Sunday, March 1, 2020

MB Perak sokong Muhyiddin, kerajaan PH bakal tumbang?

OLEH JOHN BUNYAN

Kerajaan negeri Perak berkemungkinan bakal berubah selepas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin. 
— Foto fail

IPOH, 1 MacKepimpinan kerajaan negeri Perak berkemungkinan bakal berubah selepas menteri besar menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kerana Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam dilihat berada di kediaman perdana menteri

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebelum itu digantung apabila PPBM membuat keputusan keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Namun Faizal pada Selasa mengatakan kerajaan tetap berjalan seperti biasa.

Tegas beliau lagi, sehingga kini dirinya masih mendapat sokongan majoriti untuk memimpin negeri.

Namun tidak jelas siapa yang menyokongnya, malah Faizal mengunci mulut mengenai perkara tersebut sejak PPBM meninggalkan PH.

Keluarnya PPBM, menyaksikan gabungan PH hanya memiliki 28 kerusi yang terdiri dari 18 DAP, enam Amanah dan empat PKR.

Faizal dan Zainol dipercayai akan membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS, yang kini turut mempunyai 28 kerusi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-