Saturday, May 30, 2020

Saya tak keluar parti, masih ketua Wanita PPBM, kata Rina Harun

Bernama
-May 30, 2020 6:55 AM

Rina Harun berkata, Wanita pimpinannya akan terus menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Rina Harun menolak dakwaan keluar parti dengan berkata beliau masih ketua Wanita PPBM.

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial mengatakan beliau bersama beberapa pemimpin parti itu akan meletak jawatan serta keluar parti adalah tidak benar dan beliau berharap ia dapat dihentikan.

“Srikandi (Wanita) akan terus berpegang teguh kepada perlembagaan parti dan menyokong penuh kepimpinan perdana menteri yang juga merupakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin.

“Saya rasa penjelasan telahpun diberikan sejelas-jelasnya oleh Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin tentang apa yang berlaku di dalam parti ketika ini,” katanya dalam satu majlis di sini, semalam.

Beliau berharap semua kemelut dalam parti itu dapat diselesaikan segera kerana kerajaan ingin menumpukan perhatian untuk menangani masalah lebih besar, iaitu Covid-19 serta usaha menambah baik soal kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-