Sunday, June 16, 2019

Penyokong Azmin terus buat laporan polis

Mohd. Asron Mustapha
16 Jun 2019 10:59 AM

PENYOKONG Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diketuai Timbalan Ketua PKR Cabang Kapar, K. Vasantha Kumar (tengah) membuat laporan polis di IPD Klang Utara bagi mendesak siasatan ke atas kes penyebaran video seks sejenis mirip Mohamed Azmin hari ini. 
- UTUSAN ONLINE

KLANG  16 Jun - Penyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus membuat laporan polis berhubung isu video seks sejenis yang mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bagi mendesak tindakan tegas diambil ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Ini selepas polis membebaskan dengan jaminan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin itu semalam, setelah terdahulu dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika hendak berlepas ke Manila.

Timbalan Ketua PKR Cabang Kapar, K. Vasantha Kumar berkata, keyakinan pihaknya utuh bersama Mohamed Azmin dan pada masa yang sama memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu termasuk di dalam PKR sendiri agar tidak menangguk di air keruh dalam isu berkenaan.

“Kita minta polis siasat segera dan ambil tindakan tegas ke atas Haziq agar kes ini dapat diputuskan, kita tidak mahu polimek politik jahat ini berterusan kerana kepimpinan negara perlu bergerak ke hadapan memadangkan masih banyak isu melibatkan kepentingan rakyat perlu diberikan perhatian.

“Kepada pihak tertentu seperti Otai Reformis jangan cuba hendak menjadi hero dengan memberikan cadangan beremosi serta dangkal kepada Putrajaya,” katanya sambil ditemani kira-kira 50 ahli PKR Kapar selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini. 

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-