Perbuatan biadab DAP ekstremis, langgar Perlembagaan Persekutuan
Athirah Huda Zalhe
BANGI, 2 Muharram 1442H, Jumaat – Perbuatan biadab Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan – yang sudah tertera bahasa Melayu – dianggap sangat ekstremis dan provokatif.
Malah, tindakan itu juga langsung tidak menghormati tiga teras negara iaitu Islam, Melayu dan Raja-Raja, kata Ketua Perhubungan Negeri (KPN) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, Haji Mohd Khoushaini Mohd Naim.
Mengecam perbuatan parti rasis berkenaan, beliau berkata, tindakan DAP itu bukan hanya mencemarkan sambutan Awal Muharram dan bulan kemerdekaan negara, bakan melanggar Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
“Pihak kami bimbang jika tiada sebarang tindakan diambil, maka ketegangan dalam negara boleh terjadi.
“Rakyat telah lama menolak slogan palsu Malaysian Malaysia laungan DAP. Ingat, ini bukan negara komunis China!,” tegasnya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Semalam, tular gambar beberapa ahli DAPSY Sarawak menampal pelekat dalam bahasa Cina pada beberapa papan tanda jalan di bandar raya itu – atas alasan perlu diterjemahkan dalam bahasa berkenaan untuk keperluan pelancong dari China.
Menerusi satu hantaran di Facebook DAP Sarawak, ia melibatkan papan tanda di tiga jalan utama iaitu Jalan Main Bazar, Wayang Street dan Jalan Greenhill.
Tindakan parti itu mengundang pelbagai komen netizen – yang rata-ratanya marah dan menyifatkannya perbuatan biadab – kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan patut diutamakan.
Mohd Khoushaini berkata, perbuatan parti tamak haloba itu membuktikan DAP konsisten tidak suka kepada Melayu dan Islam sebagai identiti di negara ini.
Katanya, sikap itu juga telah ditonjolkan DAP ketika mencatur kerajaan Pakatan Harapan – yang hanya bertahan selama 22 bulan – dengan pelbagai isu yang mengguris hati rakyat seperti pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan menghina tulisan Jawi.
“Baru-baru ini, DAP telah bangun membantah papan tanda tulisan Jawi di Pahang.
“Mereka mencabar arahan Majlis Raja-Raja yang mahu Jawi disuburkan kembali, selang beberapa minggu selepasnya mereka menaikkan papan tanda tulisan Cina pula di Pulau Pinang sebagai reaksi balas terhadap tindakan kerajaan Pahang,” katanya.
Beliau berkata, tindakan DAP mempersoalkan tulisan jawi juga seolah-olah parti itu menyeru kepada perpecahan kaum dan bersikap rasis.
Justeru, ISMA Melaka menggesa kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas kali ini ke atas perbuatan parti berkenaan.
“Rakyat diingatkan supaya tidak lagi tertipu dengan parti tamak haloba DAP ini. Rakyat diminta terus bangkit mempertahankan identiti negara dan isu-isu umat Islam.
“Jangan kita leka dan tidur lena lagi, sedarlah bahawa agama dan bangsa kita sedang dihina,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my Oktober 17, 2024 Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin. BERSATU keti...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -15 Oct 2024, 08:35 PM Tidak dapat dipastikan sama ada Abdul Hakim Hamidi pernah menganggotai mana-mana ...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Oktober 16, 2024 @ 10:39am Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk S...
-
sinarharian.com.my 17 Oktober 2024 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan akhir Belanjawan 202...
-
harakahdaily.net October 13, 2024 KUALA LUMPUR: Yayasan Permata Ummah mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang te...
-
malaysiakini.com B Nanhta Kumar Diterbitkan: Oct 13, 2024 7:07 PM Ketua Penerangan Bersatu Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz tampil...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -17 Oct 2024, 04:44 PM Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan memastikan proses pembaharuan bandar tidak me...
-
harakahdaily.net October 17, 2024 Ahmad Fadhli dan Mohd Puad KUALA LUMPUR: Tiada pihak dari PAS yang menyebut Umno ‘berkudis’ apabila adik P...
-
bharian.com.my Oleh ROSLAN ZAMAN 15/10/2024 Zaman atuk dan nenek kita mesti kenal siapa Mat Sentol. Seniman ini cukup dikenali sebagai pelaw...
-
mediaislam.net MI October 14, 2024 Inisiatif kerjasama antara empat negeri di bawah gabungan State Government 4 (SG4) yang terdiri daripada...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.