Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, March 3, 2021

147, 189, 118, mana satu? Annuar persoal jumlah sebenar bahagian Umno tolak PPBM

FMT Reporters
-March 3, 2021 8:15 PM

Annuar Musa sebelum ini mendakwa hanya 99 bahagian Umno yang menolak kerjasama dengan PPBM.

PETALING JAYA: Ketika ramai pemimpin Umno menuntut Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memenuhi tuntutan akar umbi dan memutuskan hubungannya dengan PPBM, bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa menimbulkan keraguan terhadap jumlah sebenar bahagian parti itu yang menolak bekerjasama dengan parti Perikatan Nasional (PN).

Annuar menjawab kenyataan veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mendesak MKT untuk segera mengadakan mesyuarat tergempar bagi memutuskan hubungan dengan PPBM, menjelang perhimpunan agung parti itu.

Tengku Razaleigh berkata ahli MKT mesti mengikut kehendak 147 daripada 191 bahagian Umno, yang meminta parti itu menarik balik kerjasama dengan PPBM.

“147?…dulu kata 189?…Baru ni naib presiden kata 118..ada yang kata yang betul-betul lengkap 81?…yang mana satu Ku?” soalnya menerusi catatan di Twitter.

“Bawa ke PAU dulu dan kita bilang baik-baik..Selesai.”

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan pada 3 Jan, sebanyak 143 bahagian memberitahu kepemimpinan parti bahawa mereka menolak untuk bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang.

Namun, dalam sidang media pada 6 Jan, Annuar, pemimpin Umno yang dilihat mesra PPBM, mendakwa jumlah sebenar hanya 99 bahagian.

Sementara itu, beberapa portal berita juga melaporkan sebanyak 189 bahagian menentang untuk menyokong PPBM.

MKT Umno berkata, parti itu akan membuat keputusannya pada perhimpunan agung yang dijadualkan pada 27 dan 28 Mac.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-