Thursday, July 30, 2020

Shafie umumkan Dun Sabah dibubarkan


Oleh BORHAN AHMAD
July 30, 2020 12:54 pm 

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah selepas diperkenankan oleh Yang Dipertuan Negeri bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

Ini berikutan kekecohan yang berlaku selepas bekas Ketua Menteri yang baru sahaja dibebaskan dari pertuduhan rasuah selepas kesnya ditarik balik, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah dalan Dun Sabah.

“Padi tadi saya telah bertemu dengan Tuan Yang Terutama dan Tuan Yang Terutama telah memperakukan untuk membubarkan Dewan,” kata Shafie dalam satu sidang media hari ini sambil menunjukkan surat akuan pembubaran yang ditandatangani oleh Tuan Yang Terutama.

Sementara Pilihan Raya Negeri diadakan, beliau akan menjadi Ketua Menteri Kerajaan Sementara (care taker government), kata Shafie.

“Berdasarkan perundangan Sabah, dalam masa 60 hari saya masih care taker kepada Negeri Sabah. Saya masih lagi Ketua Menteri yang mentadbir negeri Sabah ini,” kata Shafie dalam sidang media itu.

Pilihan raya, katanya, akan diadakan dalam masa 60 hari akan datang.

“Dalam masa 60 hari, pilihan raya akan dibuat bagi membolehkan rakyat Sabah memilih siapa pemimpin yang mereka mahu.

“Pilihan mereka kena tepat, samada pilihannya si Musa Aman, Mokhtar Radin, pilih Hajiji atau pilih Datuk Shafie Apdal,” kata beliau.

Sebelum ini desas-desus mengatakan beberapa orang wakil rakyat di negeri ini telah berpaling tadah untuk menyertai kem bekas Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.

Musa sendiri mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-