Thursday, November 12, 2020

Belanjawan 2020: DAP janganlah hipokrit

sarawakvoice.com
@politik
-November 12, 2020

Dr Mohd Fuad Zarkashi

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menganggap DAP bersikap hipokrit apabila ‘bising’ Belanjawan 2020 kononnya gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Sedangkan ini kerana katanya, DAP adalah antara punca rakyat kehilangan pekerjaan.

“Justeru DAP janganlah hipokrit.Rakyat bising kerana peruntukan Jasa RM85.5 terlalu besar. Lain pula dengan Lim Kit Siang. Dia tidak mahu JASA ‘dihidupkan’ semula,” katanya dalam kenyataan dalam Facebooknya, hari ini.

Katanya, DAP menuntut jawatan menteri KKMM apabila PH memerintah kerana DAP tahu KKMM adalah kementerian yang menguasai komunikasi strategik (Stratcom).

“DAP memang Jasa fobia. DAP tutup Jasa sehingga 782 orang hilang pekerjaan.

“Menguasai KKMM bermakna Dap menguasai kementerian propaganda. Menutup Jasa hanyalah helah kerana KKMM masih ada JAPEN, BERNAMA, RTM dan MCMC. Jangan Hipokrit,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-