Thursday, May 7, 2020

Shafie kemuka usul percaya Dr Mahathir sebagai perdana menteri

Khamis, 07 Mei 2020 03:12 PM MYT
OLEH YISWAREE PALANSAMY

Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri pada Februari lepas. 
Foto oleh Ahmad Zamzahuri

KUALA LUMPUR, 7 Mei — Speaker Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pejabatnya menerima surat bagi mengemukakan usul percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Mohamad Ariff M Yusof berkata usul yang dikemukakan Datuk Seri Shafie Apdal bagi menunjukkan Dr Mahathir masih mempunyai sokongan sebagai perdana menteri.

“Ya, asli. Tunggu kenyataan dari pejabat setiausaha Dewan Rakyat,” katanya ketika dihubungi Malay Mail.

Shafie menerusi surat bertarikh 1 Mei mendakwa usul berkenaan bukanlah bertujuan mencabar hak Yang di-Pertuan Agong dalam memilih seseorang perdana menteri.

Parlimen akan kembali bersidang sehari pada 18 Mei berikutan pandemik Covid-19.

Tan Sri Muhyiddin Yassin kini merupakan perdana menteri kelapan selepas Dr Mahathir meletakkan jawatan pada Februari lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-