Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, April 23, 2021

Kajian: 67 peratus sokong Muhyiddin sebagai PM

malaysiakini.com
Diterbitkan 23 Apr 2021, 4:09 pm

Pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati 67 peratus rakyat di Semenanjung Malaysia menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan menyifatkan penilaian itu sebagai stabil.

Tahap sokongan terhadap Muhyiddin yang dicatatkan oleh Merdeka Center adalah 74 peratus antara bulan Jun dan Julai tahun lalu. Tahap terendah dicatatkan pula adalah 63 peratus pada bulan Januari lalu.

Sebilangan besar responden Melayu (83 peratus) menyokong Muhyiddin, berbanding 30 peratus responden Cina dan 66 peratus responden India.

Tinjauan Merdeka Center ini dilakukan antara 31 Mac dan 12 April. Ia melibatkan 2,111 responden yang terdiri daripada 64 peratus orang Melayu, 28 peratus Cina dan 8 peratus India.

Tinjauan dilakukan melalui talian tetap dan telefon bimbit dengan responden terpilih melalui pensampelan berstrata secara rawak untuk menggambarkan usia, etnik, jantina dan kawasan pilihan raya. Kajian ini dibiayai oleh Merdeka Center.

Sementara itu, majoriti responden (46 peratus) percaya bahawa negara ini "menuju ke arah yang salah".

Antara keluhan utama adalah ketidakstabilan politik (27.3 peratus responden) dan keadaan ekonomi yang tidak baik (15.5 peratus) dan pentadbiran kerajaan yang buruk (7.9 peratus).

Majoriti responden Cina dan India percaya negara ini "menuju ke arah yang salah" manakala majoriti responden Melayu (54 peratus) percaya sebaliknya.

Jumlah responden Melayu yang percaya bahawa negara berada di "arah yang betul" menurun daripada 82 peratus pada Mei tahun lalu.

Responden yang merupakan kakitangan kerajaan / GLC, tinggal di pantai timur dan golongan muda cenderung untuk percaya bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

Sebanyak 23 peratus menyebut mengenai pentadbiran kerajaan yang baik, program kebajikan (10.4 peratus) dan suasana aman damai (5.3 peratus).

Semua kumpulan etnik bersetuju bahawa ekonomi adalah masalah terbesar yang dihadapi negara ini diikuti dengan penyebaran Covid-19.

Hanya 2.4 peratus responden menyebut politik sebagai masalah terbesar di negara ini.

Sementara itu, jumlah individu yang percaya bahawa ekonomi dan kewangan peribadi mereka lebih buruk berbanding tahun lalu meningkat sejak pertengahan tahun lalu.

3 comments:

  1. Pi MAMPOS NGO DAPpengganas PENIPU Zionis ni yg. diTAJA oleh PENGGANAS2 Zionis US/CIA-MOSSAD-SOROS!!

    Lihat di - https://akarimomar.wordpress.com/2012/09/21/plot-to-destabilise-govt/

    ReplyDelete
    Replies
    1. RAKYAT sdg. makin MENDERITA, sdgkan WARGA2 ASING/PATI2 akan berPESTA kerana akan diVAKSIN segera & percuma dlm. FASA KETIGA bulan JUN - tapi tgk. lagi, TAK habis2 si BERSATU Nazi ni berKEMPEN sakan dgn. KAJIAN2 PALSU oleh NGO2 PALSU/UNIV2 LONGKANG -geng azmin HOMO/BERSATU Nazi ni, termsk. yg. diTAJA oleh PENGGANAS Zionis US/CIA-ISrael/MOSSAD-SOROS - kononnya azmin HOMO/DIKTATOR muhyiddin-nama PALSU/rejim Parasit BERSATU - masih paling popular, terutamanya muhyiddin PARASIT sbg. PM & mungkin akan MENANG PRU15 (NGO Pengganas ZIONIS ni juga yg. membuat KAJIAN2 PALSU setahun sblm. PRU14, yg. rejim PH Parasit ZIONIS akan menang PRU14)!! GILA betul!!

      Tapi ini SEBENAQnya - disyaki PERSEDIAAN amat LICIK & JAHAT si rejim BERSATU Homo ni - utk. menSABOTAJ PRU15, mcm. PRU14 (dgn. menSABOTAJ akan PDRM/ATM melalui BERSIH/NGO Veteran-pro DAP Parasit, PATRIOT, disyaki dgn. MENUKAR kotak2 UNDI dr. tpt. MENGUNDI ke tpt. MENGIRA @ di SPR @ di BALAI2 POLIS semasa diSIMPAN sementara) - disyaki SEKARANG itk. PRU15 pula, melalui EJEN2 PENGGANAS Bersih yg. dah MENGUASAI akan SPR Parasit tu!!

      Lihat di media SAMPAH DAPpengganas - https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/04/20/fairly-recognised-as-mp-survey-shows-azmins-position-in-gombak-remains-stab/1967804

      Delete
  2. Tgk. MO Dajal PH Parasit HOMO yg. SAMA sblm. PRU14 - yg. berKEMPEN jahat menggunakan KAJIAN2 PENIPU ni!!

    Lihat NGO PKR homo sewaktu PRU14 dulu - yg. diBANTU (disyaki, diTAJA juga) oleh EJEN2 rejim PENGGANAS US - yg. PELIKnya, sebelum ini diDEDAHkan ada MAKLUMAT2 LENGKAP ttg. berJUTA2 PENGUNDI - boleh menentukan rejim PH Parasit MENANG sebelum PRU14 dr. awal 2017 lagi - kononnya menggunakan IT/MATEMATIK!! PENIPU betul!!

    Di - https://www.malaymail.com/s/1631426/rafizi-invoke-predicted-ph-win-in-ge14-correctly

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-