Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Sunday, July 25, 2021

Panas !!! Duduk blok pembangkang atau kerajaan? Umno putus malam ini

inforakyat.net
25/07/2021 3:39 PM


Duduk blok pembangkang atau kerajaan? Umno putus malam ini.

Kedudukan UMNO berkemungkinan besar masih lagi berada sebagai blok kerajaan dalam persidangan Dewan Rakyat bermula pada Isnin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, secara dasarnya mereka tidak menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kami hanya menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi, kemungkinan besar masih lagi berada dalam blok kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Kedudukan UMNO menjadi tanda tanya di Dewan Rakyat yang akan berlangsung bermula Isnin apabila parti itu sebelum ini menerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Ahmad yang merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, kedudukan itu akan diputuskan dalam mesyuarat ‘pre-council’ Barisan Nasional malam ini secara maya.

“Malam ini kami ada pre-council secara maya. Jadi kita putuskan malam ini,” katanya.

Ahmad menambah, beliau tidak mengetahui kedudukan tiga ahli Parlimen UMNO iaitu Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semasa persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.

“Machang (Ahmad Jazlan) menarik sokongan kepada kerajaan dan ‘special case’ Nazri menarik balik sokongan selepas itu membuat pusingan U.

“Tengku Razaleigh tidak menyebut dia menarik secara rasmi. Tapi dia memang tidak setuju kepada Muhyiddin,” katanya.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/151816/BERITA/Politik/UMNO-berkemungkinan-besar-dalam-blok-kerajaan-Ahmad-Maslan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-