Friday, September 6, 2013

Pekerje-pekerje dalam Perkhidmatan Awam semuanye tentu bersetuju dengan pendapat (Cuepacs)

Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pengurangan subsidi' tu baik jike hasil nye di kembalikan semule kepade rakyat. Tapi ape akan terjadi jike sekirenye semue harge barang2 keperluan naik, segale tambang pengangkutan naik, segale perkhidmatan seperti gunting rambut, repair kerete dan bayaran kencing di tandas awam pun naik juge?

BR1M hanye bagi yang berpendapatan RM3000 kebawah aje, bagaimane pule dengan yang berpendapatan RM3001 keatas? Itu pun hanye diterime setahun sekali sahaje. Kalau BR1M tu diberikan sebanyak RM1000 setahun, ini bermakna ianye tak sampai RM100 sebulan. Sedangkan pertambahan perbelanjaan isi rumah mungkin telah bertambah lebih dari RM100, mungkin boleh jadi RM200 atau lebih dari RM300.

Cuepacs Sokong Kerajaan Naikkan Harga Petrol, Diesel

SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini. “Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat. “Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti. “Walau bagaimana pun, saya mengharapkan kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyatnya sebelum keputusan untuk menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut,” katanya. Tambah Omar, sekiranya kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk. #sumber

4 comments:

  1. Tu lah bila letak orang yang bukan ahlinya pada tempat yang bukan miliknya. Lihat apa jadi dengan sistem penggajian awam la ni. Macam rojak? Adakah mungkin gaji pegawai bukan ijazah lebih tinggi pemegang ijazah? Hairan bin ajaib dan ini hanya berlaku di tanah air tercinta aku, Malaysia aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji gred J44 ( selepas 4 ke 5 tahun berkhidmat = J22 (selepas 30 tahun berkhidmat)

      Setuju?

      Patut ke x patut?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-