Wednesday, December 18, 2019

PMO: Dr Mahathir tak pernah jumpa Azilah

BERITA

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah bertemu dengan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis Azilah Hadri.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu merujuk laporan semalam bahawa Mahathir "menggelengkan kepalanya sambil tersenyum" ketika ditanya sama ada pernah bertemu Azilah.

"Ada juga usaha untuk membayangkan Dr Mahathir adalah VVIP yang didakwa bertemu Azilah, yang kini sedang menunggu hukuman mati di penjara Kajang, pada Februari lalu.

PMO ingin menyatakan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa Azilah, sejak pemenjaraannya atas kesalahan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu," kata PMO hari ini.

Semalam peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah dibawa keluar dari penjara Kajang pada Februari lalu untuk berjumpa dengan seorang VVIP.

Dia juga berkata terdapat beberapa pihak termasuk ejen kerajaan Malaysia yang ke Australia untuk berjumpa Sirul Azhar Umar, seorang lagi bekas anggota UTK yang disabit bersalah membunuh Altantuya.

Shafee berkata mendapat "maklumat yang sangat dipercayai, tetapi tidak dapat disahkan" berkenaan perkara itu.

Bagaimanapun Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan Shafee dan berkata Azilah tidak pernah dibawa keluar kecuali pada 15 April 2015 untuk prosiding mahkamah di Sepang.

Dalam pada itu, Mahathir turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan di belakang akuan bersumpah (SD) Azilah, yang antara lain mendakwa Najib memberi arahan terus kepadanya untuk membunuh Altantuya.

"Memandangkan perkara ini melibatkan proses perundangan, kerajaan akan menyerahkannya kepada pihak yang terlibat untuk memutuskan tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-