Thursday, August 22, 2019

Exco Perak Paul Yong dijangka didakwa esok

Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan Hari ini 5:08 petang


Exco Perak Paul Yong dijangka akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan merogol bekas pembantu rumahnya, seorang warga negara Indonesia

Malaysiakini difahamkan perkara ini akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Portal berita ini sedang menghubungi peguam Yong dan pihak polis bagi mendapatkan maklum balas.

Terdahulu, The Malay Mail memetik sumber daripada pejabat pendakwa raya Perak yang memberitahu media untuk bersiap sedia di Mahkamah Sesyen Ipoh esok.

"Saya tidak dapat mengesahkan apa-apa buat masa ini. Kes itu mungkin diteruskan atau mungkin tidak.

"Tetapi mungkin media boleh hadir di Mahkamah Sesi esok pagi," kata sumber itu.

Pada 8 Julai lalu, pembantu rumah berkenaan memfailkan laporan polis yang menuduh Adun Tronoh merogolnya.

Yong, yang juga bendahari DAP Perak, menafikan tuduhan itu. Dia kini dibebaskan di bawah ikat jamin polis.

Yong juga terus berkhidmat di pejabatnya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal perumahan, kerajaan tempatan, pengangkutan awam, urusan bukan Islam dan kampung baru.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata peranan Yong dalam membuat keputusan adalah terhad sementara menunggu siasatan polis.

Pada Isnin lalu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh menggesa Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai kes itu.

Ini selepas perkara tersebut telah berlanjutan selama lebih daripada sebulan kerana kertas siasatan telah berulang alik antara pihak polid dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-