Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, May 11, 2021

Aidilfitri disambut Khamis

FMT Reporters
-May 11, 2021 9:43 PM

(Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidilfitri Khamis ini.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Syed Danial Syed Ahmad, malam ini melalui siaran televisyen tempatan.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 13 Mei 2021,” katanya.

Malam ini adalah malam terakhir umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat Tarawih manakala esok adalah hari terakhir umat Islam berpuasa.

Aidilfitri tahun ini kali kedua disambut ketika seluruh negara diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), yang berkuat kuasa dari 12 Mei hingga 7 Jun.

Menurut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), semua bentuk ziarah dilarang manakala jumlah jemaah bagi solat di masjid serta surau dihadkan untuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-