Thursday, October 17, 2019

Himpunan pertahan Naib Canselor UM demi maruah Melayu, Islam

By EDITOR
-17/10/2019


SATU himpunan besar-besaran akan diadakan esok bagi mempertahankan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) daripada menjadi mangsa desakan puak cauvinis DAP dan sekutunya.

Seruan dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Malaysia selepas Pemuda DAP, Suaram, peguam pro-DAP, Siti Kasim dan seorang graduan Cina biadap mendesak Naib Canselor UM meletak jawatan.

Presiden GPMS, Mohd Alif Anas menyeru semua NGO, parti, mahasiswa dan guru Melayu Islam untuk menyertai himpunan itu yang akan diadakan selepas solat jumaat di Masjid Ar Rahman, UM.

“Jangan dicabar maruah bangsa, kesatuan bangsa dan kekuatan ummah.

“Ayuh turun mempertahankan bangsa (Melayu) yang sedang dirobek kaum pendatang!” kata Mohd Alif dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, graduan Cina biadap belaan DAP, Wong Yan Ke mencetuskan kontroversi apabila melanggar protokol konvokesyen UM baru-baru ini.

Yan Ke mendesak Datuk Abdul Rahim Hashim kerana hadir ke himpunan Kongres Maruah Melayu yang disifatkannya sebagai rasis.

Pemuda DAP, Suaram dan Siti Kasim antara pihak yang menyokong desakan Kan Ke selepas UM membuat laporan polis terhadap graduan Cina biadap itu.

 – 17 Oktober 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-