Sunday, August 16, 2020
Zahid beri amaran kepada ahli Bersatu agar undi BN di PRK Slim
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada PPBM untuk membuktikan nilai perkongsian sebenar dalam Muafakat Nasional (MN) dengan mendapatkan undi buat calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Slim.
Beliau berkata, PPBM perlu membalas jasa persahabatan mereka dengan memberikan 6,000 undi yang diterimanya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada calon BN.
Jika gagal berbuat demikian, katanya, PPBM perlu mengkaji nilai persahabatannya dengan BN dan MN selama ini.
“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN), tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Felda Residence Trolak hari ini.
“Tidak ada agenda di belakang tabir dan tidak mahu BN dan MN digunakan sebagai batu loncatan selama ini.
“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh. Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas.”
PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandang Khushairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.
Calon BN itu berjaya mempertahankan kerusi Slim dengan majoriti 2,183 undi pada PRU14, selepas menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim yang mendapat 6,144 undi dan calon PAS, Zulfadli Zainal dengan 4,103 undi.
Terdahulu, Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai MN, kerjasama rasmi antara Umno dan PAS.
Katanya, ia adalah pilihan terbaik untuk PPBM kerana penyatuan itu akan mewujudkan kestabilan politik negara
Sementara itu, Zahid memberi jaminan tidak akan ada lagi budaya lompat parti dalam kalangan pemimpin parti itu kelak.
“Kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.
“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN, buka sahaja atas nama gerak-gempur tetapi menjadi ejen mengundi.
“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja, tetapi semangat Pemuda MN dan BN. Pastikan 6 saluran di semua pusat daerah mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal.”
Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/15/ppbm-perlu-buktikan-nilai-perkongsian-dalam-pn-di-prk-slim-kata-zahid/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar & Cha Zhi Ting Diterbitkan: May 2, 2024 12:27 PM Bekas pengerusi badan perhubungan Umno negeri Selangor ...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Iskandar Ibrahim bhnews@bh.com.my - Mei 3, 2024 @ 2:31pm Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto f...
-
agendaily.com 7/3/2022 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penduduk di DUN Tangkak,...
-
hmetro.com Zaid Salim AHMAD (kanan) bercakap pada media selepas merasmikan Umno Cawangan Kampung Pak Wan. FOTO Ghazali Kori Marang: "...
-
malaysiakini.com Diterbitkan 21 Apr 2021, 6:32 pm Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tin...
-
Bagi mengelak rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan ...
-
bebasnews.my By Hassan Mohd Noor -22/04/2024 SEPANG — Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Ku...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:33 PM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkat...
-
harakahdaily.com 22/10/2023 Sasar kuasai pula Perak atau Pahang atau keduanya SHAH ALAM: PAS kini bergerak ke arah menguasai medan politik b...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.