Friday, May 17, 2019

Jakoa pertahan sekatan OA, ‘demi harga diri keturunan Perak Man’


Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) hari ini mempertahankan sekatan Orang Asli bagi menghalang kegiatan pembalakan di Kampung Cunex, Gerik, Perak.

Ketua Pengarah Jakoa Juli Edo berkata Orang Asli hanya mahu mempertahankan wilayah yang diwarisi sejak turun-temurun kerana “tidak mahu kehilangan ‘tanah air’, maruah dan harga diri”.

“Masyarakat kampung ini bertindak sedemikian atas landasan harga diri dan etnosejarah yang mengaitkan mereka sebagai keturunan langsung Orang Perak (Perak Man) yang berusia 13,000 tahun.

“Mereka tidak mahu kehilangan tanah pusaka yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun yang lalu,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Juli juga berkata Orang Asli ingin mengekalkan ekosistem dan asas kehidupan sosial dan budaya mereka, merangkumi pandangan semesta, sistem nilai, keagamaan, ekonomi dan kepimpinan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-