Sunday, March 1, 2020

Muhyiddin angkat sumpah perdana menteri kelapan hari ini

Diterbitkan Hari ini 8:07 pagi

BERITA

LANGSUNG | Pergolakan politik di Malaysia sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akibat 'langkah Sheraton' minggu lalu dilihat semakin tiba ke penghujungnya.

Malaysiakini melaporkan perkembangan ini secara langsung. Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini.

LANGSUNG
Muhyiddin Yassin dijadual mengangkat sumpah pada hari ini sebagai perdana menteri gabungan baru yang digelar sebagai Perikatan Nasional.

Beliau dijadual mengangkat sumpah pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Sementara itu, Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan mendakwa mereka mempunyai sokongan 115 anggota Parlimen dan berharap Yang di-Pertuan Agong akan menyemak semula keputusan itu.

Bagaimanapun, dua anggota parlimen menafikan menyokong Mahathir, dengan kemungkinan lebih ramai yang akan berbuat demikian hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-