Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Monday, June 21, 2021

Notis 14 hari : Tindakan Umno dilihat janggal

gemilangdaily.com
21/06/2021 2:30 PM

Notis 14 hari . Membaca kenyataan media Presiden UMNO, tampak hebat dalam penegasannya untuk mendesak agar parlimen bersidang dalam masa 14 hari.

Agak janggal apabila desakan tersebut menyebut “KERAJAAN” dimana “KERAJAAN” yang dimaksudkan adalah KERAJAAN dengan sokongan 39 ahli parlimen UMNO bersama 14 berjawatan menteri didalam kabinet KERAJAAN.
UMNO dilihat berusaha untuk tidak digambarkan sebagai sebahagian dari label #KerajaanGagal atau #kerajaanderhaka . Surat ini dilihat sebagai salah satu strategi politik untuk keluar dari label tersebut dengan memberikan tekanan kepada Mahiaddin Yassin.

Namun penegasan 14 hari tanpa syarat ini dilihat longgar dan pastinya Mahiaddin Yassin tidak terduga untuk mengikut desakan UMNO. Mahiaddin Yassin akan memperlihatkan UMNO tidak mampu menekannya.

Setelah beberapa kali desakan dan ugutan UMNO dilakukan, namun belum ada satu pun yang menggugat sokongan UMNO kepada KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL dan Mahiaddin Yassin sebagai PERDANA MENTERI.

UMNO tidak perlu bermain “galah panjang” dalam situasi politik sekarang. Keluarlah dari #KerajaanBodoh dan #KerajaanTebukAtap dengan menarik sokongan dengan SEGERA.

*SEGERA bagi UMNO mungkin dalam masa 14 hari.
Ridhuan Esa

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-