Thursday, May 2, 2019

Himpunan Ummah cubaan apikan sentimen kaum, agama - Muhyiddin

Zikri Kamarulzaman


Menjelang perhimpunan 'mempertahankan kedaulatan Islam' pada 4 Mei ini, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberikan amaran tegasnya terhadap pihak yang memiliki kecenderungan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama.

"Ada pihak yang mendakwa kononnya kedudukan Islam di bawah pentadbiran PH semakin terancam.

"Sehinggakan ada pihak yang akan menganjurkan satu perhimpunan pada hujung minggu ini yang saya lihat ada kecenderungan untuk mengapi-apikan sentimen kaum dan agama terutamanya dalam kalangan umat Islam.

"Sebagai menteri dalam negeri, seprtimana yang telah saya sebutkan tadi, KDN menerusi PDRM tidak teragak-agak untuk megambil tindakan tegas menurut peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghina mana-mana agama," kata Muhyiddin pada wawancara bersama media di Putrajaya hari ini.

Menurut beliau, tiada seorang pun yang patut menyalahgunakan kedudukan mereka bagi mencetuskan suasana kacau-bilau atau kebencian di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Pengkritik pentadbiran PH mendakwa kesucian Islam tergugat semenjak menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun, Muhyiddin menolak dakwaan terssebut.

Beliau berkata polis telah menyiasat 53 kes menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, yang mana lapan individu telah dikenakan pertuduhan di mahkamah.

"Selain itu, kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan juga telah termaktub dalam perlembagaan yang tidak akan diubah. Jadi dakwaan bahawa kedudukan dan kesucian agama Islam terancam di bawah pentadbiran PH adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Beliau menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk senantiasa menjaga kesentosaan kaum dan agama serta tidak dipengaruhi sesetengah kumpulan yang mencari keuntungan politik dengan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama.

Selain mempertahankan Islam, Ummah berkata perhimpunan pada Sabtu ini di Dataran Merdeka juga membawakan isu-isu seperti Statut Rom, kes kematian pegawai bomba allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, pengiktiran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

[Baca berita penuh]

2 comments:

  1. Mungkin kalau yg demo tu siti kassim atau sis baru dianggap tiada sentimen perkauman kerana yg menyukakan satu pihak. Tp adakah mereka pikir uec, icerd dan raja raja serta islam tidak menyakiti hati pihak yg majoriti.

    Siapakah sebenarnya yg memetik sentimen perkauman?

    ReplyDelete
  2. JAHATnya lu! PADAM komen kami yg. ANTI-REJIM PH/DAP bangkai ANJING!! Bila lu nak MAMPOS cepat, si PENJILAT LENDIR DAP bangkai ANJING?!! Mulai skr. kami LABELkan lu si BLOG BANGKAI ANJING PENIPU/PENAKUT DAYUS amat CELAKA HARAM JADAH!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-