Showing posts with label Bomba. Show all posts
Showing posts with label Bomba. Show all posts

Monday, February 1, 2021

Tommy: Keputusan koroner kes Adib tak masuk akal, bercanggah bukti polis

malaysiakini.com
Diterbitkan 1 Feb 2021

Kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim pada 2018 merupakan detik yang memecah-belahkan negara dan menghantui Tommy Thomas ketika menjadi peguam negara.

Kematian Adib dan kekurangan pendakwaan terhadap mana-mana suspek telah digunakan sebagai senjata politik, terutama oleh mereka yang berada dalam Umno, untuk 'menikam' Thomas dan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Thomas sering dituduh melepaskan suspek yang didakwa menyebabkan kematian Adib.

Mengenang peristiwa itu dalam memoirnya, bekas peguam negara berkata polis telah menjalankan siasatan dengan penuh hati-hati dan teliti pada hari-hari selepas Adib mengalami kecederaannya semasa rusuhan di luar Kuil USJ Seafield Sri Maha Mariamman pada bulan November 2018

Walaupun pada masa itu ramai yang berkata Adib dicederakan perusuh, polis mendapati tiada unsur perbuatan khianat.
"Dikatakan, Adib cedera apabila jentera bomba itu berundur ke belakang, menolak kenderaan yang Adib tumpang.
"Selanjutnya, tidak mungkin polis menangkap sebarang orang atas jenayah yang tidak ada. Dan itulah penemuan setelah banyak kali siasatan oleh beberapa unit polis," tulis Thomas.

Bagaimanapun, apabila Adib meninggal dunia tiga minggu kemudian pada 17 Disember, Thomas berkata kemarahan tercetus, yang ditimbulkan sentimen perkauman, mendakwa Adib dibunuh oleh perusuh di luar kuil Hindu.

"Hanya jika beberapa orang India didakwa atas kesalahan membunuh, gerombolan yang marah itu akan puas hati," katanya.

Ini, katanya, mendorong beliau untuk mengadakan inkues bagi mencari punca kematian allahyarham Adib.
Menurut Thomas, keterangan yang dikemukakan semasa siasatan mengesahkan penemuan polis bahawa Adib cedera akibat kemalangan dan tidak dipukul.

Bagaimanapun, Koroner Rofiah Mohamad mendapati kematian Adib disebabkan tindakan jenayah yang dilakukan oleh dua atau tiga penyerang yang tidak dikenali semasa rusuhan itu.

Dia juga mendapati kegagalan polis dan FRU untuk mengawal rusuhan telah menyebabkan kematian Adib.

Penemuan itu, kata Thomas, sukar dibayangkan (mind-boggling).

"Bagaimana dia dapat mencapai penemuan ini sukar dibayangkan, ketika polis, dengan pengalaman, kepakaran, tenaga kerja dan sumber daya mereka, tidak dapat merumuskannya.

"Koroner juga spesifik: Dua atau tiga orang. Mengapa tidak seorang? Mengapa tidak lima atau lebih? Ini keputusan pelik, yang dikritik oleh banyak pihak," katanya.

Thomas berkata ramai pegawai di Jabatan Peguam Negara mahu dia membuat rayuan terhadap penemuan itu di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, dia tidak berbuat demikian kerana koroner hanya memutuskan supaya polis melanjutkan siasatan mereka dan katanya dia tidak keberatan dengan hal tersebut.

Polis pada tahun lalu mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Adib, dengan saksi-saksi baru dipanggil memberi keterangan.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pada 7 Ogos 2020 berkata ia berikutan terdapat saksi baru yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.

"Sehingga kini seramai 54 saksi baru dirakamkan percakapan melibatkan saksi polis, saksi awam dan saksi pakar yang membawa kepada 115 orang telah dirakam percakapan sepanjang siasatan kes ini berlangsung.

"Saya mahu berlaku adil kerana tiada apa yang nak disembunyikan, apa pun siasatan penuh telah dibuat namun kami tidak temui bukti kukuh menyatakan bahawa ada seseorang yang nampak arwah ditangkap, dipukul dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, setakat Ogos tahun lalu, polis masih belum menemui bukti yang menyokong penemuan koroner bahawa Adib dipukul.

[Baca laporan asal]

Tuesday, January 28, 2020

Tommy Thomas dibersihkan dari tuduhan menghina dalam inkues Adib

V Anbalagan
-January 28, 2020 11:24 AM
Peguam Negara Tommy Thomas dituduh menghina mahkamah kerana satu afidavit.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membersihkan Peguam Negara Tommy Thomas daripada tuduhan menghina mahkamah dalam inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Meor Hashimi Abd Hamid berkata permohonan bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, gagal mematuhi Perintah 52 dalam peraturan Mahkamah Tinggi.

“Koroner (Rofiah Mohamad) juga gagal mempertimbangkan beberapa perkara yang dibangkitkan peguam negara dan pegawainya, (Hamdan Hamzah) dalam afidavit mereka,” katanya ketika membenarkan rayuan Thomas.

Meor Hashimi berkata koroner juga mengambil kira perkara di luar lingkungan permohonan hina mahkamah itu.


Bagaimanapun, beliau juga memutuskan koroner ada bidang kuasa untuk mendengar aduan terhadap Thomas kerana tidak menghormati mahkamah.

Peguam Ambiga Sreenevasan, Zainur Zakaria dan Peguam Kanan Persekutuan, S Narkunavathy mewakili Thomas, manakala Mohamed Haniff Khatri Abdulla tampil bagi pihak Kassim.

Pada 16 Julai, Kassim membuat permohonan ex parte memohon perintah komital terhadap Thomas yang didakwa menghina mahkamah menerusi pemfailkan afidavit oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 Apr, yang menyatakan kematian Adib bukan kerana kecederaan yang dialami.

Afidavit dibuat ketika inkues kematian Adib sedang berjalan.

Pada 28 Ogos, Rofiah membenarkan permohonan Kassim untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas kerana menghina dalam inkues ke atas kematian anaknya.

Rofiah membuat kesimpulan itu selepas mengkaji dokumen dan afidavit yang diserahkan kedua-dua pihak, dan Kassim membuktikan kes prima facie terhadap Thomas.

Pada 27 Sept, Rofiah memutuskan lebih daripada 2 orang yang tidak dapat dikenalpasti membunuh Adib, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan semasa dihantar ke kawasan rusuhan berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman pada Nov 2018.

Adib, 24, seorang anggota bomba Subang Jaya, cedera parah rusuhan di kuil di USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018, dan meninggal dunia pada 17 Dis tahun sama di Institut Jantung Negara.

Friday, October 11, 2019

Kakitangan awam dapat bonus RM500, pesara RM250


Kerajaan hari ini mengumumkan bayaran bonus atau bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.

“Kerajaan ingin merakamkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, doktor, jururawat, guru dan semua penjawat awam atas bakti perkhidmatan mereka.

“Kerajaan ingin mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah.
“Bagi pesara kerajaan, Bantuan Khas Kewangan RM250 akan diberikan. Ia juga turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ketika membentangkan Belanjawan 2020 yang bertemakan “Memacu Pertumbuhan Dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama” di Dewan Rakyat petang ini.

Menurutnya, kedua-dua bantuan ini akan dibayar sebelum akhir tahun 2019.

Selain itu, katanya, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti penjawat awam, kerajaan akan menambah baik saraan penjawat awam.

“Pertama, menaikkan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun.

“Kedua, membenarkan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai. Bayaran gantian ini adalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

“Ketiga, menawarkan perlindungan kemalangan diri berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baru kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA),” katanya.

Sebagai tambahan, Lim berkata, bagi membantu meringankan beban waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, kerajaan antara lain akan juga memperkenalkan pembayaran faedah ex-gratia kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000.

“Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG)

kepada penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan,” katanya.

Dalam pada itu, Lim berkata Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam mulai 1 Jan, 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan RM26 juta.

Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan yang telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, semua anggota Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat bakal menerima Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan RM35 juta bagi 2020, yang memberi manfaat kepada 14,400 anggota bomba.

"Kerajaan menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Oleh itu, bayaran secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan kepada hampir 70,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia yang melibatkan peruntukan RM35 juta," katanya.

Monday, May 27, 2019

Inkues Adib: Apa dah jadi?

siti hafidah 27/05/2019

Peguam Jabatan bomba tarik diri sudah kes berat: Najib

 
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, desak kerajaan menjelaskan tindakan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik diri pada saat akhir prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

BANGI, 22 Ramadan 1440H, Isnin – Datuk Seri Najib Razak mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan tindakan peguam mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menarik diri pada saat akhir prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, bekas Perdana Menteri menyifatkan tindakan peguam Syazlin Mansor yang mewakili KPKT; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM); serta keluarga Muhammad Adib menarik diri daripada prosiding inkues itu, sebagai kes berat.

“Peguam yang mewakili kerajaan PH tarik diri tanpa memberi sebarang sebab. Beliau hanya suruh wartawan rujuk kepada menteri.

“Ini kerana penarikan diri peguam itu juga bermaksud testimoni daripada saksi pakar forensik dari United Kingdom yang membantah teori dua ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan jatuh daripada kenderaan juga terbatal,” katanya.

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini dikejutkan dengan pengumuman penarikan diri pihak peguam, Syazlin Mansor yang mewakili KPKT, JBPM serta keluarga Muhammad Adib.

“Dengan penarikan diri, saya percaya tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid terbatal,” katanya.

Difahamkan beliau memutuskan menarik diri daripada inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib kerana terdapat ‘perkembangan baharu’.

Dalam kenyataan lain, Najib mempersoalkan perkara itu yang mana Syazlin mengesahkan bahawa penarikan diri beliau selepas berjumpa dan berbincang dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengenai hal itu, Sabtu lalu.

“Menteri pula menjawab bahawa dia diarahkan untuk gugurkan peguam itu kerana tak ikut norma – tanpa menamakan siapa yang arahkan apabila ditanya keputusan itu sama ada keputusan beliau ataupun daripada peguam negara.

“Peguam Negara pula enggan untuk beri komen. Apa sudah terjadi?” soal bekas perdana menteri itu.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.

Monday, February 11, 2019

Inkues Adib: Pemandu trak bomba takut, perusuh jerit pergi balik jangan padam

Alyaa Alhadjri
Diterbitkan Hari ini 2:01 tengahari


Seorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpulan perusuh.

Md Eliza Mohd Noor, saksi kedua dalam inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, berkata perusuh menjerit,"bomba pergi balik, jangan padam!"

Katanya, cermin hadapan trak bomba yang dipandunya kemudian dilemparkan batu dan helmet.

Md Eliza berkata demikian bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya Hamdan Hamzah:

"Md Eliza: Saya dengar orang awam jerit, "Bomba pergi balik jangan padam!"

Hamdan: Sekali atau banyak kali?

Md Eliza: Banyak kali, sambil orang awam buat isyarat tangan suruh balik.

Hamdan: Apa tindakan km?

Md Eliza: Setelah cermin pecah. Saya takut. Secara spontan saya berundur ke belakang."

Md Eliza memberitahu Mahkamah Koroner Shah Alam pasukannya terdiri daripada pegawai penyelia dan lima anggota pada awalnya ditugaskan dari stesen bomba Subang Jaya bagi memadamkan api untuk sebuah kereta yang terbakar dan mereka tiba di kawasan berkenaan sekitar 1.12 pagi pada 27 November 2018.

Mereka diiringi van pasukan perubatan kecemasan bomba yang mana Adib bertugas sebagai pegawai perubatan.

[Berita penuh menyusul]

Tuesday, December 25, 2018

Kerajaan diberi tempoh 40 hari pecat Waythamoorthy

Haspaizi Zain
Diterbitkan 25 Dis 2018, 7:42 petang


Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) memberi tempoh 40 hari kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi memenuhi tujuh tuntutan mereka.

Tuntutan itu dinyatakan pada himpunan menuntut keadilan untuk anggota bomba yang Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan mendesak pemecatan P Waythamoorthy yang diadakan di Dataran Seni Klang, hari ini.

Antara tuntutan itu ialah pemecatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy sebagai menteri perpaduan yang disifatkan menjadi penyumbang berlakunya rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman 25 dan 26 Nov lalu.

Bercakap di hadapan 2,000 peserta himpunan itu, Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (Geras), Abu Bakar Mohamed berkata pihaknya akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Kita desak petualang ini (Waythamoorthy) supaya dia letak jawatan. Layak ke dia jadi menteri perpaduan? Layak ke?.

"Jadi, kita beri tempoh 40 hari kepada kerajaan untuk memenuhi tujuh tuntutan ini, demi perpaduan negara serta keadilan untuk Allahyarham Muhammad Adib," katanya.

Selain Waythamoorthy, Geras juga turut mendesak supaya Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Exco Selangor, V Ganabatirau turut disingkirkan kerana didakwa turut terbabit "mengapikan" isu rusuhan kuil berkenaan.

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam Isnin minggu lalu, selepas hampir tiga minggu bertarung nyawa.

Allahyarham merupakan anggota bomba yang cedera parah akibat dipukul perusuh pada hari kedua rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

[Berita lanjut menyusul]

Tuesday, December 18, 2018

Orang PH pun mahu Waythamoorthy letak jawatan

Diterbitkan 18 Dis 2018, 9:18 malam


Tekanan supaya meletak jawatan semakin memuncak buat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, apabila ia turut disuarakan pemimpin dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin misalnya hari ini berkata senator terbabit sudah gagal membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.

Untuk rekod Waythamoorthy dilantik kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai menteri bagi hal ehwal perpaduan.

"Perkara terhormat yang anda boleh lakukan ialah meletak jawatan dan ke tepi daripada Menteri Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Masyarakat. Anda teramat gagal membentuk perpaduan ketika ia diperlukan dan menyebabkan suasana tidak harmoni.

"Ada orang Malaysia yang lebih baik untuk melaksanakan tugas berkenaan," katanya melalui Twitter.

Afif turut menanda Mahathir dalam ciapan berkenaan, dan mengulang ciap berita Malaysiakini, "Adib berani dan dedikasi, kata Waythamoorthy".

Ciapan Afif itu dibuat ekoran kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib Mohd Kassim, malam tadi kesan kecederaan dialami semasa kekecohan berlaku di kuil Sri Maha Mariamman 27 Nov lalu.

Polis mendakwa Muhammad Adib ditarik keluar dari kenderaannya sebelum dipukul ketika keadaan di kawasan kuil terbabit tegang ekoran pertikaian mengenai tapak di antara pihak pemaju dan penganut Hindu.
Wahthamoorthy dipersalahkan pelbagai pihak - bersama beberapa pemimpin parti politik lain - kerana dianggap memburukkan keadaan ketika ketegangan baru bermula.

Sebelum ini Mahathir berkata, jika aspek perpaduan yang sepatutnya menjadi keutamaan dan portfolio senator itu tidak diutamakan, sejarah boleh berulang.

"Dan kita akan tengelam seperti orang sebelum kita.

"Meminta maaf adalah perbuatan yang dihargai orang ramai, begitu juga dengan peletakan jawatan," kata perdana menteri dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]

Wednesday, November 28, 2018

Dr M: Penganut patut serah kepada polis, bukan ambil tindakan sendiri

Ainaa Aiman
-November 28, 2018 6:20 PM


KUALA LUMPUR:
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penganut Hindu sepatutnya menyerahkan kes pencerobohan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, kepada polis dan bukannya mengambil tindakan sendiri yang membawa kepada rusuhan.

Himpunan susulan pada awal pagi Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba parah diserang perusuh, bukan tunjuk perasaan yang dibenarkan undang-undang, kata perdana menteri.

“Ini bukan tunjuk perasan, ini seperti mahu membunuh orang. Mereka datang dengan parang. Kita tak boleh biarkan,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media di Institut Jantung Negara selepas melihat sendiri keadaan Muhamad Adib Mohd Kassim, 24, yang menjadi mangsa serangan perusuh.

Beliau, yang juga seorang doktor berkata, Adib mengalami kecederaan yang begitu teruk hinggakan dia nyaris mati.

“Jika dia mati, tuduhannya ialah membunuh,” katanya.

Di awal pagi Selasa, himpunan aman di kuil kontroversi itu bertukar ganas, menyaksikan beberapa kenderaan dibakar perusuh.

Bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran bagaimanapun diserang perusuh, memaksa mereka berundur.

Ketua Pengarah Bomba Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata 9 anggota bomba terbabit mendapati kenderaan mereka dikerumuni perusuh, yang membaling batu dan cuba mencederakan mereka.

Media melaporkan ketika bomba cuba berundur untuk menyelamatkan diri, Adib, ditarik perusuh daripada van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dipukul. Hampir seluruh badannya dipenuhi lebam, dan tulang rusuknya patah hingga menjejaskan fungsi paru-paru.

Perusuh turut merosakkan kompleks One City yang terletak berhampiran.

KDN: Ada maklumat baru perusuh cederakan bomba

Bernama 
Diterbitkan 28 Nov 2018, 12:10 tengah malam


Pihak berkuasa mendapat maklumat terbaru yang dipercayai dapat membantu mengenal pasti pasti individu yang bertanggungjawab mencederakan anggota bomba dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights, awal pagi tadi.

Menyatakan demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya sedang memburu mereka yang terlibat dan tidak akan berkompromi dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita tengah memburu mereka yang telah mengakibatkan anggota kita cedera. Kita ada sesuatu, saya pun baru dapat maklumat tadi. Adalah benda-benda yang akan kita siasat.

"Kita akan ambil tindakan tegas … Apa yang telah berlaku melebihi had yang sepatutnya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) selepas melawat Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Subang Jaya yang cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki dalam rusuhan itu.

- Bernama

Tuesday, November 27, 2018

[UPDATE] Rusuhan kuil: Muhammad Adib kritikal

MyMetro
Utama
Fazrik Kamarudin
cnews@nstp.com.my
Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca Yassin sementara menunggu perkembangan rawatan anggota bomba yang diserang prusuh di Kuil Maha Mariamman, hari ini. FOTO NSTP

ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 1 pagi hari ini, berada di dalam keadaan kritikal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di bawah pengawasan lima orang doktor pakar.

“Setakat ini Adib bergantung kepada sistem bantuan hayat, keadaannya masih di tahap kritikal, hampir keseluruhan badannya terutama bahagian dadanya dipenuhi lebam.

“Sejak dikejarkan ke hospital oleh orang awam, keadaannya masih sama sehingga semasa saya menziarahinya tadi, bacaan tekanan darahnya pula kekal berada dalam paras rendah.

“Dia mengalami kesukaran bernafas akibat tulang rusuknya yang patah menjejaskan fungsi paru-parunya,” katanya dalam sidang media di SJMC, Subang Jaya, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Zuraida berkata, pihaknya akan menawarkan sokongan kepada mangsa dan keluarganya dari Kedah yang turut sudah berada di hospital.

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa sahaja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba.

“Saya minta dan berharap jangan berulang lagi episod gelap, jadilah orang yang lebih bertamadun dan jangan ulanginya,” katanya.

Sementara itu, pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca surah Yasin di perkarangan lobi SJMC sementara menunggu perkembangan rawatan mangsa.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 1:08 PM

Friday, September 15, 2017

Seorang pelajar ditahan bantu siasatan

Anggota polis mengiringi pelajar (kiri) yang menghilangkan diri sebelum berlaku kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Kalidevi Mogan Kumarappa dan Norizuan Shamsuddin dan Mazizul Dani
am@hmetro.com.my


SEORANG pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah yang menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Sumber berkata, remaja berkenaan dibawa ke lokasi kejadian semalam untuk proses mengumpul bukti.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati remaja berjaket hitam itu dibawa dalam keadaan tidak bergari sebaliknya diiringi dua pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.

Pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat, ini didapati mempunyai kesan potong serta sudah diregangkan.

Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.

"Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.

"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya.

Katanya, segala bentuk siasatan kes berkenaan akan turut dirujuk berdasarkan hasil siasatan Unit Forensik Polis dan Bomba.

Difahamkan pada masa ini semua bentuk siasatan diambil kira selepas wujudnya pelbagai persoalan berhubung punca kejadian yang berlaku selepas pihak polis menafikan punca kebakaran adalah masalah litar pintas.

Orang ramai yang mengunjungi pusat rekreasi Taman Tasik Datuk Keramat juga turut menghampiri pagar berkenaan dengan harapan ingin mendapatkan kepastian adakah benar berlakunya pencerobohan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-