Saturday, February 20, 2021

Elak tembung Umno supaya pemerintahan Melayu-Islam kuat, tutup peluang DAP, kata PPBM Terengganu

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-February 20, 2021 2:58 PM

Pengerusi PPBM Terengganu Razali Idris berkata isu pembahagian kerusi antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat, dan negeri akan patuh kepada setiap arahan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS dan PPBM Terengganu akan sedaya upaya mengelak bertembung dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pemerintahan Melayu-Islam kuat dan menutup peluang kepada DAP kembali berkuasa.

Bagaimanapun, Ketua PPBM Terengganu Razali Idris berkata pihaknya bersedia jika terpaksa bertembung dengan parti rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu.

“Sebagai parti politik PPBM bersedia bertembung jika tidak boleh nak elak, tetapi kita berusaha untuk tidak bertembung (dengan Umno) untuk menjaga kepentingan pemerintahan Melayu-Islam dan tidak membuka peluang pada DAP kembali berkuasa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, isu pembahagian kerusi antara PN dan Barisan Nasional (BN) diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat, dan negeri akan patuh kepada setiap arahan.

Perkara sama disuarakan Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Terengganu G Balachandran, yang memaklumkan parti Islam itu sedia bertembung dengan Umno jika terpaksa.

“Pendapat peribadi saya, kita sebolehnya tidak mahu bertembung dengan Umno, tapi apa pun kita bersedia segala kemungkinan, kalau kita nak bermuafakat bersama Umno kita bersedia dan kalau kita terpaksa bersendirian juga kita bersedia.

“Kita tidak ada masalah dan kita serah kepada rakyat untuk menentukan pilihan. Tapi kalau mereka tetap nak tanding semua 32 kerusi DUN saya fikir itu juga mungkin ada hikmahnya,” katanya yang juga pegawai khas hal ehwal bukan Islam kepada Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata, isu pembahagian kerusi sepatutnya dibuat rundingan terlebih dahulu sebelum Ketua Umno Terengganu Ahmad Said membuat kenyataan secara terbuka.

“Sebab itu penting bermuafakat, kena ikhlas, kalau ada agenda tersembunyi itulah jadinya, tapi sekarang nampak macam ada agenda tersembunyi,” katanya.

Mengulas dakwaan Muafakat Nasional (MN) tidak berlaku di Terengganu apabila kerajaan negeri pimpinan PAS tidak memberikan peruntukan sama rata kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Balachandran berkata hanya Ahmad saja tidak berpuas hati sedangkan wakil rakyat Umno lain tidak bersuara.

“Kita nampak dia seorang sahaja yang mengadu yang lain tiada masalah, kalau kita kata kita bagi kita akan bagi, padahal masa zaman Umno memerintah kita tak dapat apa benda pun,” katanya.

Terdahulu, Ahmad dilaporkan berkata Umno akan bertanding di semua kerusi, baik DUN dan Parlimen di Terengganu pada pilihan raya akan datang.

Untuk rekod pada pilihan raya umum lalu, PAS memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN dan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

4 comments:

  1. urm sikit2 dap sikit2 dap. sapa kiamat dok mimpi dap

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. PEMBETULAN:

      KURANG AJAQ betul si PENDATANG PARIAH bangsat-PENYOKONG PAS ni!! Bukan main lu nak mengHINA parti KEMERDEKAAN Keramat bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kami, UMNO!! Nak MEMECAHBELAHkan bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kami aaahhhh si PENDATANG PARIAH?!!

      Baik lu MAMPOS pi DAP BANGKAI si PENYAMAQ oi!!

      Delete
  3. Baiklah PEGUAM Azalina ni jadi MENTERI UNDG2 - sbb. MENTERI PAS dah jadi KULI BISU, PEKAK & BUTA - pd. segala KEKEJAMAN, KETAMAKAN, KEBONGKAKAN, RASISMA, FASISMA & PENIPUAN rejim DIKTATOR muhyiddin/parti BUKAN lagi parti Pribumi, BERSATU liberal NAZI!!

    Di -
    https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/02/20/timbalan-speaker-parlimen-dseri-azalina-sendiri-sudah-tidak-tahan-atas-pencabulan-demokrasi-yang-dibuat-oleh-pm8-midin/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-