Sunday, January 19, 2020

Bekas ketua bank di China sorok hasil suapan RM118 juta di rumah

FMT Reporters
-January 19, 2020 8:08 AM

Lai Xiaomin menyimpan semua hasil suapan dalam kabinet besi di pangsapurinya di Beijing.

Apabila bercakap tentang sejumlah wang yang banyak, kita akan menyimpannya di dalam bank kerana beranggapan ia lokasi yang lebih selamat berbanding simpan di rumah.

Tetapi, perkara sebaliknya dibuat Lai Xiaomin, bekas pengerusi salah sebuah bank terbesar di China yang menyimpan RM118 juta di rumahnya.

Bekas pengerusi China Huarong Asset Management Co itu mengakui wang itu ialah hasil suapan dan beliau menyorokkan di dalam kabinet pangsapurinya di Beijing.

“Sebaik sahaja terima duit itu, saya terus simpan di rumah.

“Saya tidak sempat membelanjakan satu sen pun, semuanya disita akhirnya,” katanya yang dituduh mengambil suapan dalam salah satu kes rasuah terbesar di negara tembok besar itu.

Pengakuan Lai menjadi topik hangat di kalangan pembuat dasar, pengawal selia dan entiti milik negara.

Susulan itu, bank pusat berkata tindakan Lai yang “mengejutkan” itu membawa kerugian besar kepada negara kerana menjejaskan keselamatan dan kestabilan kewangan.

Media tempatan menggelarnya pegawai kewangan paling korup di China.

Menurut akhbar rasmi kerajaan China, People’s Daily, lebih sejuta pegawai kerajaan dihukum di bawah kempen anti-rasuah Presiden China, Xi Jinping sejak 7 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-