Thursday, March 4, 2021

Kumpulan Zahid boleh mencatur sokong PN atau pembangkang

malaysiadateline.com
Oleh AMNI JAGAT
March 4, 2021 9:05 pm

Negara bakal menyaksikan wujudnya tiga kumpulan ketika sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang nanti, kata Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain.

Beliau berpendapat salah satu kumpulan tersebut iaitu pasukan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh memberi sokongan sama ada kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau blok pembangkang.

“Tiga kumpulan dalam sidang Dewan Rakyat akan wujud sekiranya persidangan Parlimen diadakan kelak.

“Kumpulan pertama iaitu PN yang turut diisi oleh sebahagian ahli Parlimen Umno, kumpulan kedua adalah pembangkang dan kumpulan ketiga adalah sebahagian Umno atau ‘team’ Zahid.

“Kumpulan ketiga (team Zahid) ini boleh mencatur sama ada menyokong pembangkang atau PN,” jelasnya.

Beliau turut tidak menafikan bahawa akan adanya kerajaan tergantung dalam sidang Dewan Rakyat yang bakal berlangsung.

Tambahnya, kesemua tiga kumpulan tersebut tidak akan mendapat majoriti mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Kerajaan tergantung ini boleh berlaku dan kalau dilihat semua kumpulan tersebut tidak mempunyai bilangan majoriti ahli Parlimen yang mencukupi,” katanya.

Mengulas kebimbangan Muhyiddin untuk memanggil Parlimen kembali bersidang, beliau berpendapat hanya PH dan pembangkang yang lain setakat ini mempunyai jumlah lebih besar.

“Jangkaan saya, mungkin lebih tiga kumpulan akan muncul sekiranya ada pihak yang mengambil langkah membawa haluan masing-masing.

“Itulah yang menakutkan Perdana Menteri mengadakan sidang Dewan Rakyat,” jelas Zuhan lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-