri meskipun mereka mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak berbanding sekutu kongsinya.

Mengulas lanjut, Razman mendakwa rakyat sudah “muak” dengan kerajaan Madani.

“Kenaikan harga barang, pemansuhan subsidi, kebebasan bersuara disekat serta segala jenis kezaliman dan huru-hara yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) hakikatnya menjadi mimpi ngeri buat rakyat termasuk penduduk Nenggiri,” katanya

Pilihan raya kecil 17 Ogos akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Rizwadi Ismail yang mewakili Perikatan Nasional.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan pengumuman kekosongan jawatan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Amar Nik Abdullah pada 19 Jun selepas menerima notis bahawa Azizi Abu Naim, yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri lalu, tidak lagi menjadi ahli Bersatu.

Sunday, August 4, 2024

Gagal lihat perubahan dalam rakyat punca UMNO hilang dominasi - Zahid

bharian.com.my
Oleh Norzamira Che Noh 
bhnews@bh.com.my
Ogos 4, 2024 @ 6:10pm

Ahmad Zahid (dua dari kanan) merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja 2024 di Hotel Premiere di Klang. - NSTP / FAIZ ANUAR

KLANG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pertumbuhan ekonomi yang dibawa UMNO dalam mentadbir negara sebelum tidak lagi mampu memberikan keyakinan politik kepada rakyat.

Beliau berkata, perkara itu boleh dilihat menerusi sejarah lampau UMNO dengan parti kehilangan dominasi untuk mentadbir Selangor dan Pulau Pinang pada PRU pada 2008.

Puncanya, katanya disebabkan kegagalan untuk melihat perubahan yang berlaku dalam kalangan rakyat.

"Bukan hanya di Selangor, tetapi seluruh negara. Kita sedang mendakapi realiti politik baharu... ini suatu situasi yang harus kita hadapi. Untuk kita lihat (ke depan), sejarah silam jangan harus kita padamkan.

"Walaupun suatu ketika Selangor menjadi simpanan tetap politik kita, namun situasi itu berubah dan ia berlaku bukan secara organik, sebaliknya sangat berstruktur," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengingatkan ahli di peringkat akar umbi tidak merasa parti itu sebagai dominan seperti dahulu meskipun dengan pelantikan tujuh menteri Kabinet daripada UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

"DAP yang mempunyai (menang) kerusi lebih daripada kita, mereka hanya mempunyai lima menteri penuh. Janganlah kita yang berada di akar umbi ini (menganggap) bahawa tujuh (menteri Kabinet) ini seolah-olah kita dominan seperti dahulu.

"Realiti politik baharu ini, kita mesti mengukur baju di badan sendiri," katanya.

UMNO intai satu kerusi Parlimen Kota Raja

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyokong sekiranya gabungan itu diberikan satu daripada empat kerusi dalam Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahmad Zahid berkata, persefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan hari ini membolehkan perbincangan secara harmoni bagi mencapai keputusan yang baik.

"Kita harap di Kota Raja, rakan-rakan (Kerajaan Perpaduan) akan lihat kebersamaan dan takkan daripada empat, satu pun tidak boleh diberikan kepada kita.

"Mohon satu kerusi 'no' (tiada) hal, kita bincang sesama kawan," katanya.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam ucapannya menyatakan hasrat supaya UMNO diberikan satu daripada empat kerusi dalam bahagian Kota Raja yang kini disandang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Parlimen Kota Raja dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen itu iaitu Sungai Kandis, Kota Kemuning dan Sentosa ditandingi komponen Pakatan Harapan (PH).

Tuesday, July 30, 2024

‘Siapa DAP dalam kerajaan sehingga boleh langgar pekeliling KPM?’

harakahdaily.com
July 30, 2024
KUALA LUMPUR:“Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hari ini dilihat lebih lunak kepada DAP berbanding dengan mempertahankan hak dan isu sensitif yang mengguris hati lebih ramai rakyat Malaysia.”

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Zurk Ahmad berkata, DAP mahu semua perancangannya mengawal negara ini mengikut ‘tekak’ mereka mesti dituruti walaupun sehingga melanggar undang-undang negara.

“DAP berani mendesak apa-apa yang sudah termaktub diubah mengikut perancangan licik mereka. Pemimpin Melayu kendur bagai lembu dicucuk hidung setiap kali DAP bersuara.

“Bayangkan jika pemimpin Melayu masih tidak bersatu dan sanggup memecahkan sokongan demi membiarkan DAP terus berkuasa dan menjadi majoriti dalam kerajaan.

“Situasi membimbangkan seperti ini tidak mustahil jika DAP berjaya meluaskan pengaruh mereka melalui rancangan persempadanan semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahkan menurut Zurk, impian DAP lebih mudah jika keberaniannya mengawal negara ini tidak dihalang oleh pemimpin dalam kerajaan campuran hari ini.

“DAP mesti terus ditolak! Aktiviti ‘buli’ mereka terhadap pemimpin Melayu Islam semakin membahayakan negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, bahaya DAP kian terserlah setiap kali berada dalam kerajaan dan segala perkara yang sering dituntut mereka sentiasa mengganggu keluhuran undang-undang di Malaysia.

Tambahnya, terdapat tiga persoalan yang perlu dirisaukan oleh negara mengenai campur tangan DAP yang mula menunjukkan besar kepala mereka.

“Siapa DAP dalam kerajaan hari ini sehingga mereka boleh melanggar (arahan) pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dibuat demi kebaikan pendidikan merentas kaum?

“Apa keistimewaan DAP sehingga Menteri KPM terpaksa mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan sumbangan syarikat arak kepada sekolah vernakular?

“Kenapa DAP terlalu ditakuti sehingga tiada pemimpin kerajaan menyelar kenyataan DAP yang mempertikai kredibiliti Menteri Kerajaan Campuran,” katanya. 

Monday, July 29, 2024

Dakwa parti pembangkang mahu bekerjasama, taktikal Zahid alih isu?

utusantv.com
Oleh UtusanTV
-July 29, 2024

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan sidang media pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.
 
GAMBAR: Abd Razak Aid

AHMAD Zahid Hamidi tahu ahli-ahli UMNO masih keberatan menerima kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP.

Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Presiden UMNO itu bersama-sama dengan ‘team’ beliau untuk menyakinkan ahli-ahi UMNO khususnya di peringkat akar umbi berhubung kepentingan kerjasama tersebut, namun setakat ini ia tidak berjaya. Hasilnya, dalam beberapa PRK termasuk di Sungai Bakap, UMNO gagal menarik sokongan pengundi Melayu termasuk ahli UMNO. Jika situasi itu berterusan sudah pasti dalam PRK Nenggiri tidak lama lagi, nasib UMNO akan menjadi lebih buruk.

Tetapi anehnya, Ahmad Zahid dan beberapa pemimpin UMNO masih tergamak mempertahankan kerjasama tersebut dengan melontarkan pelbagai hujah demi memujuk ahli UMNO dan Ahmad Zahid turut mencanangkan usaha untuk bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRU-16.

Pada 30 Jun lalu, di Maran, Ahmad Zahid berkata, BN dan PH akan masing-masing bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu nanti.

“Insya-Allah, PRU akan datang kita menggunakan lambang BN. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Maksudnya, PH boleh bertanding menggunakan lambang PH, dan kita bertanding dengan lambang kita tetapi dari segi kerjasama, kita jalinkan,’’ katanya.

Atas sebab itulah apabila Ahmad Zahid mendakwa parti pembangkang menghantar wakil bagi berjumpa beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding membentuk kerjasama pada PRU-16…ramai yang ‘tersenyum’ . Tambahan pula, Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahu mahu mendedahkan siapa yang beliau maksudkan sebaliknya mendakwa pihak terlibat sanggup melakukan pelbagai kaedah kerana ‘dahagakan’ untuk menjadi kerajaan semula.

Bagaimanapun dakwaan Ahmad Zahid dinafikan dengan tegas oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah dengan menegaskan, apa yang sebenarnya berlaku adalah Pas bersama parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) ketika ini sedang memperkukuhkan kerjasama gabungan politik itu.

“Setahu saya, tiada pemimpin pembangkang mahu mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan kedua-dua pemimpin Kerajaan Perpaduan itu. (Itu tidak berlaku) kerana sikap mereka yang suka mungkir janji,” kata Mohd Amar.

Untuk menyelesaikan isu itu bukan susah, Ahmad Zahid hanya perlu dedahkan siapa pemimpin pembangkang yang ‘begitu teruja sangat’ mahu bertemu beliau dan Anwar ketika ramai orang termasuk ahli UMNO sedang bercakap betapa seronok dan terujanya Presiden UMNO itu menjalinkan kerjasama dan mempertahankan DAP.

Sebagai Presiden kepada sebuah parti dan melaksanakan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam sebuah kerajaan yang UMNO diterima secara ehsan biarpun kalah teruk dalam PRU-15 serta berhadapan isu integriti, tidak salah untuk Ahmad Zahid diselubungi keseronokan dan keterujaan tersebut tetapi usahlah membuat kenyataan yang dilihat mahu menggambarkan seolah-olah Bersatu dan Pas kemaruk sangat untuk berada dalam kerajaan.

Lagi pula penulis percaya dalam Bersatu dan Pas tidak ada pemimpin yang bersedia melakukan tindakan ‘di depan cakap lain, di belakang buat lain’ sepertimana adegan ‘perbualan guru dan murid’ yang menghebohkan politik negara satu ketika dahulu.

Sumber dalam UMNO ketika ditanya pandangan berhubung kenyataan Ahmad Zahid itu menyifatkan dakwaan Presiden UMNO itu tidak lebih daripada ‘taktikal terbaru’ dalam menghadapi PRK Nenggiri.

‘’Mungkin Ahmad Zahid mahu sampaikan kepada pengundi khususnya ahli UMNO bahawa keputusan beliau membawa parti itu bekerjasama dengan PH termasuk DAP adalah keputusan tepat sehinggakan ada parti pembangkang mahu membuat langkah yang sama. Tetapi semua orang tahu, Bersatu dan Pas sama sekali tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP. Kalau mahu berbincang dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah, mungkin ada…itupun setakat ini sekadar cakap-cakap saja, tiada pun perbincangan rasmi,’’ kata satu sumber.

Persoalannya, adakah kenyataan Ahmad Zahid itu bertujuan untuk mewujudkan perasaan curiga antara parti pembangkang atau bagi mengalihkan isu selepas mendapati reaksi negatif masih lagi membaluti ahli-ahli UMNO berhubung kerjasama parti itu dengan DAP?

Apapun pada pandangan penulis, daripada Ahmad Zahid dilihat cuba ‘menyeret’ parti pembangkang dalam mainan politik beliau, lebih baik Ahmad Zahid yang memimpin UMNO mencatatkan keputusan paling buruk dalam sejarah UMNO pada PRU-15 lalu menumpukan perhatian untuk mengatur strategi bagaimana untuk mengembalikan UMNO sebagai parti dominan dalam arena politik negara. Apa yang ahli-ahli UMNO mahu ialah parti itu bangkit semula menjadi sebuah parti yang mengepalai kerajaan bukannya sekadar ‘penyendal’ dalam kerajaan.

Penulis ‘tersentuh’ apabila mendengar kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengingatkan supaya ahli parti tidak mengutuk kerajaan hari ini seolah-olah terlupa UMNO hanya ada dalam kerajaan kerana berkongsi kuasa.

“Jadi, atas sebab itulah jangan kita meletakkan parti dan kepimpinan dalam keadaan tersepit. Saya akui kadang-kala parti dalam dilema dengan desakan-desakan sedangkan kita ini lemah.

“Kita tidak mempunyai pilihan, kita didesak, dituntut dan diugut seolah-olah kita ini dominan dalam kerajaan hari ini. Janganlah menyerang parti dengan mendesak akan tuntutan yang boleh menyebabkan pergeseran antara parti yang sama-sama membentuk kerajaan,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang, kelmarin.

Berdasarkan kepada kenyataan Khaled itu, adalah wajar jika Ahmad Zahid tumpukan perhatian pulih UMNO, lagipun Khaled pun sudah menegaskan, jika UMNO bekerjasama dengan Bersatu dan Pas menubuhkan kerajaan selepas PRU-15 UMNO mungkin tidak ada lagi hari ini.

Oleh itu tidak payahlah Ahmad Zahid layan kalau ada parti pembangkang mahu berbincang dengan beliau dalam soal kerjasama, takut nanti lenyap pulak UMNO, maklumlah bukankah sebelum ini beliau sanggup berhadapan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah di mahkamah demi mempertahankan UMNO daripada dibubarkan? Betul tak?

Seperkara lagi, daripada bercakap soal parti pembangkang, lebih baik Ahmad Zahid turut beri tumpuan pulihkan dalaman UMNO khususnya melibatkan hubungan antara pemimpin-pemimpin kanannya sebab penulis difahamkan ‘ada masalah agak serius’ …apa masalah itu? Tunggu saja ia terdedah.

Saturday, July 27, 2024

DAP tunjukkan mereka ‘abang besar’ dalam PH

harakahdaily.com
July 27, 2024
Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: “DAP sememangnya sentiasa menunjukkan bahawa mereka adalah ‘abang besar’ dalam Pakatan Harapan (PH).

“Tidak mengejutkan apabila Pengerusi DAP, YB Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan berupa amaran agar YB Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dengan mengatakan bahawa Fadhlina bukan ‘Menteri Pendidikan PAS’.

Itu penegasan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan menerusi Facebooknya mengulas laporan portal berita, Malaysiakini yang pada hari ini mengenai Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang telah mengingatkan Fadhlina agar tidak berpendirian seiring dengan PAS dan Pemuda Umno dalam isu kutipan dana pendidikan Cina dan menegaskan, Fadhlina bukan ‘menteri pendidikan PAS’.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, segala kenyataan dan dasar yang ditetapkan oleh DAP seolah menjadi dasar yang harus diikuti oleh Kerajaan PH-BN.

Malahan kenyataan Guan Eng itu, tambah beliau, seakan terbukti kebenarannya apabila kabinet membuat keputusan yang senada dengan kenyataan-kenyataan DAP berhubung isu larangan institusi pendidikan menerima sumbangan daripada hasil arak.

“Ia bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018 yang jelas melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

“Adakah Guan Eng ingin mengajar YB Menteri Pendidikan bahawa mempromosikan arak diperkarangan sekolah itu adalah baik buat murid walaupun kepada murid yang bukan Islam?

“Adakah Guan Eng mahu anak-anak ini dinormalisasikan dengan arak diperkarangan sekolah?” soal Tuan Ibrahim.

Beliau menyataan, sepatutnya Guan Eng menyokong Menteri Pendidikan yang cuba menjauhkan arak dalam kalangan pelajar sekolah.

“Guan Eng tidak perlu mengajar YB Menteri Pendidikan cara bekerja, sedangkan ketika beliau menjadi Menteri pun gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik.

“Kepada pemimpin Umno yang masih berada dalam Kerajaan, adakah budaya seperti ini yang akan terus disokong?” katanya. 

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-