Wednesday, March 4, 2020

Rara: Dakwa jadi barua, Norhizam malukan Melayu DAP

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Young Syefura Othman berkata Datuk Norhizam Hassan Baktee wajar memberikan penjelasan lanjut berhubung barua yang dimaksudkan.
 ― Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 3 Mac — Dakwaan Datuk Norhizam Hassan Baktee menjadi barua memalukan golongan Melayu DAP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari berkata tindakan Norhizam meninggalkan Pakatan Harapan satu pengkhianatan kepada mandat rakyat.

“Tindakan beliau bukan sahaja memalukan Melayu di dalam DAP tetapi DAP sendiri sebagai parti yang berprinsip.

“DAP memegang pada prinsip setiakawan gabungan Pakatan Harapan dan mandat rakyat melalui proses demokrasi pilihan raya,” kata Young Syefura Othman.

Beliau diminta mengulas Adun Pengkalan Batu yang mendakwa menjadi barua selama berada dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Norhizam semalam bersama Adun PKR Jailani Khamis memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baru di Melaka.

Syefura mesra disapa Rara berkata, Norhizam sewajarnya memberikan penjelasan lanjut berhubung barua yang dimaksudkan.

“Saya teliti ucapan beliau. Mungkin dia sendiri perlu jelaskan perkara apa yang dia jadi barua kepada siapa. Pakatan Harapan atau DAP.

“Jika kepada DAP, apa perkara yang salah yang DAP suruh dia buat. Dia agak lama menyertai DAP, sejak 2006, sebelum tsunami rakyat pada 2008.

“Kenapa sekarang selepas diberi peluang sebagai wakil rakyat dan exco kerajaan negeri, beliau tiba-tiba rasa jadi barua?

“Barua atau tidak, itu terserah kepada beliau. Tetapi yang jelas sekarang beliau adalah pengkhianat mandat rakyat kepada Pakatan Harapan di Melaka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-