Reuters
Diterbitkan 20 Aug 2021, 11:31 am
Dikemaskini 11:32 am
Pertemuan khas yang membabitkan sembilan sultan, termasuk Seri Paduka itu, akan bersidang pada jam 2.30 petang.
Ismail Sabri Yaakob dijangka menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, selepas dia melepaskan jawatannya itu pada Isnin lalu susulan mengakui bahawa dirinya telah kehilangan sokongan ahli parlimen.
Pengunduran diri Muhyiddin mengakhiri pemerintahan selama 17 bulan yang bermasalah, yang menyaksikan dia secara rutin diganggu dengan pertikaian antara sekutunya ketika negara sedang bergelut menangani peningkatan jangkitan Covid-19 dan ekonomi yang lemah.

Yang di-Pertuan Agong ditugaskan untuk melantik perdana menteri baru dengan menentukan ahli parlimen yang berkemungkinan besar akan menikmati sokongan daripada majoriti wakil rakyat, setelah pilihan raya ditolak ketepi berikutan penularan wabak Covid-19.
Ismail Sabri, yang merupakan timbalan Muhyiddin dari parti lawan Umno, muncul sebagai calon paling popular setelah mendapat sokongan daripada parti-parti gabungan Muhyiddin.

Muhyiddin, yang kini menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, berkata sokongan gabunhannya kepada Ismail Sabri adalah bersyarat bagi memastikan anggota kabinet baru bebas daripada sebarang pertuduhan rasuah.

- Reuters

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.