Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, July 3, 2020

DAP dukung Perlembagaan? Kenapa bela penghina Jata Negara

Kata-kata sekadar manis hanya dimulut, jahat dalam tindakan
fazleensafina


BANGI, 11 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Sikap talam dua muka yang dipamerkan DAP berhubung isu penghinaan terhadap Jata Negara tidak boleh diterima dan amat mengecewakan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Omar Kassim membangkitkan perkara itu setelah DAP cuba membela pihak tidak bertanggungjawab mengubah suai lambang Jata Negara.

“Begitulah pendirian parti yang kononnya mendokong Perlembagaan negara. Manis hanya dimulut, jahat dalam tindakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong menggesa, kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak membesarkan isu kecil dan terlalu sensitif terhadap karya seni yang tidak selari dengan pandangan sendiri lalu menindasnya menggunakan jentera kerajaan.

Menerusi kenyataan disiarkan media DAP – The Rocket – pada 30 Jun lalu, beliau turut mengutuk tindakan Barisan Nasional (BN) dan Pemuda PAS yang membesarkan isu tersebut dan memanupulasi emosi rakyat demi manfaat politik.

Yoke Kong mendakwa, tindakan tersebut mencerminkan kejahilan mereka tentang bidang seni sekali gus tidak menghormati hasil karya serta kebebasan bersuara.

“Hari ini rakyat terutamanya anak seni tempatan melihat kerajaan pimpinan PN tidak dapat bertolak ansur dengan satu karya seni kecil.

“Rakyat tertanya-tanya bagaimanakah kerajaan pimpinan PN boleh berbuat sebaliknya dengan melakukan keganasan putih pada masa yang sama menggalakkan anak seni tempatan berkarya dan mengekspresi kreativiti mereka dengan bebas?

“Kerajaan jelas bercadang menghasilkan karya seni bertaraf antarabangsa yang dapat menembusi pasaran luar negara, tetapi kini ianya kedengaran seperti hanya sebuah fantasi dan mimpi,” katanya sinis.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-