Monday, May 27, 2019

Inkues Adib: Apa dah jadi?

siti hafidah 27/05/2019

Peguam Jabatan bomba tarik diri sudah kes berat: Najib

 
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, desak kerajaan menjelaskan tindakan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik diri pada saat akhir prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

BANGI, 22 Ramadan 1440H, Isnin – Datuk Seri Najib Razak mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan tindakan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik diri pada saat akhir prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, bekas Perdana Menteri menyifatkan tindakan peguam Syazlin Mansor yang mewakili KPKT; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); serta keluarga Muhammad Adib menarik diri daripada prosiding inkues itu, sebagai kes berat.

“Peguam yang mewakili kerajaan PH tarik diri tanpa memberi sebarang sebab. Beliau hanya suruh wartawan rujuk kepada menteri.

“Ini kerana penarikan diri peguam itu juga bermaksud testimoni daripada saksi pakar forensik dari United Kingdom yang membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh daripada kenderaan juga terbatal,” katanya.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini dikejutkan dengan pengumuman penarikan diri pihak peguam, Syazlin Mansor yang mewakili KPKT, JBPM serta keluarga Muhammad Adib.

“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid terbatal,” katanya.

Difahamkan beliau memutuskan menarik diri daripada inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib kerana terdapat ‘perkembangan baharu’.

Dalam kenyataan lain, Najib mempersoalkan perkara itu yang mana Syazlin mengesahkan bahawa penarikan diri beliau selepas berjumpa dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenai hal itu, Sabtu lalu.

“Menteri pula menjawab bahawa dia diarahkan untuk gugurkan peguam itu kerana tak ikut norma – tanpa menamakan siapa yang arahkan apabila ditanya keputusan itu sama ada keputusan beliau ataupun daripada peguam negara.

“Peguam Negara pula enggan untuk beri komen. Apa sudah terjadi?” soal bekas perdana menteri itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-