Friday, February 19, 2021

Umno tak akan beri peluang pada PAS, PPBM bertanding di Terengganu, kata Ahmad Said

FMT Reporters
-February 19, 2021 4:00 PM

Ketua Umno Terengganu Ahmad Said berkata kerusi PPBM di Parlimen Hulu Terengganu juga milik Umno berikutan penyandangnya, Rosol Wahid melompat parti dengan menyertai PPBM. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno Terengganu tidak akan memberi peluang kepada PAS dan PPBM yang mahu bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu disuarakan ketuanya, Ahmad Said yang memutuskan tidak akan berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama PAS di negeri itu termasuk tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad berkata, kerusi PPBM di Parlimen Hulu Terengganu juga milik Umno berikutan penyandangnya, Rosol Wahid melompat parti dengan menyertai PPBM.

Bekas menteri besar Terengganu itu berkata demikian kepada Sinar Harian dan mendakwa tiada sebarang usaha juga dalam gabungan MN di negeri itu.

“Apa yang PAS buat untuk bersama kita (MN)? Pemberian peruntukan, JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) pun tidak adil. MN tak berlaku di Terengganu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-