Saturday, July 10, 2021

GPS sokong PN, Muhyiddin 100 peratus

agendadaily.com
10/7/2021

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg menunjukkan surat sokongan Gabungan Parti Sarawak kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. - Gambar FB

Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepemimpinan negara, kata Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg

“Mesyuarat hari ini diadakan khusus untuk membincangkan situasi politik semasa khususnya yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

“Hasil mesyuarat itu, semua komponen GPS mencapai kata sepakat untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Muhyiddin,” katanya pada sidang media hari ini.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata pada mesyuarat berkenaan GPS turut berpendirian, sekarang bukan masa sesuai untuk berpolitik kerana ia boleh menggugat kestabilan.

“Sekarang masa bagi semua rakyat bersatu bagi membawa negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Nelson Balang Rining.

Rabu lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-