malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Feb 2021, 11:00 amDikemaskini 11:06 am
Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii menyoal jika Bersatu mahu mengharamkan Umno.
Malah Razlan, turut mengingatkan Bersatu pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri melalui Langkah Shereton sebelum ini dibuat atas ihsan Umno.
“Saya yakin Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tahu bidang kuasa kerja mereka. Kepimpinan Bersatu tak perlu terburu-buru nak haramkan Umno.
"Menggunakan alasan teknikal untuk tujuan tersebut adalah perbuatan yang tidak ‘gentleman’.
"Sebaliknya Bersatu lawan Umno dengan memenangi hati rakyat bukannya dengan cubaan menumbangkan parti yang ditubuhkan oleh rakyat ini semenjak tahun 1946," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dakwaan berhubung akaun bank rahsia itu dibuat oleh pihak pendakwaan dalam saman sita pelucutan harta berkaitan 1MDB oleh kerajaan terhadap Obyu Holdings.
Umno mendakwa wang yang ingin dirampas oleh kerajaan milik parti itu.
Dalam keterangan bertulis yang membantah dakwaan itu, pihak pendakwa berkata akaun tersebut, yang tidak diaudit, digunakan untuk menerima sumbangan politik.
Menurut Razlan lagi, kenyataan berunsur ancaman terhadap Umno masih tidak berpenghujung di kala Bersatu sangat memerlukan sokongan Umno untuk terus mempertahankan kerajaan PN.

"Saya ingin ingatkan seperkara kepada semua pimpinan Bersatu. Jangan lupa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri hari ini atas ihsan Umno," katanya.
Mengulas lanjut, Razlan yang juga naib ketua Umno Bahagian Seputeh berkata secara tersiratnya, Faiz cuba menunjuk pandai dengan mengajar Setiausaha Agung parti, Hamzah Zainudin cara buat kerja yang sebenar sebagai menteri dalam negeri.
"Mungkin ini salah satu sebabnya mengapa banyak parti yang cuba didaftarkan masih tidak diluluskan oleh ROS.
"Rupa-rupanya ada campur tangan daripada pimpinan Bersatu di Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.