Saturday, March 23, 2019

LIPUTAN LANGSUNG: Himpunan rakyat nyatakan solidariti cintakan kedamaian Malaysia hari ini

AKMAL MANAF & SITI NUR ZAWANI MISCON
March 23, 2019 7:00 am


8:22 pagi: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa; Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifili Mohamad Al Bakri; Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar dan Waytha Moorthy antara yang kelihatan di Dataran Merdeka

8.10 pagi: Peserta telah tiba di pentas utama. Dua personaliti Amin Idris dan Heliza Helmi menjadi pengacara pada himpunan kali ini. Para peserta melaungkan slogan ‘Hidup! hidup! keamanan, hidup! hidup! kedamaian. Antara poster yang mencuri tumpuan ‘stand together against hate’ tolak keganasan, tolak kebencian solidariti 4peace, ‘turn to love’

8.06 pagi: Perarakan dari Sogo telah memasuki Dataran Merdeka

7.55 pagi : Sebahagian peserta dilihat sedang mengambil gambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sementara menunggu program bermula.

7.50 pagi: Peserta sudah mula berarak dikawal oleh pihak polis dan pihak NGO Ikram. Para peserta berarak membawa bendera dan slogan “hidup, hidup keamanan”. Terdapat juga beberapa peserta membawa bunga chrysanthemum memperingati mangsa terkorban di Christchurch.


7.42 pagi: Peserta sudah mula beratur, penganjur dilihat menyusun atur pergerakan peserta bersama slogan yang akan berarak di menuju ke Dataran Merdeka. Himpunan di jangka berarak pada 7.50 pagi, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid sudah tiba sertai peserta berhimpun.

7.20 pagi: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad baru sahaja hadir. Dilihat turut hadir, Timbalan Ketua Sekretariat Amanah Parlimen Kepong, Mohd Noor Ali Akbar, Bekas Adun Pas Kampung Raja Besut Ustaz Abdul Aziz Abbas, dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Raja Kamarul Bahrin.

7.01 pagi: Anggaran peserta meningkat sehingga 100 orang di sogo. Mereka dilihat memakai baju Tshirt putih. Manakala di Sekitar masjid negara masih lagi lengang. Belum ada peserta kelihatan.

6.50 pagi: Peserta sudah mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo. Jumlah peserta baru mencapai sehingga 20 orang. Ada yang dah mula bergambar dengan slogan2 yang dibawa antaranya #solidarity 4peace.

Hari ini buat pertama kali himpunan Solidariti Kedamaian diadakan di Dataran Merdeka susulan insiden yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch pada tengahari Jumaat pada 15 Mac lepas.

Himpunan Solidariti yang akan menghimpun rakyat Malaysia hari ini bagi memutuskan tiga pendirian Malaysia terhadap insiden yang berlaku turut mengorbankan seorang remaja Malaysia Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17.

Manakala bapa Muhammad Haziq, Mohd Tarmizi Shuib juga cedera dalam serangan itu masih menerima rawatan dan dua lagi rakyat Malaysia yang cedera ialah Muhammad Nazril Hisham Omar dan Rahimi Ahmad.

Solidariti Kedamaian anjuran Jabatan Perpaduan serta JawatankuasaMempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dan beberapa NGO dan NGI serta ketua-ketua agama semua kaum di negara ini.

Solidariti Kedamaian diadakan hari ini menuntut tiga perkara:

1) Mengutuk serangan yang berlaku di Christchurch, New Zealanddan menegaskan tiada agama yang suka pada perpecahan danpeperangan. Sebaliknya, semua agama cintakan kedamaian.

2) Mewujudkan lebih banyak ruang perbincangan dan komunikasi antara agama dengan menjadikan JKMPKA sebagai jawatankuasa induk untuk mengerakkannya.

3) JKMPKA bersama NGO akan mengetuai himpunan Solidariti Kedamaian yang diadakan hari ini.

Dijangkakan 10,000 rakyat Malaysia akan berhimpun secara aman untuk menyatakan solidariti kepada kedamaian dan keamanan di negara ini agar insiden yang berlaku di New Zealand tidak menjadi igauan ngeri rakyat negara ini di masa hadapan.

Himpunan akan bermula pada jam 7.30 pagi di hadapan Pusat Membeli Belah Sogo dan peserta himpunan akan berarak ke Dataran Merdeka.

Di Dataran Merdeka dijadualkan beberapa pidato mengenai kedamaian dan keamanan akan disampaikan oleh wakil-wakil NGO, NGI dan ketua-ketua agama.

Antara NGO-NGO yang hadir ialah wakil daripada Angkatan BeliaIslam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Gabungan Dakwah Malaysia, Gabungan Bertindak Malaysia, Malaysia Hindu Sangam, Malaysian Consultative Council ofBuddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Christian Federation Malaysia (CFM).

berita menyusul lagi…

Berita penuh https://malaysiadateline.com/liputan-langsung-himpunan-rakyat-nyatakan-solidariti-cintakan-kedamaian-malaysia-hari-ini/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-