Tuesday, August 18, 2020

Pandangan akar umbi diberi keutamaan sebelum terima rakan kongsi baharu, kata Zahid

FMT Reporters
-August 18, 2020 7:59 PM
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangan akar umbi parti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan mengenai penerimaan rakan kongsi politik baharu.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pandangan akar umbi parti diberi keutamaan dan didengar sebelum Muafakat Nasional (MN) membuat keputusan mengenai penerimaan rakan kongsi politik baharu.

Menerusi ciapan di Twitternya Zahid memaklumkan, majlis tertinggi Umno akan memutuskan perkara itu.

Terdahulu, ahli majlis pimpinan tertinggi (MPT) PPBM Mohd Redzuan Yusof berkata, beliau tidak menolak kemungkinan parti baru Dr Mahathir Mohamad, Pejuang berganding bahu dengan parti itu dan barisan politik yang lain pada masa hadapan.

Sabtu lalu, PPBM bersetuju untuk menyertai MN, gabungan yang mengeratkan Umno dan PAS, yang dianggap Redzuan sebagai “gabungan besar” hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-