Tuesday, April 28, 2020

Lambakan warga China: PEMBELA syor keluarkan MyKad baharu

Mana pergi warga China yang tak pulang ke negara asal?
28/04/2020


BANGI, 5 Ramadan 1441H, Selasa – Sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baharu sebagai langkah mengekang isu lambakan warga China yang tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia.

Perkara itu dicadangkan Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Cikgu Izzat Johari susulan kebimbangan lambakan warga China yang turut dikaitkan dengan sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Melalui cadangan itu, beliau menyarankan supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan dalam kalangan politik ditempatkan ketika proses permohonan kad pengenalan baharu, bagi memantau semua kelulusan permohonan.

“Saya pasti ramai tertanya-tanya, ke manakah pergi warga China yang masuk ke negara Malaysia tapi tak balik-balik ke China?

“Isu ini lebih berat malah lebih kritikal kerana lambakan warga China di Malaysia sangat membimbangkan,” katanya.

Izzat mencadangkan supaya setiap proses saringan permohonan untuk kelulusan mestilah mempunyai sijil kelahiran di Malaysia sahaja, dengan membabitkan pihak berkepentingan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan NGO.

Beliau berkata, permohonan itu perlu melalui tiga pihak berkenaan dan mendapat kelulusan daripada wakilnya sebelum ia diluluskan, dicetak serta diambil pemilik di kaunter JPN.

“Tempoh proses permohonan adalah enam peringkat iaitu selama enam bulan sahaja. Peringkat pertama membabitkan rakyat berusia 50 tahun dan ke atas dan peringkat kedua 12 tahun dan ke bawah.

“Bagi peringkat ketiga, babitkan 13 hingga 20 tahun, peringkat keempat, 21 hingga 31 tahun, peringkat kelima 31 hingga 40 tahun dan peringkat keenam 41 hingga 49 tahun,” katanya.

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Dalam laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-